Egois, Adakah Aku Dayus?

Kedengaran agak janggal tapi saya lelaki dan seorang suami. Saya just nak luahkan rasa hati saya. Saya pelik dengan isteri saya yang normanya agak berbeza dari wanita lain.

Saya memang agak berbeza sedikit dengan lelaki lain sebab hati lembut dan mudah memaafkan.

Dari segi kewangan, saya ada beri elaun juga pada isteri meski pun tak banyak.

Nak bawa jalan dia tak nak, nak bawa shopping pun dia tak nak sebab dia takut nak belanjakan duit suami takut nanti suami tak ada duit,

Walhal saya pula berfikir kalau isteri berbelanja Allah SWT tu akan berikan rezeki yang lebih pada suami sebab isteri tu punca rezeki suami.

Usia perkahwinan 5-6 tahun. Setiap birthday atau ulang tahun saya akan beli barang untuk happy kan dia. Hubungan suami isteri, 2 kali sebulan.

Saya tak kisah pun bab tu cuma saya kisah hargailah suami saat ada, kang dah mampus baru nak minta maaf dah terlambat saya rasa.

Nak kata saya garang tak ada pula. Nak kata saya kaki pukul lagilah jauh sekali sebab kalau saya bergaduh mulut pun tak sampai sejam dua dah ok.

Dan cuba pujuk balik. Saya ada kat rumah tak di layannya. Saya sibuk kerja minta kirim itu ini, saya tak kisah. Saya kat luar di luah rasa rindu sayang. 

Kat rumah?.. Ibarat tiada apa-apa.  

Apakah saya ni lelaki dayus?.. Mengutamakan perasaan isteri saja. 

Habis saya?.. Perasaan suami?.. Longkang?.. Saya bersabar lama dah.

Adakah suami seorang lelaki yang tak boleh pikirkan diri dia dan asyik nak kena pikir orang lain?.. Apa benda hubungan suami isteri macam ni? 

Saya terpikir untuk tarik diri dari hubungan macam ni.. Saya penat betul-betul penat, bila di cerita ajak berbincang.

Saya di katakan sakit mental dan play victim. Saya jadi serba salah dan saya tak tahu nak buat apa. Kalau mental, biarlah saya mental sorang-sorang dan tak nak susahkan orang.

Kalau Allah cabut nyawa saya, saya redha saya tak minta. Tapi saya redha walaupun saya tak cukul amal dan ada dosa. Statement wanita selalu betul, selalu bermain dekat minda saya.

Kalau di ikutkan perkataan maaf dari mulut isteri boleh di hitung dan di kira. Dan saya pula tak terkira. Ego isteri terlalu tinggi meninggalkan taraf saya sebagai seorang suami.

Persoalannya, adakah saya dayus?..

Saya minta duhai isteri, hargai suami kamu yang betul jaga kamu, cari rezeki untuk kamu saat dia ada. Tak guna bila dah mati baru nak hargai dan sayangi. 

Saya? Tetap begini. Memaafkan walau hati saya sentiasa terluka setiap saat dan minit kerana dia seorang masih bergelar isteri.

Terima kasih admin membenarkan posting saya disiarkan. Hanya Allah SWT membalas jasa anda.

– Aus (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Bismillahirrahmanirrahim.

    Assalamualaikum, encik.

    Dari perspektif seorang outsider, nukilan encik ini agak vague. Sebab apa maksudnya kat rumah tak buat apa-apa? Maknanya isteri tak romantik ketika di rumah? Adakah dia derhaka/tinggikan suara? Atau tolak permintaan encik ketika hendak bersama/bermesra? Adakah encik terkilan kerana dia tidak berbelanja/berjalan2 bersama encik?

    Apapun, good job kepada encik kerana menjaga makan/minum, siap memberi hadiah kepada isteri lagi.

    Jika isteri tidak derhaka/masih lagi menjaga diri dan aib suami, tiada sebab yang muhasabah untuk berpisah. Dan jika isteri membuat kerja rumah/masak, itupun dah kira yang dia juga dah lunaskan tugas2 dia sepertimana encik yang sudah sempurnakan nafkah dia.

    Mungkin juga dia bukanlah jenis yang romantis atau affectionate. Lain orang, lain love language dia. Ada orang zahirkan sayang dia dengan memberi hadiah, ada orang tunjukkan dia sayang melalui service (tolong basuh baju, masak, dll.)

    Wallahua’lam. Moga isu rumahtangga encik diselesaikan, InsyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *