Cara Aku B40 Guna Kad Kredit

Salam dan salam sejahtera. Semoga semua sihat-sihat belaka.

Aku mahu share sedikit sebanyak cara aku sebagai golongan B40 guna kad kredit.

Aku guna kad kredit sudah 2 tahun.

Aku dipaksa ambil kad kredit ketika mahu membuat pinjaman kereta.

Agent bank tu cakap kalau aku tak sign aku tak boleh proceed dengan loan aku. Dasar!

Dipendekkan cerita, aku sign dan plan mahu terminate tapi setelah aku buat research pro & cons penggunaan kad kredit.

Lebih banyak pro tapi dengan syarat kena BERDISIPLIN.

Caranya simple sahaja buat kad kredit tu sama macam kad debit.

Maksudnya kau guna bila kau mampu bayar jangan main swipe menonong pastu bila due date sampai sakit kepala nak bayar.

Aku setiap kali dapat gaji aku dah asingkan duit siap2 mana hutang2 yang aku perlu bayar, duit makan, maintenance kereta, emergency fund, insurance bagai.

Yang mana aku dah plan nak guna kad kredit aku bayar dekat kad tu siap2.

So aku punya statement balance selalu negative.

Jangan shopping lebih dari duit yang ada.

Kad kredit ni ada kebaikan dia. Boleh collect points or cashback.

Aku bayar RM200 untuk barang dapur, setiap pembelian RM100 aku dapat cashback. Yang ni kena tengok terms n conditions kad yang kita pilih.

Lagi satu yang aku suka adalah, kad kredit ni duit dia floating.

So kalau ada any prob e.g kad hilang ke apa, boleh call bank utk cancelkan transaction.

Kalau kad debit, duit tu obviously dah ta dek dalam bank tu.

By end of month kau hanya bayar semua benda dekat satu saluran instead of risking bayar guna kad debit dekat banyak tempat. In my opinion, this is quite risky.

Big NO amik cash dari kad kredit, dia punya interest tu tinggi ya bila nak bayar balik. Ni kena baca TNC kad yang dipilih.

Jangan bayar jumlah minimum ya, interest dia tinggi beranak pinak. Kena bayar penuh baru kredit score akan okay.

Ada banyak lagi pro & cons dia tapi cukuplah sampai disini.

Korang boleh tolong tambah incase apa yang aku cakap ni tak betul or tak cukup.

Sekian terima kasih,

– Cendol (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Untuk yang baca ni aku nak pesan, BIG NO to credit card kalau kau kaki shopping, semua benda kau nak beli, yada yada yada. Duit xda, swipe..duit xda, swipe.. at the end kau merana bayar hutang cc je. Dhla interest tinggi. Kau xyah cakap point boleh reedem ke apa. Kalau kau betul² ada disiplin mcm penulis ni kau boleh guna cc. INGAT!!!

    • -kalau nak guna kad kredit, sebaiknya guna lepas statement keluar sblm due date dlm satu2 bulan ..cthnya, kalau balance statement keluar 14hb bulan oct, due date 3hb nov, boleh swipe..kelebihanya zero interest lebih dr 20 hari…maksudnya, jika buat full payment utk balance statement 14hb blm oct,sblm due date 3 dec, zero interest..yg swipe 14nov, pun camtu jugak, bayar sbm due date 3 jan, pun zero interst, dan seterusnya..bayar, dlm masa yg sama pakai lagi, dpt zero interest tpi timing kena betul..ada kad penyata statement keluar awl bulan, kalau ada dua jenis kad ni, awal bln dan tgh bulan balance statement ni keluar, boleh swipe samada awal atau tgh bulan, kesimpulannya kena tgk tarikh keluar balance statement dan due date utk dpt kelebihan zero interest lebih dr 20 hari..tapi ini hanya utk pembelian, bukannya cash advance..

      -bayar minimum jika betul2 mmg sesak atau at least kalau dah sengkek sangat, bayar la setakat dpt bayar, aku pernah buat, bagi aku, bayar hutang ni, bayar walaupun sikit, lama2 habis jugak.,tp jgn skip pembayaran bulanan, mostly yg terciduk, sbb skip payment bulanan..

      -dulu2, aku tak berkira sangat dgn interest, sbb lecik je aku tgk bln2, mmg tak miss bayar bln2, sbb tu nampak kecik..tapi bila pikir balik, kenapa aku nak kayakan bank?so sekrg ni kalau bukan urgent atau ada duit lebih, mmg aku akan setelkan terus, tak mcm dulu., interst dikira berdasarkan baki tertunggak, besar baki, besar la interst, kalu miss payment, lagi besar..

      -ni idea aku la, buka 1 akaun guna debit kad utk jadikan mcm kad kredit, letak duit sikit2 dlm tu sampai 3k atau 5k..pastu terminate kad kredit yg sedia ada, akaun yg dah ada duit tu buat mcm kad kredit, kalau pakai tapi lambat top up, kenakan interst pd diri sendiri mcm kad kredit..at the end, aku mengkayakan diri aku sendiri, betul tak?😂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *