Suamiku Baik, Tapi…

Aku seorang surirumah. Dah 5 tahun aku kahwin. Aku berhenti kerja untuk ikut suami.

Aku ni berpendidikan tinggi, ada rupa (aku jaga badan + kesihatan), tak ramai kawan, datang daripada keluarga yang bercerai. Jadi aku seorang yang sangat independent dan introvert.

Suami aku lelaki yang paling baik aku pernah kenal. Baik, penyabar, soft spoken, datang daripada keluarga yang baik (pendidikan dan agama), ada kerjaya yang baik.

Suami aku, dia ada bisnes sendiri. Ada rupa yang sedap mata memandang juga. Seorang yang peramah.

Sebab ayah aku sendiri seorang yang panas baran, kaki perempuan, kaki minum, kaki judi, nafkah semua tak bagi. Jadi setiap hari aku doa dipanjangkan jodoh dan sentiasa bersyukur dengan Allah dapat suami yang baik.

Kami ada seorang anak perempuan yang baik dan comel. Suami aku seorang bapa yang penyayang dan boleh kata dia memang sediakan yang terbaik untuk anak dia. Termasuk lah aku, duit nafkah tak pernah kedekut.

Aku kerja part time HR iaitu kira gaji dan sediakan dokumen (bila perlu) dengan company suami aku.

Company suami aku ni baru lagi. Jadi pagi sampai malam dia memang banyak habiskan masa ditempat kerja. Hanya waktu pagi sebelum kerja, lunch, dan malam pukul 10 ke atas baru dia balik.

Ada beberapa kali la aku macam complain dekat dia aku penat jaga anak siang malam, memang sangat letih wei.

Family aku pulak jauh, jadi aku tak ada kawan tak ada sesiapa aku nak sembang2. Hanya ada anak dan suami je. Typical housewife’s life.

Beberapa bulan lepas aku ada masalah tidur, aku tak tahu kenapa. Aku macam syak suami aku ada perempuan lain sebab dia macam kerap balik lewat. 11 lebih- 12 lebih, kadang2 pukul 1 malam baru balik.

Pastu bila aku call, sekali 2 mesti dia tak angkat. Dia kata berak la, dekat traffic light la, tengah bawak kereta la.

Tapi aku husnuzon sebab dia lelaki yang baik we, pastu baru start bisnes kan. Jadi aku sedapkan hati aku je.

Masalah tidur aku memang serius, kadang2 aku tidur 3-4 jam je. Bayang la pukul 10 pm aku tidur, pukul 11 lebih aku dah bangun. Pukul 4 baru aku boleh tidur. Kalau dia lewat balik malam lagi la aku susah tidur.

Aku pon study2 la, cari punca. Maybe sebab aku penat, atau aku baru wean off breastfeed anak kot.

Masa breastfeed anak memang aku bangun tidur malam2 susukan dia. Jadi aku husnuzon je sampai sudah. Aku amek magnesium dengan melatonin untuk mudahkan aku tidur, tapi tak bantu sangat pon.

Satu hari, suami aku bagitahu aku dia ada kursus di kuantan. Dalam 4 hari dekat sana. Dia ada ajak aku, tapi dia kata dia tak stay hotel. Dia duduk rumah nenek dia.

Aku macam malas sebab anak aku ni lasak jugak. Pastu susah nak tinggal dekat rumah orang sambil jaga anak kan. Jadi aku tak ikut la. Aku tinggal dekat rumah je.

First day dia kata dia tinggal rumah nenek, pastu the second day dia kata dia tinggal dengan kawan dia. Dia kata kawan dia ada join jugak kursus tu.

Aku macam rasa something dah. Aku facetime dia pagi2 waktu dia dah bangun, dia tak angkat tau. Dia kata kawan dia tengah tidur. Aku macam nape kalau angkat pon kan. Tapi aku malas nak argue.

Pastu hari keempat tu dia balik. Yang aku geram, dah la lama tak jumpa kan. Dia terus g tempat kerja dia wei. Dia tak balik rumah dulu, padahal dia masuk kerja petang tu (ikut schedule dia).

Aku pon meletop la, sebab dia 24 jam kerja je. Aku dengan anak ni macam nombor 2, rumah macam hotel.

Dia pon balik rumah, pujuk aku. Aku pon terima je la. Aku bukan jenis merajuk2 ni, aku banyak lagi benda nak fikir. Jaga anak kecik, banyak benda nak fikir.

Pastu malam tu, aku tengah suap anak. Sambil2 kumpul baju nak basuh. Aku pon g amek baju dekat beg dia, jumpa kotak kondom. Tinggal 1 kondom je belum pakai.

Aku pon mesej la dia tanya. Dia terus call aku. Dia kata tu kawan dia punya, kawan dia ada scandal dengan staff situ (tempat kursus dia hari tu). Dia nak kenakan kawan dia je.

Aku pon okay je la. Aku rasa alasan dia tu macam bodoh, tapi aku tetap terima.

Baru2 ni aku balik kampung aku, dah 2 bulan tak balik jumpa mak dengan adik beradik. Ye la suami kan busy kerja. Susah la nak cuti.

Ada satu malam tu aku terjaga. Aku nampak dia tengah duduk dalam gelap. Aku dengan anak dah tidur. 

Aku pon tanya la kenapa tak tidur lagi. Dia panggil aku, dia kata dia ada sesuatu nak bagitahu. Aku pon pergi la dekat dia.

Dia bagitahu sebenarnya dia ada perempuan yang dia suka. Dah 2 bulan dia ada hubungan sulit dengan perempuan tu, hari tu kursus dekat kuantan dia tidur dengan perempuan tu. 

Perempuan tu mengandung dan alami keguguran. Perempuan tu macam psycho, kelar tangan dia dan mintak suami aku ceraikan aku.

Nak2 lepas balik dari kuantan tu, suami aku jarang balik lewat (jarang spend time dengan perempuan tu) dan banyak tolong buat kerja rumah. Ye la lepas aku meletop hari tu kan.

Perempuan tu adalah staff dia sendiri. Sekarang ni suami aku cakap baru dia sedar dia buat salah dengan aku dan anak.

Dia terus terang dengan aku sebab perempuan tu ugut nak contact aku. Dia tak nak ceraikan aku, tak nak hilang aku dengan anak.

Aku dengar sampai habis cerita dia.  Setitik air mata pon tak ada, aku relax je dengar cerita dia. Aku pon tanya la macam2, dengan nada yang relax je. Aku bukan jenis perempuan yang suka jerit2.

Tapi aku tak tahan masa aku terfikir anak aku. Betapa kesiannya dekat anak aku, macam mana kehidupan dia kalau dia lalui apa yang aku lalui masa kecik. Aku terus nangis.

Aku cakap dengan suami aku, aku stay dengan dia sebab anak je. Aku kesiankan anak aku. Aku tak nak dia hilang bapak. Sama macam aku dulu.

Malam tu aku tak boleh tidur. Dari pukul 1 sampai ke siang aku tak tidur. Aku terfikirkan ayat2 dia masa dia tipu aku.

Aku jadi kecewa sebab aku tak sangka orang sebaik dia boleh tipu aku macam tu. Dia tak ubah macam ayah aku. Lagi aku tak boleh tidur bila aku fikirkan anak aku.

Anak aku bangun lagi la aku nangis. Tak sanggup aku nak tengok dia sedih.

Aku layan suami aku macam biasa. Cuma dah tak ada lagi usik2, gelak ketawa. Aku jadi sedih sebab aku dah tak boleh pandang suami aku macam dulu. Aku nangis sebab aku kesian dekat suami aku.

Dia jadi pendiam, aku jarang dengat dia gelak atau ketawa lepas malam tu.

Aku peluk dia, aku kata aku kesian dekat dia. Aku tak boleh layan dia macam dulu. Dia kata dia faham dan dia sanggup tunggu sampai bila2 untuk aku jadi macam dulu.

Aku sedih gila sebab suami aku baik sangat. Anak aku budak baik. Tapi keluarga ni dah tak ceria macam dulu. Anak aku yang kecik ni dia pon macam dapat rasakan yang kami dah tak mesra.

Aku rasa aku tak boleh nak pentingkan diri, mintak diceraikan demi anak aku. Aku boleh hidup sendiri, besarkan anak. Aku tak kisah kerja apa pon. Tapi aku tak sanggup kalau anak aku tak rasa kasih sayang seorang ayah. 

Suami aku dia bapa yang baik, anak aku pon manja dengan dia. Kalau aku tak ada anak, aku akan tinggalkan dia.

Aku tak kan gaduh dengan dia, tapi buat apa aku nak stay dalam hubungan ni kalau hati dah tak sama macam dulu. Tapi disebabkan ada anak, aku sanggup makan hati dan beralah.

Aku luahkan dekat sini sebab aku tak tahu nak luahkan dekat siapa. Kalau dekat family, aku kesiankan suami aku. Macam mana hubungan diorang dengan suami aku kalau diorang tahu pasal ni.

Aku pon tak ada kawan yang boleh dipercayai..

Mohon pandangan dari semua..

– Atom (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Biasa tengok orang cerita curang, tipu @ bagai. Cuma kita selalu lupa open secret perangai manusia pelik. Suka ilmu sihir. Biasa perempuan akan buat lelaki yang dia suka. Tu dah jadi biasa. Tambah2 di alam Melayu yang suka hidup dengan sika kemunafikan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *