Salam everyone. Firstly kalau confession ni terpilih, thank you buat admin.
Straight to the point, aku ada baca beberapa (tak, aku rasa banyak sangat) confession dekat sini yang relate dengan “tak berjodoh” la lebih kurang, atau dalam erti kata lain like ghosting, situationship, being ignored dan seumpamanya lah kan.
Ok, memang semua tu dah tertulis, memang takdir & jalan cerita hidup yang sebenarnya bukan lah tak bernasib baik pun. Maybe tu sekadar pengalaman & pengajaran atau kita anggap ianya lukisan tambahan dalam kanvas hidup kita, gitu.
Yang aku nak tekankan kat sini, (sebab aku pun lalui benda yang sama, I really can feel all this feelings) kenapa lelaki macam suka buat perempuan tertanya-tanya ya?
Tu satu, pastu main tarik tali pun satu hal jugak. Pastuuu boleh pulak tetiber ghosting. Eh pelik ek haha pastu mulalah, “perempuan yang berharap lebih”, lah tiber.
Perempuan takkan ada rasa “berharap” tu kalau cara layanan korang tu melebih-lebih & tak macam member-member la. Faham ke tidak? Mestilah tak faham sebabtu benda yang sama je terjadi.
Kadang kesian bila perempuan selalu kena label kuat perasan lah cepat sangat catch feeling lah. Lah memang perempuan ni kan manusia yang penuh dengan emosi, so jangan lah mainkan sebegitu. Kejam nau, haha.
Sebabtu aku tajukkan common sense. Ye, dalam hidup kita ni common sense ler paling penting. Pergi la ceruk mana pun, kalau kita takde common sense memang buat orang annoying je dengan kita.
Begitu jugak la bila bab hubungan ni, (kalau yang dah kawin ke atau yang melibatkan pihak inlaws ke atau selebihnya aku taknak ulas sebab aku pun belum kawin.
Tapi ketahuilah bahawa aku ni dikelilingi dengan orang yang dah berumahtangga, jadi faham je. So semoga semuanya yang baik-baik saja untuk korang ya.
Be the best version of yourself, may Allah repay your kindness with a huge rezeki & happiness, amin ya mujib.) Lah panjang pulak haha.
Haa tulah yang aku maksudkan, common sense dalam hubungan. Atau perjalanan setiap perhubungan, mestilah kena ada common sense. Eh? Haha.
Jadi, apa ya agaknya perasaan lelaki ni bila dia terus je ignore, ghosting semua tu? Apa yang membuatkan dia boleh terfikir nak buat camtu? Ke tak fikir, terus je ah malas la layan haa camtu. Ego kot ek, mestilah kan. Sebabtu dia teruskan je kehidupan dia tanpa rasa bersalah.
Apelah salahnya, terus terang je. Bagitahu tak boleh nak teruskan ke, tak minat ke, mak tak suka ke, tak cantik ke (kalau ni confirm perempuan terus glow up haha).
Bukan apa, percayalah ye wahai lelaki out there bahawasanya sakit direject ni kejap je. Masatu je rasa down gila-gila. Tapi masatu jelah, haa pastu boleh move on dah.
Tapi bila korang buat keputusan yang tergantung tak bertali ni, sakit ya. Teramat sakit.
Even dia makan tahun sekali pun, even lelaki tu dah kawin lain ada anak berderet sekali pun, percayalah si mangsa ni tetap akan terlintas persoalan kenapa dia diperlakukan sebegitu dulu. Trust me.
Alah, mesti nak kata barang yang lepas jangan dikenang, move on jelah.
Lah dah engkorang tak bagitahu puncanya macam mana nak lupakan semua like nothing happen hahaha. Memang tak lupa la, dia jadi macam dendam sikit la dalam hati ni. Nak doakan baik-baik pun macam tak hingin haha.
Dia lain tau putus cinta atau putus hubungan dari situationship ni. Sebab kalau jodoh tak kesampaian atau berpanjangan ni, dia lebih kepada pilihan dorang sendiri, sama ada pasangan atau salah sorang pilih untuk taknak teruskan lagi.
Haa situationship ni pulak engko buat conclusion sorang diri, yang sorang lagi pulak berharap dah ni. Aigoo tak faham betullah aku. Emosi sungguh aku taip ni, haha.
As aku mentioned earlier, ya memang semua ni takdir yang dah tertulis, aku cuma nak tahu yang si pembuat keputusan sesuka hati ni apa alasan dia & mana pergi common sense dia.
Jadi pesanku, berbuat baiklah dengan semua orang. Bukan la baik bodoh, tapi baik berpada-pada. Rejection juga perkara baik, dah kalau tak semenggah takkan nak teruskan kan? Tapi rejectlah dengan cara baik.
Jangan ghosting tak tentu pasal. Ingat, semua orang ada hati dan perasaan. Nak-nak perempuan yang penuh emosi ni, hati dia fragile.
Macam mana tak salah tafsir kalau lelaki sendiri salah beri layanan, terlebih mesra dan buat perempuan jadi selesa.
Kalau takde rasa empati sekali pun, fikirkanlah kotlah ada adik perempuan ke kakak yang belum berkawin ke kan. Atau kenalan perempuan lah senang cerita.
Haa tengok masatu dorang kecewa macam mana? Apa perasaan masatu? Paling cekai pun mesti rasa laki tu tak guna kan? Jadi bertimbang rasa lah, atau dalam erti kata lain, common sense la sikit.
Jadi untuk perempuan di luar sana, even mustahil untuk kita tak berharap kalau kita didatangi lelaki yang buat kita berharap, secara sengaja atau tidak, doalah banyak-banyak supaya Allah sentiasa menjaga hati kita.
Takde siapa pun boleh kawal & jaga hati kita selain pencipta kita sendiri. Tetaplah bersabar ketika facing dengan ujian dekat dunia ni, sebab hidup kita ni memang gelanggang ujian.
Sumber kekuatan kita memang doa sahaja, selain tu kita kena sentiasa berusaha menjadi yang terbaik dari segala aspect.
Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita dunia akhirat, moga-moga kita ditakdirkan dengan takdir yang terbaik, pada waktu yang tepat, amin ya mujib.
Enjoy every moments in our life, and do have some respect & common sense ya.
Tulus,
– F (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit