Hai, nama aku Alisha (bukan nama sebenar.) Anak sulung daripada 3 beradik. Semua perempuan.
Aku rasa nak luah pasal mental aku sebab aku rasa memang tengah down sangat, maaf kalau orang lain rasa aku mengada ke apa. Cuma aku sendiri tau kenapa. Aku ni just budak perempuan 16 tahun yang rasa terbeban sangat.
Aku bukan penyabar, agak baran. Mungkin sebab ayah aku sendiri pon sama. Tapi aku bukan nak cakap pasal ni.
Aku tiba2 terpikir. Ayat ‘anak2 tak pilih untuk dilahirkan. Anak2 tak boleh pilih siapa ibu bapa mereka.’
Demi Allah aku lah manusia yang paling tak kenang dek untung. Aku rasa tak bahagia langsung dengan family aku. Berdosa betul aku rasa macam ni. Tapi aku sakit. Sakit sangat.
Aku tertanya, memang ibu bapa langsung tak boleh terima pendapat anak ke? Salah ke kalau anak nak luahkan apa yang mereka rasa?
At the end, mereka akan dicop sebagai pemberontak. Tapi faham ke ibu bapa tentang perasaan anak mereka?
Aku sakit. Kenapa parents aku susah sangat nak faham aku. Bukan aku tak cuba. Tapi setiap apa yang aku cakap dorang guna balik benda tu kat aku.
Masa aku terlepas cakap aku stress, mereka salahkan aku balik. Mereka persoalkan, “Apa yang nak stress sangat? Baru belajar belum kerja lagi.”
Tapi dorang tak sedar punca tu datang daripada dorang. Dorang tak faham. Apatah lagi aku. Aku sendiri tak faham kenapa aku rasa penat sangat.
Badan aku letih sangat padahal kadang tu aku hanya duduk diam. Tapi Tuhan je tau betapa penatnya aku rasa. Letih sangat tak tahu kenapa.
Terima atau tak, sesetengah anak yang digelar derhaka ni berpunca daripada ibu bapa sendiri. Ye aku faham kalau ibu bapa dah layan baik2 tapi anak mereka masih tak kenang budi, itu aku faham kenapa dikatakan derhaka.
Tapi macam mana dengan kami yang banyak pendam, banyak terasa, sampai at one point kami meletup.
Tup tup kena cop derhaka. Sedangkan aku bukan lah seorang yang penyabar. Aku manusia biasa. Aku rasa sakit. Sakit bila sentiasa disalahkan hanya kerana aku anak pertama.
Anak perempuan pertama. Apa apa yang adik aku buat, akulah cerminnya. Akulah mentornya. Akulah ketuanya. Akulah punca. Itu yang mereka katakan.
Demi Tuhan, aku lelah. Mungkin orang pandang benda ni remeh. Tapi tidak pada aku yang rasa terbeban.
Orang akan fikir, apalah sangat budak perempuan 16 tahun ni tertekan. Apa yang stress sangat.
Perlu ke mereka salahkan aku atas silap adik2, kedegilan adik2, hanya sebab aku anak sulung? Sedangkan benda kurang ajar yang diorang buat sikit pon aku tak pernah ajar.
Jujur, aku sendiri tak faham dengan diri aku. Lemah sangat ke aku ni? Apa yang aku buat semua serba tak kena di mata mereka. Percakapan aku. Tingkah laku aku. Setiap aktiviti yang aku lakukan.
Tak pernah sekali pon aku tengok dorang betul2 bangga dengan aku. Aku tak cukup berusaha ke? Aku sedar aku bukan seorang yang pandai dalam bidang academic.
Walau begitu aku tetap cuba untuk belajar. Aku cuba aktifkan diri dalam bidang lain. Boleh dikatakan aku seorang yang sentiasa ambil peluang untuk menyertai apa apa aktiviti yang aku rasa aku boleh.
Ada yang pandang aku sebagai gila sijil. Tapi deep down, aku tau aku buat semua ni untuk dapatkan rasa bangga daripada ibu bapa aku.
Tapi tak. Apa yang dorang kata is aku lebihkan aktiviti berbanding pelajaran. Sijil aku tak berguna pon untuk masa hadapan. Setiap tahun aku akan kumpul 5 hingga 10 sijil. Tapi semua tu tak bermakna di mata dorang. Sebab academic aku, tak memadai.
Aku lemah dalam pelajaran. Cukup aku cakap aku hanta mahir subjek asas macam BM, BI dan Pai dan PSV sahaja. Perniagaan, Sains aku pon cukup cukup makan. Sejarah dan Math paling aku lemah.
Aku cuba. Aku cuba belajar sendiri. Tapi benda tu still susah utk aku fahamkan. At one point aku dh boleh rasa yang aku mungkin gagal SPM tahun depan. Lagi2 sebab aku kerap tak datang.
Dan yang ni. Ya Allah kenapa susah sangat parents aku nak percaya. Mungkin orang akan rasa aku ni drama, lemah, lembik. Tapi jujur cakap aku kerap tak hadir sebab sakit. Kadang tu sampai 24 jam aku pening dan sakit perut. Ada sampai tak larat langsung nak bangun.
Tapi dorang pandang aku menipu. Malas pergi sekolah. Sampai aku terfikir, kenapa dorang tak boleh rasa apa yang aku rasa. Kalau dorang rasa mesti dorang faham.
Parents aku salahkan diri aku sebab tak jaga tidur dan makan. Tapi dorang tak faham. Aku nak makan. Aku lapar. Tapi tiap kali aku makan, aku muntah. Loya. Aku nak tidur. Aku penat sangat. Aku rasa mengantuk sangat. Tapi tak boleh. Mungkin insomnia.
Tapi mak aku cakap sebab aku tak tidur malam aku tidur siang. Tapi dia tak tahu betapa stress aku sebab tak dapat tidur ikut masa.
Sampai satu tahap aku berjaga selama 3 hari sampai betul2 exhausted supaya dapat balik masa tidur yang betul. But still, haih. Dorang tak faham peritnya nak makan tapi takde selera sebab makan je loya, tak boleh telan.
Dorang tak faham sakitnya bila kau mengantuk, penat gila2 tapi sikit pon tak boleh nak tidur. Sedangkan mata dah mengantuk tapi still tak boleh nak lelap.
Bukan aku tak cuba untuk luah. Setiap kali tu mereka bangkitkan isu aku dah x-ray banyak kali tapi tak ada apa2. Ya Allah. Kalau x-ray takde pape memang tak layak sakit ke?
Sampai satu tahap tu aku berdoa kat Tuhan supaya aku ada penyakit. At least kalau aku memang ada penyakit dorang faham la kan kenapa aku macam ni. Tapi masalahnya aku tak ada penyakit.
Tapi kenapa aku selalu sakit macam ni ya Allah. Perut aku sakit sangat. Hari hari. Kepala aku kadang tu rasa nak pecah. Badan aku satu badan sakit2, lenguh. Rasa nak mati. Sumpah.
Aku rasa malas sangat nak hidup. Bila aku hidup dosa aku bertambah sebab aku derhaka dengan ibu bapa aku. Gila, umur baru 16 dah acah tertekan macam orang lain tak ada masalah. Tapi tolonglah, takde siapa ke yang faham rasa dia? Aku penat.
Mesti ada yang cakap aku tak ada iman. Tapi kadang tu aku terlepas jugak buat Self H4rm since one day aku terbuat tu. Tapi tak dalam, cuma aku rasa lega lepas buat.
Kadang tu aku shaking sangat sebab menangis sorang2. Penat tau bila kau setiap malam nangis tapi kena tunjuk muka happy kat orang lain.
Aku taknak jadi anak derhaka. Tapi apa yang parents aku buat kat aku, buatkan aku rasa benci kat dorang. Sikit sikit rasa benci tu datang. Aku rasa berdosa sangat.
Bila aku luah, dorang kata aku mengada. Bila aku cuba betulkan apa yang betul pada dorang tapi nyata salah, aku disalahkan sebab menjawab.
Dorang kata ‘patutla orang dulu2 kata kalau betul pon diam je sebab hormat orang tua.’ Imagine. Parents aku sendiri perlekehkan aku sebab selalu sebut ‘Ya Allah, Astaghfirullah, Lailahaillallah, Allahuakbar’.
Ye benda tu dah jadi kebiasaan aku walaupon aku seorang pendosa. Banyak perintah Allah aku tinggal.
Aku nak tanya. Tak layak ke seorang pendosa, sebut nama suci Allah? Parents aku cakap aku hipokrit. Pergunakan nama Allah. Sedangkan aku sebut nama Allah untuk sabarkan diri aku.
Aku yakinkan diri aku untuk tak tinggal nama Allah walau banyak mana dosa aku buat. Tapi dorang cakap aku pura2, gunakan nama Allah untuk nampak baik. Sakit sangat.
Lagi sakit bila kau tengok parents kau sayang adik2 kau, tapi sampai kat diri kau sendiri. Sikit rasa sayang pon tak rasa tau. Aku tak dapat rasa kasih sayang dari diorang. Even dorang cakap sayang sama rata.
Dorang ulang ‘kakak anak mama ayah yang sulung, lama mama ayah tunggu takkan tak sayang?’ mula tu aku rasa bersalah. Lama2 aku mula rasa menyampah sebab ayat tu rasa lain pada aku.
“Kalau aku tau perangai kau macam ni kecik2 aku dah picit kau sampai mati.” Sakit. Walaupun sebut time marah, tapi orang cakap time marah tu la kita cakap apa kita rasa.
Aku nampak. Aku tak bodoh. Aku nampak yang dorang memang sayang kat adik2 aku. Sikit punya salah dorang aku langsung tak boleh tegur.
Aku tegur, aku yang kena. “Mama ayah hidup lagi sape izinkan kakak tegur macam tu? Buat mama ayah macam dah mati. Selagi mama ayah hidup mama tak izinkan kakak sentuh adik2 tinggi suara kat adik2 tegur adik2 macam tu.” Itu ayat yang dorang selalu ulang2.
Paling sakit, “Mama ayah harap sangat Allah jemput sekali mama ayah dengan adik2. Nak harapkan kau memang tak lah. Kitorang hidup pon kau dah berani marah adik2 macam tu. Mama doa sangat kitorang mati dulu biar kakak aman hidup sorang2.”
Banyak lagi ayat dia.. “Mama tak harapkan apa2 pon dari kakak. Sekarang pon dah macam ni. Silap2 mama tua nanti kakak buang je mama. Mama harap kat kngah je.” Sakit sangat ya Allah sedangkan aku selalu doakan dorang.
And last, aku selalu doa biarlah aku yang mati dulu. sebab dorang bahagia tanpa aku. Jadi biar aku yang pergi dulu daripada dorang pergi sekali. Mesti dorang happy. Sebab adik2 aku pon tak suka aku. Sebab dorang je dah berapa banyak sepak terajang aku makan.
Tapi parents aku takkan pernah ingat apa yang dorang buat kat aku. Tapi takpe. Aku diam je.
Kau faham kan rasa sakit dia bila kau duduk dalam bilik sorang2, kau dengar satu family kau gelak2 BAHAGIA SANGAT sama2 kat ruang tamu. Tapi bila kau keluar, diam. Lepastu kena attack.
Ayah aku paling ketara tak suka aku. Ada je yang tak kena kat mata dia. Lagi sakit bila setiap kali aku makan ada je benda yang dia nak jadikan bahan.
Nenek aku pon perasan yang dia tak suka aku. Tapi takpelah. Aku rasa sampai sini je. Aku tak larat. Kalau lah boleh aku luahkan kat sesiapa. Tapi cukupla aku bebankan hidup orang lain. Takde yang akan faham melainkan Allah dan aku sendiri.
Aku baru 16 tahun, masih muda tapi aku dah berharap untuk mati. Lemahnya aku. Tapi lagi sakit bila hari2 kau kena menangis untuk benda yang sama.
Aku berkurung dalam bilik sebab nak mengelak family aku. Sorang2 aku rasa tenang. Aku tak suka bila pergi mana2 sebab kena naik kereta, mesti bergaduh.
Bila makan, ada je yang tak kena dengan aku. Bila aku duduk ruang tamu, ada je silap aku. Atau memang aku yang salah? Entahlah sampai setiap masa ada je yang kitorang gaduhkan.
Mak aku selalu blame aku dengan ayat ‘Nak mama ayah cerai sangat ke sebab kakak.’ Sedangkan aku sendiri tak faham apa salah aku.
Aku tak mintak pon dilahirkan. Aku tak mintak dia back up aku. Tolonglah, aku pon teringin nak disayangi. Paling aku sakit, bila aku dah mula benci family sendiri. Dan aku rasa benci pada diri aku sendiri.
Aku takut aku berdendam, tapi yang aku mampu buat cuma pendam. Anak perempuan pertama kena kuat. Aku cuma harap yang dorang boleh faham aku. Assalamualaikum.
– Alisha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit