Naif

Salam semua. Apa yang aku tulis ni, aku sengaja nak kongsi pengalaman aku. Nama aku Izwan (bukan nama sebenar)

Aku sebenarnya dari zaman sekolah dah di momok kan dengan orang ramai sekitar aku kalau dah besar kerja nanti jangan bawah “bos perempuan” cerewet, jahat, tak memahami dan pelbagai benda negatif lain.

Aku pun bila dengar tu unconsciously macam percaya.

Aku masuk sekolah menengah pun cikgu lelaki pun cakap benda sama. Habis SPM aku nak kerja part time sambil tunggu panggilan upu.

Mak aku suruh kerja dekat kedai kasut tapi bila aku dapat tahu bos dia perempuan aku cakap tak nak. 

Dan kemudian aku follow kawan aku kerja dekat kedai printer bos lelaki jenis luaran pakai kopiah setiap pagi bukan bacaan doa dekat speaker.

Tapi bila kerja fuh kata makian pakai lepas. Ingat lagi aku tersalah yang silap satu sahaja. Sekali dia maki “bodoh lah lembap sangat buat ni” aku tahan je sebab baru first week kerja.

Sekali masuk sebulan gaji gila lambat. Lepas dah masuk pertengahan bulan seterusnya baru dia kasi itu pun lepas ramai asyik minta.

Yang paling menyakitkan hati boleh pula dia cakap “kerja tu biar ikhlas ingat tuhan gaji tu nombor 2 ini semua pengalaman penting”

Aku dalam hati mencarut juga sebab nak duit gaji je. Tapi kerja juga sampai 4 bulan. 4 bulan tu juga gaji sentiasa lambat dan akhirnya aku berhenti.

Bila sambung belajar group assignment aku elak group dengan perempuan sebab itulah termakan dakyah perempuan itu ini.

Tapi final year aku group dengan perempuan baru rasa bertapa tenangnya dengan diorang ni. Selama ni group dengan lelaki huru hara semua last minute dan nak tak nak sahaja buat. Itu pun kebanyakan tiru je yang lain.

Tapi masuk group perempuan first time ye ada proper list. Diorang siap kasi aku example macam format tu semua.

Bayangkan sebab sebelum ni semester lain buat ala kadar format pun ala kadar. Presentation selama ni ala kadar tapi kali ni aku lebih confidence sebab ingat semua part aku.

Kalau tengok markah memang jauh beza. Aku belajar sampai diploma sahaja. Terus sambung kerja, aku waktu tu apply 2 tempat satu ni yang interview aku dua² perempuan dan lagi satu lelaki.

Akhirnya, aku pilih yang company lelaki ni sebab diorang interview tenang dan yang company perempuan ni aku reject.

Tempat kerja aku ni ramai lelaki dan tenang senang nak berinteraksi. Kerja pun rilex je bagi aku. Tapi bila waktu sorang buat salah ha habis semua tunding jari ye. Aku yang tak kena mengena pun terbabit.

Lepastu dah lah diorang ni aku tak tahu kenapa suka sangat sembang lucah. Aku kalau setakat sembang “oh dia ni lawa, cantik” okaylah. Ini “mantap b*nt*t, t***k,” ada siap cakap nak R*g*l.

Aku pernah tegur cakap tak elok. Tapi cuma kena balas but** sahaja. Padahal semua ni jenis dah ada bini ada anak perempuan tapi melucah tak pandang kiri kanan. Akhirnya lepas setahun setengah aku berhenti.

Cari kerja lain, kali ni aku kerja yang bagi balance jumlah lelaki dan perempuan. Tapi yang masalah lelaki dekat tempat baru ni suka sangat pass work tu dekat staff baru yang macam aku.

Lepastu bila ada mistake kita orang yang staff bawahan ni kena take blame. Aku under 1 team ni yang lead dia lelaki.

Aku sejujurnya okay je yang lelaki ni jadi lead sebab dia jenis chill rilex. Tapi setiap kali kerja ada mistake padahal yang bawahan macam aku dah buat good job yang salah leader dia tapi tetap kena salahkan kot.

Tak pernah dapat credit langsung untuk kerja. Aku kerja sampai setahun setengah juga dan quit. Lepas 2 bulan berehat aku jumpa kerja lain.

Aku jumpa dekat LinkedIn datang interview tengok semua wanita memang strict gila tak senyum pun. Aku dalam hati terus cuak juga. Bila lalu office diorang tengok environment dekat situ pun diam semacam.

Aku balik tu doa tolong lah tak dapat dan apply kerja lain. Tak sampai seminggu dapat panggilan yang diorang terima.

Aku waktu tu macam nak reject sebab belum mula kerja dah rasa tekanan dia macam mana. Tapi akhirnya aku pergi juga. Majority pekerja dia perempuan.

First day kerja aku ingat kena balik lambat sebab kerja aku sebelum ni memang 2 jam lepas habis waktu kerja baru balik.

Tapi akak sorang ni cakap “jangan stay lama dah buat mana tu balik jem jalan nanti” aku tengok pun semua waktu tu dah kemas dan balik.

Yang paling aku suprise waktu nak balik tu bos aku ni panggil aku datang masuk office aku dalam hati ingat sebab dia nak marah aku balik awal first day.

Sekali rupanya tidak dia kasi 100 ringgit. Dia cakap ni welcoming money beli lah food ke atau memorial gift or something.

Aku terkejut juga sebab sebelum ni tempat lama tak pernah pula ada benda macam ni.

Yang macam aku culture shock lah sikit dekat sini setiap isnin akan ada macam “money health day” basically setiap isnin. From breakfast and lunch tak payah keluar duit sendiri untuk makan.

Nanti pagi tu kalau bos aku masuk dia kasi kad kredit then nanti whole office beli lah breakfast then lunch setiap harini isnin. Aku memang paling suka lah siapa tak suka orang belanja makan free sahaja.

Ingat lagi lepas sebulan kerja gaji dah masuk bos aku panggil then dia tanya macam mana kerja macam ada benda kurang atau tidak. We even have monthly mental health check kot.

Terus terang tahun pertama kerja dia punya senang hati. Walaupun kerja banyak tapi kau tenang. Kalau ada mistake instead of cari siapa yang salah tapi dekat sini kita cari cara nak fix the problem ASAP.

Setiap bulan akan ada macam email diorang listkan performance dan which part aku kena improve. Memang lah awal tu rasa macam “aduh kena monitor ke” tapi bila kau analyst balik setiap bulan obviously nampak skill kau tu improve.

Aku pun sambil kerja part time degree. Hujung tahun 2023 ni dah masuk tahun ke-4. Hakikatnya kalau orang kata itu ini yang jahat jangan jadi macam aku percaya bulat-bulat tapi cuba dan merasai dulu.

Ramai betul takut kan aku cakap perempuan kerja cerewet banyak peel apa tapi hakikatnya bukan cerewet ke apa.

Pada diorang kerja ni cukup kita buat sekali dan betul sebab itu banyak benda kena ambil kira. Sebab kalau dah ada salah silap nak betul kan balik tu ambil masa 2 x lama.

Pengalaman aku kerja sebelum ni memang kerja dengan lelaki rilex chill apa semua, bab kerja pun diorang cakap “salah buat lah balik” tapi bila dah salah ha tak ada sorang nak mengaku dan akhirnya rakyat bawahan macam aku yang terpaksa terima marah.

Kepada siapa yang akan melangkah tak kira alam pekerjaan ke atau alam belajar di peringkat universiti sila pilih team yang betul.

– Izwan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *