Untuk part I, (https://iiumc.com/isteri-semakin-jauh-dari-ku/).
2 bulan lepas saya ada tulis kat sini soal perasaan saya terpaksa jauh dari isteri. Saya terima semua komen korang. Mungkin betul, saya tak matang.
Saya pun tak tahu nak jadi matang tu macam mana. Yang saya tahu, saya hanya jadi diri saya ja. Apa yang saya rasa sekarang adalah sangat kosong sangat sunyi dan sangat rindukan dia.
Saya harapkan ada nasihat dari pakcik makcik, abang kakak yang banyak pengalaman dalam rumahtangga. Sebab saya tak mampu share benda ni dengan family.
Saya tak nak orang tahu kemelut hati saya dalam rumahtangga.
Saya jenis yang tak suka tunjuk yang negative kat orang, tambah-tambah family saya. Saya ada ego saya jugak.
Balik pada cerita saya, dah hampir 2 bulan isteri dah tukar ke sarikei.
Rezeki dia, ada rumah adik dia kosong kat sana. So adik dia suruh stay sana biar ada orang jaga rumah dari terbiar kosong. Dia tak mintak sewa. Just suruh bayar bil ja.
So wife kat sana sorang diri ja. Alhamdulillah, murah rezeki isteri saya kat sana, jimat duit nak bayar sewa.
Awal-awal dulu mak dan family dia ada teman dia dekat seminggu. Lepas tu masing-masing dah balik tempat masing-masing. Sebab semua orang ada tugas masing-masing.
Tapi setiap hari jumaat sampai ahad wife akan balik rumah mak dia.
Wife janji dengan saya sebelum ni sebulan sekali nak datang jumpa saya. Tapi last saya jumpa wife masa hantar dia balik sarawak tu pun dapat hantar ke airport ja.
Saya tak dapat teman urusan dia kat sana atas faktor kewangan kami. Wife saya tak suka bazir-bazir duit. Ye la tiket kapal terbang kan mahal.
Lagipun banyak kami habis duit kos pertukaran tu. Nak pos kereta, tiket kapal terbang last minit, dan macam-macam lagi la.
Wife cakap tak payah teman dia, dia kata simpan duit untuk keperluan sini. Sebab saya pun tak dapat cuti banyak, katanya bazir ja duduk 2 hari dah nak balik.
Ok la, saya terima ja. Saya memang selalu terima nasihat dia kalau benda tu relevant.
Anniversary kami pun tak jadi sambut sebab masing-masing dah tak cukup duit.
Hari tu ada 1 komen tu, dia kata mesti isteri saya cantik so saya rasa tergugat. Ye saya mengaku. Isteri saya sangat cantik di mata saya.
Kalau dulu kami jalan mana-mana, memang kerap ada mata-mata memandang wife saya tak kira lelaki atau perempuan. Jujurnya, saya takut jugak orang kacau isteri saya.
Ye la dugaan rumahtangga zaman sekarang macam-macam tambah-tambah dah jauh macam ni.
Hari-hari saya akan tanya, ada siapa-siapa ngorat awak tak hari ni, awak ada buat salah tak. Awak ada curang dengan saya tak.
Sebenarnya 3 ayat tu adalah ayat command perbualan kami setiap hari.
Dulu-dulu ayat tu bermula dari dia setiap masa, sekarang saya yang hari-hari tanya dia.
Sejak dia pindah sarawak ni, masa antara kami makin tak ada.
Setiap hari masa saya dengan isteri tak sampai 30 minit pun.
Pagi dia akan call saya masa dia nak pi kerja, dapat sembang 10 minit ja. Then balik waktu rehat 10 minit, masuk waktu rehat 10 minit.
Sebab itu jarak dari rumah ke office dia.
Memandangkan waktu solat kat sarawak kan cepat, so isteri agak kelam kabut dan terkejar-kejar sebenarnya.
Bila balik kerja dia akan masak, buat apa yang patut.
Then call saya tak sampai 2 minit dia dah mula menguap dah. Sebab dia jadi sangat letih dengan rutin dia setiap hari.
So malam paling lewat pukul 9 dia akan tidur dah. Sebab subuh sana 5 lebih. Dia pukul 5 bangun dah. Kat office pun dia tak boleh main hp sangat.
Nak mesej atau call memang susah sebab kerja kat sini kena sentiasa focus.
Benda ni buatkan saya kerap rindu dia. Tapi satu kelebihan atas apa yang berlaku ni kan.
Benda ni menyedarkan saya sebenarnya betapa saya sayangkan dia bila dah jauh macam ni. Benda ni buatkan saya lagi hargai dia.
Dia nampak sangat bahagia sejak balik sini walaupun kerja sini lagi banyak tapi hati dia nampak la bahagia.
Cumanya bila utarakan perasaan saya nak pindah sana. Dia asyik halang ja. Dia kata jangan, biar saya kat sini.
Kebetulan bila saya plan nak pergi kat dia, tiket pun sangat mahal. Saya sendiri tak mampu nak beli. Dia nak datang sini, dia cakap gaji dia dah berkurang banyak.
Sebab sekarang kerja normal dan elaun wilayah dah tak de. Dia mintak bersabar dan fikir pasangan lain jauh pun boleh ja stay. Lepas tu dia pergi tambah hutang beli perabot ansuran.
So sekarang alasan dia, gaji dia memang dah tak mampu nak cuti-cuti melainkan saya support dia. Tapi gaji saya pun kecik jugak.
Ok la saya kata nak buat partime grab, pun dia tak bagi. Dia kata tak payah pulun macam tu sekali. Lagipun dia risau saya bawak motor laju-laju. Dia kata kalau sayang dia, jangan buat semua tu.
Entah la, saya sendiri tak boleh nak baca dah apa dalam fikiran dia.
Hari tu kebetulan flight murah, saya kata nak datang. Saya ajak pergi kuching.
Dia kata jangan beli tiket lagi, nak tanya family dia tarikh tu ok tak. Sebab kalau ramai-ramai boleh kurangkan kos sewa homestay dan sebagainya. Saya pun ok ja.
Lepas tu tarikh tu tak boleh pulak. Sebab adik dia tak dapat cuti. Tarikh lain tiket mahal.
Then ada la kami gaduh sikit. Sebab saya rasa dia banyak fikir pasal family dia ja dari saya suami dia ni.
Then dia kata ok la. Kita berdua ja la. Beli ja tarikh tu, tapi harga bukan tunggu kita. Elok saya nak beli, tiket dah naik mahal.
So tak jadi beli la. Sampai ke tahun depan tiket mahal.
Sekarang ni ibarat nak jumpa isteri sendiri pun tak tahu bila.
Dia setiap sabtu ahad mesti balik rumah mak dia. Balik sana lagi la dia tak de mesej call. Sebab spent time dengan family katanya.
Lagipun line kat sana tak berapa ok jugak. Tapi bagi saya, apa salahnya jangan balik. Boleh sembang dengan saya lama sikit.
Tapi katanya boring sebab bukan nak sembang 24 jam. Nanti saya buat kerja saya, dia dah bosan kat sini sorang-sorang. Then dia pujuk-pujuk saya sampai saya pun terkulai.
So setiap minggu dia balik sana. Saya bosan kat sini sorang-sorang. Saya pun tak boleh la nak pandang perempuan lain ke apa.
Sebab saya macam kata tadi , dah jauh ni lagi saya sedar saya sangat setia dan sayang dia. Dan saya tahu, dia pun macam tu jugak. Cuma kedepan ni tak tahu la perjalanan kami macam mana.
Tolong nasihat saya macam mana nak terima keadaan ni. Keadaan iaitu saya kena hidup macam di alam maya dengan isteri saya.
– Amin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
apa benda kau ni? Pergi jumpa surprise bini kau sekang. Mana jantan kau ni. Kalau aku ni, dah macm macm fikir. Ada ke taknak jumpa, kena tanya family dulu. Ingat sikit, kau bukan malaikat, bini kau bukan malaikat, korang berdua tu manusia yang mudah lupa tak sedar diri macm orang lain. Takyah nak yang terbaik sangat. Pi jumpa bini kau sekang buat surprise. But ready kalau ada apa apa berlaku. E.E
Pelik kau ni. Semua benda kau tny isteri, belajar tanggungjwb sebagai suami tu apa. Buat sesuatu la. Ambil 1 date weekday utk kau pergi jmpa dia, at least dia mmg ada kt rmh. Kang klu pegi weekend dia blk kampung pulak. Kata rindu, act la macam rindu. Haiiiih