Lelaki Nak Apa Sebenarnya?

Buat admin page IIUM Confession, saya nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kalau kisah saya ini dikongsi. Kalau tak kongsi pun takpelah, at least admin dah baca, hehe.

Aku nak cerita pasal sorang lelaki. Lelaki ni aku namakan dia Harraz. Dia ada rupa, muka dia banyak manis, dan dia suka sukan. Suka bersukan tak semestinya badan dia stok stok lelaki dada bidang dan athletic tu ya. Badan dia kurang zat sikit hahaha. Kurus dan tinggi.

Kitorang kenal waktu 2018, kawan satu universiti tapi berlainan course. Dia minta ig aku dekat kawan kelas aku. Lepas sembang dekat ig, dia minta nombor dengan alasan cliche,

‘Payahlah nak sembang dalam insta, takut terlepas pandang.’

Mula-mula aku okay lah. Oh macam ni rasanya bila kau dapat whatsapp hari-hari. Tapi aku macam tak boleh blah la bila dia whatsapp mesti dia akan guna emoji. Jenis aku orangnya memang plain, aku type words je takde nak emoji bagai.

Hmm…. dia wish aku goodnight pun aku rasa nak gelak sebab dia bagi emoji bulan lah, emoji muka tidur yang ada zzz, lepastu bintang-bintang bagai.

Normal ke tu? Entahlah aku pun tak tahu. Yang aku tahu dia nampak macam budak-budak? Hahahaha even waktu type ni pun aku gelak bila ingat balik.

Dia pernah ajak aku pergi karnival usahawan dalam u kami. First time jumpa, berdebarlah sikit. Dia soft spoken sangat orangnya. Lembut je cakap.

Dekat situ ada orang jual macam-macam tau termasuk makanan. Aku pun memang nak tapau banyak la makanan untuk aku makan dalam bilik nanti. Waktu aku nak bayar, dia cepat-cepat keluarkan duit dia.

Aku ni sejenis orang yang observant. Effort dia kat situ aku bagi 100 la. Aku rasa before dia keluar jumpa aku, dia singgah atm pergi cucuk duit. Sebab duit dia semua RM50. Keras lagi duit tu.

Aku yang mulanya nak beli macam-macam terus tak jadi sebab memang dia jelah bayar semua. Siap tanya lagi, nak itu tak, ini tak. Haih hati….

Tapi aku dari kecil memang mak ayah aku ajar kalau nak apa-apa usaha sendiri. Jadi aku tak selesa bila dia belanja aku macam tu dan dia tak nak ambil duit.

Jadinya satu hari tu aku pergi makan Mcdonalds dengan roomate aku. Aku pun tapaukan lah dia ayam goreng mcd yang sedap tu.

Walaupun kami ni satu universiti dan duduk dalam kolej, aku rasa 3 kali je aku jumpa dia bertentang mata, yang betul-betul jumpa. Selebihnya kitorang berselisih jelah waktu pergi dan balik kelas.

Dalam 3 bulan macam tu, kami masih berkawan. Tapi aku sebagai manusia yang ada otak, aku nakkan clarity. Kita ni hari-hari whatsapp tapi kawan? Jadi satu hari tu aku pun whatsapp dia macam biasa dan tanya.

“Kita ni apa sebenarnya?”.

Baru 3 bulan kot, rileklah dulu kenal-kenal. Kau nak pergi mana gelojoh sangat. Ye… ye aku tahu. Hudup ni perlukan pencerahan. Aku cuma nak tahu kita ni dekat mana.

“Kita ni kawanlah, kenapa?”

Kawan…… Mungkin dia dengan kawan-kawan dia yang lain pun hari-hari dia whatsapp tanya khabar, wish good morning dan good night, tanya aktiviti harian, suruh kejut bangun sahur dan sebagainya. Mungkin dia sejenis yang menjaga ukhwah fillah yang dia bina dengan kawan-kawan dia. Hebat.

Sejak dari tu aku dah kurang whatsapp dia. Aku ada stalk ig dia. Sangat clean tapi duhai lelaki, jangan pandang rendah dengan kuasa stalk perempuan ni ya. Tiada yang mustahil kalau kami nekad hahaha.

Aku jumpa ig seorang perempuan. Bukan budak u kami. Dia kawan sekampung dan classmate Harraz waktu sekolah. Ada gambar raya sama-sama, matching baju dan Harraz pun ada tinggalkan komen dekat gambar perempuan tu.

Oh dah ada girlfriend… Rupanya aku whatsapp dengan boyfriend orang. Waktu tu aku fikir, oh mungkin mamat ni nak try market. Aku, even tak pernah bercinta tapi tak adalah lurus bendul semua lelaki yang nak try, aku sapu.

Sebab aku suka membaca, dan kawan-kawan aku banyak je pengalaman yang dorang share, so aku banyaklah belajar. Sikit pun aku tak terluka ke apa sebab aku kalau benda tak confirm, aku tak suka nak catch feeling lebih-lebih. So aku sederhana je.

Aku tahu korang tak tertanya-tanya pun aku ni cantik ke tak. Tapi aku nak bagitahu juga. Aku bukan cantik yang natural beauty. Tapi bila aku makeup, zassss….terus bertukar ya. Kulit aku cantik, bersih dan licin.

Lepas itu, aku ni sejenis yang pandai makeup dan suka bergaya. Jadi orang nak dekat pun macam risau sebab tengok aku macam high maintenance. Ni bukan aku perasan. Kawan aku ramai yang cakap macam tu.

Berbalik pada Harraz, lepas aku tahu dia dah ada girlfriend, langsung aku tak whatsapp dia dah. Aku tak suka nak palau orang tapi nak buat macam mana? Aku jarang sangat up status whatsapp tapi kalau aku update, memang dialah antara yang terawal komen.

Kalau aku reply tu memang akan back to normal la conversation kami berhari-hari. Aku pun tukar nombor. Aku tukar nombor bukan sebab Harraz je, ada sebab lain juga.

Aku pun lega dan bahagia bila tukar nombor baru. Rasa macam nak start afresh. Aku update status whatsapp. Tiba-tiba whatsapp aku masuk notification.

“Wah keluar tak ajak”

Aku blur kejap baca. Aku buka profile sebab nak tengok dp. Harraz rupanya.

“Aik? Mana kau dapat nombor baru aku?”

“Aku buka chat kau lepastu whatsapp bagitahu kata kau tukar nombor. So aku tekan la dekat nombor baru kau”

Betapa bendulnya aku….sebab aku pergi migrate whatsapp info aku yang lama ke yang baru ish…ish…ish

Cara aku bertanya tu dia dapat detect yang aku tukar nombor tak nak dia tahu. Jadi start daripada tu dia selalu remind aku kalau tukar nombor, jangan senyap. Bagilah tahu.

Fast foward. 4 tahun kemudian, dia cari aku lagi, walaupun banyak kali aku palau dia. Ada satu hari kami sembang rancak. Dia baru habis degree. Aku pula tak sambung degree terus kerja.

Oh ya dan dia pun dah ada girlfriend baru, kawan satu u dengan kami. Dia tak tahu yang aku tahu dia couple dengan minah tu. Dia ingat aku bendul agaknya. Aku geram betul dengan dia. Langsung tak berubah.

Setiap kali whatsapp dengan aku, aku terbayang, berapa ramailah perempuan diabetes dengan ayat dia. Dia memang sweet talker. Tapi nasib baik aku tak terkan diabetes yang dia sebarkan.

Dia selalu puji aku cantik la comel la. Dia banyak kali bagi aku double hint. Antaranya,

“Aku tunggu kau tau”

“Nanti kau jalanlah area sini (rumah dia), boleh datang masak rumah aku”

“Kau cadang nak kahwin umur berapa?”

“Aku ni selalu tau nak cari kau, kalau boleh hari-hari. Tapi kau suka palau aku”

Aku suka masak. Jadi dia teringin nak rasa masakkan aku. Jadi aku cadangkan dia jadi jiran aku. Lepastu dia kata, jadi jiran je buat apa?

Dan aku bagi dia peluang, aku tanya dia nak jadi apa kalau tak nak jadi jiran aku. Dan seperti biasa dia akan ubah topik. Selalu benda ni jadi cuma situasi yang berbeza.

Aku penat dah dengan mamat ni. Kerja nak ajak main tarik tali padahal aku rasa dia sendiri pun tak sure dengan apa yang dia nak. Dia cuma suka hati je. Aku ingatkan dah 4 tahun tu adalah perubahan. Tapi tak, sama je.

Betullah aku rasa, lelaki ni payah nak matang. Ni dah seminggu aku palau dia.

Setiap kali aku buka whatsapp, aku tadah tangan bersyukur sangat dekat Allah sebab tak ada nama dia naik. Pergilah kau jaga hubungan kau dengan girlfriend kau tu elok-elok sampai kahwin aku doakan.

Cuma aku nak tahulah, wahai lelaki-lelaki yang baca confession ni, dia ni nak apa sebenarnya?

– Princess Jasmine of Agrabah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *