Untuk part I, (https://iiumc.com/i-like-you-mr-engineer/).
Assalamualaikum korang. Nini is back, hahaha.
Bulan ni dah genap setahun eh aku confess pasal aku dengan si kerek tu. Saja la nak feedback apa yang dah terjadi antara kami selepas setahun.
Ramai eh yang kecam cakap aku syok sendiri la kuat perasan la. Eh mana ada semua tu korang. Nak nangis la baca kecaman semua.
But that’s okay, aku maafkan sebab mungkin cara penyampaian cerita ni buatkan korang rasa geli2 kot.
Okay back to the story. As I told before, mamat ni kan ramai awek. Tapi dia still tak jumpa his so called cinta sejati just yet.
Kami mula2 dulu kan kerap gaduh, but by time kitorang get close to each other. Macam mana benda tu boleh terjadi aku pun tak tahu.
Secara tiba2 masing2 boleh berkongsi cerita. Bermula dari cerita soal kerja, soal peribadi sampai la ke hal peribadi masing2.
Macam yang korang tahu, aku kan memang suka dia, cumanya dia yang tak boleh nak terima aku kan sebelum ni. Entah macam mana tetiba kitorang selesa with each other.
Aku memang tak menaruh harapan sebab dah tahu kan dia tu macam mana. Kitorang rapat and aku dah set boundaries sebelum kecewa kemudian hari.
Aku sematkan dalam hati quote ni “Nini, hg terlalu pendek untuk gapai dia yang tinggi lampai tu”.
Sebab yala anytime dia boleh tinggalkan aku sebab kitorang just kawan kan. Dia pun banyak dok try2 awek. Aku tahu semua tu hahah.
Until one fine day, aku dapat kerja baru. I told him and dia of course la sedih kan. Hilang bff kot.
Selang sehari, dia pujuk aku jangan resign. Aku tanya la kenapa pulak takleh nak resign. Aku pun ada impian nak dicapai. I got better offer.
Malam tu jugak, dia ajak aku keluar.
Sebelum keluar tu, hati aku rasa lain macam la. Amende la mamat ni beria sangat ajak aku dinner. Selalu tak macam ni pun. Macam2 benda berteka teki dalam otak ni.
Waktu dinner tu la he confessed everything. Hahahaha act dia pun suka aku, cumanya dia ragu2 dengan hati dia.
Ya Allah aku tak tahu nak react macam mana. Rasa Allah makbulkan doa aku.
Memang dia la orang yang paling aku nakkan selama ni.
Long story short, kitorang dah nak nikah. Korang doakan urusan kitorang dipermudahkan ya.
– Nini (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
omg congrats sis! moga dimudahkan semua urusan nanti, amin insyaAllah. seronok bila dengar cerita dapat kawin dengan crush ni hehehe. doakan saya pulak okay!