Bongsu

Ini kisah aku, merupakan anak bongsu daripada 6 adik beradik. Mesti ramai ingat anak bongsu ni manja kan? Tapi bukan diri aku.

Aku mempunyai cita-cita amat tinggi dan berhasrat ingin menyambung pembelajaran selepas spm.

Ringkas kata, kedua ibu bapa hanyalah orang biasa. Ibu aku menjadi suri rumah penuh masa selepas lahirkan aku, bapa aku tidak bekerja ketika aku form 4 kerana faktor usia.

Maklumlah la dah jejaki umur 60+ kakak aku risau dengan kemampuan ayah jadi mereka suruh ayah aku untuk tak mencari kerja lain.

Kisah bermula, ketika awal pkp, ramai rakan ii menganggap diri aku orang yang senang, maklumlah kakak dan abang ii aku kerja di singapore. Memang betul sebelum waktu pkp tak dinafikan, duit sentiasa ada.

Nak dikatakan semua diminta dapat, tidak juga cuma tidak la susah. Cuma kalau ajak lepak pun sentiasa on dan kawan aku pula jenis selalu ajak keluar yang have ii sebab itu dianggap senang.

Tapi waktu pkp tu merupakan ujian terbesar buat aku dan keluarga.

Abang sulung ku buat satu kesilapan yang sangat besar sehingga menjerat kami sekeluarga.

Die buat pinjaman ah long kerana tak mampu settlekan hutang maklumlah, dia pakai motor besar, rumah ada 2 kereta 2 motor yang biasa pun ada dan etc.

Waktu dia senang, mak selalu pesan, along ukur baju badan sendiri jangan ikutkan sangat nafsu, tapi dia selalu cakap takpe mak jangan risau, saya ada saving bla ii.

Rumah kami dikacau dari mula pkp sehingga ke tahun ini. Dibaling cat, kereta diconteng, ugutan bunuh, di call banyak kali. 

Takut? Awalnya aku rasa nak bvnuh diri, aku ingin menduduki spm, dengan hadap kelas online aku buntu.

Aku berdoa sehingga waktu habis solat tanpa aku sedar tangan aku memegang pisau untuk kelar tangan sendiri. Alhamdulillah, Allah lindungi aku.

Aku teruskan kehidupan seperti biasa,sampai benda itu jadi lali. Kerana aku lihat, kakak ii aku tabah sangat menghadapi perkara ni. Dorang ada la ketua keluarga ku sekarang.

Abang yang lain? Ade yang berkahwin dan ada anak, dia langsung tak fikir pasal kami, hari raya je hari dia hulur duit dekat mak dan ayah. Bulan lain?

Tanya cukup makan, sihat pun takde. Lagi sorang pula penagih, keluar masuk penjara, mak aku sampai pernah jual emas kerana nak tolong dia, tapi sayang-nya kate ii manis, dia ambil benda tu lagi dan lagi,

Tapi syukur sekarang ni dia masuk ke pusat pemulihan, dia abang yang baik tak kedekut dekat kami sekeluarga tapi sayang jalan yang dia pilih adalah salah. aku berharap dia akan pulih.

Buat abang aku yang sulung juga, waktu dia senang dia tak pernah lupakan keluarga, cuma tersilap langkah memakan diri dia.

Aku malu untuk cerita masalah ini kat sesiapa. Hanya kawan terdekat dan teman lelaki aku sahaja yang tahu.

Mereka menangis, dan cakap kat diri aku yang aku kuat sebab mampu bertahan sehingga kini. Aku pernah tanya teman lelaki aku, tak malu ke untuk dapat girlfriend macam ni?

Die balas dengan nada yang tenang, dan cakap bukan salah aku benda ni jadi, dan bukan aku yang buat benda ni jadi, mak bapa aku pun tak bersalah. Yang salah adalah abang ii aku sebab salah pilih jalan.

Teman lelaki aku sangat memahami, dia juga disukai mak ayah aku sebab kalau keluar dia akan ingat nak beli makanan untuk mak dan ayah aku. bersyukur sangat Allah datangkan orang yang baik dalam hidup aku.

Kembali pada cerita aku, aku sanggup menangguh pembelajaran aku, untuk cari duit sendiri dan bantu family sehingga pulih sedikit.

Akhirnya aku sambung pelajaran selepas setahun terima spm aku, sekarang aku di semester terakhir, ye aku juga kerja sambilan di mall.

Untuk tanggung hidup dan duit belajar, aku bekerja part time dan bahagi masa dengan study.

Aku hanya nak bagitahu, pada mulanya amat perit untuk ingin bernafas untuk hidup,

Tapi aku pernah berborak dengan kakak aku dan tanya kat dia, kenapa Allah tak pinjamkan kekayaan dekat kita? Kenapa Allah pilih kita? Dan kakak aku balas, sebab kita kuat.

Sebab ini ujian kita, sebab ada hikmah dan kemanisan selepas semua ni, sabar. Dan bile difikirkan balik, kakak aku berkorban banyak benda, duit, masa bujangnya,

Even sekarang dia hanya fikir cari harta dan berserah kat tuhan tentang jodoh, kakak ii aku kedua-duanya hebat belaka, tolong diri aku untuk sambung belajar, walaupun nilai nya sedikit di mata orang lain, aku bersyukur.

Kerana pada mulanya ayah aku menentang aku untuk belajar.

Tapi akhirnya dia la yang hantar dan amik aku pulang ke rumah.

Mak aku pula? Die selalu minta maaf, dia kate maaf adik tak dapat mak ayah yang kaya yang senang nak tolong adik sambung belajar, macam orang ii lain.

Aku menangis dan cakap kat mak aku, bukan rezeki adik nak guna duit mak ayah untuk sambung belajar.

Kalau kakak ii aku dapat merasa duit ayah kami ketika sambung belajar itu rezeki dia, sebab itu kakak aku tolong aku sebab dia tahu keinginan aku untuk sambung belajar adalah ikhlas untuk berjaya.

Akhir kata, kita tak mampu pilih siapa ahli keluarga kita dan juga bukan salah mak ayah kita kalau kita salah pilih jalan.

Bagi aku mak ayah aku telah berikan pelajaran dan ajar kami adab yang baik cumanya diri sendiri yang salah pilih kerana pengaruh.

Kalau boleh pilih dilahirkan semula, aku masih pilih keluarga yang sama, aku bersyukur, kerana ape yang jadi dekat keluarga aku mengajar aku untuk usaha dan bantu mak ayah aku untuk gembira.

Aku tak benci kat abang ii aku, sikit pun tak aku hanya mampu berdoa semoga dorang ingat la tanggungjawab mereka kat mak ayah aku, semoga jadi anak yang soleh dekat mak ayah aku.

Gembira kan la mak ayah aku sementara mereka hidup. Aku tak minta mereka untuk tanggung aku cuma ingatlah kesihatan mak ayah mereka yang mula merosot ni, tabur la bakti sebagai seorang anak selagi ada peluang.

Pengalaman yang dilalui ni mematangkan aku, dan betul ramai yang kata di usia muda aku sangat matang, tapi aku tak pernah cakap kenapa.

Aku hanya cakap, aku belajar dari past experience dan sekarang tujuan aku hanya nak mengejar cita ii aku, dan sara mak ayah aku.

Aku harap mereka yang membaca coretan aku ini ingat, bahawa kalau kita rasa hidup kita susah dan teruk, percayalah ada kehidupan yang lagi susah dan teruk di luar sana.

Jangan pernah bersedih, ambil lah iktibar dari segala yang berlaku.

Bukan senang nak lalui pengalaman yang buat kita matang. Jadi itulah kisah aku, si anak bongsu.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *