Saya selaku pemimpin Wanita di sebuah persatuan. Juga dilantik sebagai ketua kaunseling untuk Kumpulan Belia/Beliawanis.
Aunty sudah pun berumahtangga dan sudahpun melalui sedikit asam garam kehidupan.
Rata – rata luahan yang Aunty baca berkenaan penindasan terhadap perempuan dari segi perhubungan cinta sehinggalah alam perkahwinan.
Di sini Aunty terdetik untuk mengulas sedikit berkenaan perhubungan alam remaja.
Oleh kerana Aunty banyak berhadapan dengan remaja yang baru sahaja mengenal apa itu berpasangan (Lelaki & Perempuan muda).
Ada seorang remaja perempuan berumur 17 tahun datang kepada saya dengan keadaan sangat murung dan kecewa kerana perasaannya dipermainkan.
Saya bertanya sebagai kawan dan juga sebagai orang dewasa yang cuba memahami situasi remaja ini.
Apabila saya mendengar segala luahannya dan bertanya secara terperinci berkenaan perasaannya yang sering dipermainkan oleh para lelaki.
Disini Aunty nampak yang kesalahan bukan sepenuhnya dilemparkan kepada kaum lelaki.
Lelaki mahupun Perempuan yang sering mempermainkan perasaan itu bukan tidak sengaja tetapi secara sengaja.
Biasanya Si pelaku yang sering mempermainkan perasaan ini sudah belajar dan menilai mangsa tersebut.
Si pelaku ni memang sudah kenal pasti ada sejenis orang yang mudah untuk dipermainkan, mudah cair, mudah digoda, mudah ditipu, mudah dipujuk dengan janji manis.
Jika Si pelaku tersebut sudah kenal pasti anda mempunyai ciri – ciri tersebut.
Si pelaku itu tidak akan berhenti memangsakan dan mengorbankan perasaan anda dalam hal perhubungan.
Apatah lagi jika Si pelaku tahu anda begitu “gila”kanya dan sememangnya tidak mampu untuk meninggalkannya.
Selagi anda bukanlah pilihan hatinya atau bahasa kasar bukan test Si pelaku. Anda selamanya akan menjadi tempat dia (Si pelaku) “bermain”.
Tidak semua kesalahan diletakkan dibahu lelaki, soal mempermainkan perasaan. Perempuan sendiri juga wajib ada PENDIRIAN. Harus ada kekuatan untuk berlaku TEGAS.
Jika kamu tidak berlaku TEGAS, kamu sedang mendidik Si pelaku itu menjadi lebih Professional dalam mempermainkan perasaan anda dan mungkin juga akan dilakukan kepada mangsa seterusnya.
Jadi, nasihat Aunty disini sebelum anda menyesal lebih dalam. Tolonglah adik – adik semua, kamu harus menjadi lebih TEGAS BERPENDIRIAN. Bukan menjadi orang yang mudah untuk dipermainkan.
Perkara tersebut juga terjadi dalam hal Rumahtangga. Ramai mangsa adalah kaum Wanita dan saya menyetujui salah satu komen iaitu “Jangan bertahan dalam rumahtangga kerana anak dan rasa sayang yang mendalam”.
Jika kamu habiskan sisa hidup kamu dalam rumahtangga yang tidak Bahagia, kamu sedang mencipta neraka dalam dunia.
Rumahtangga yang tidak Bahagia itu umpama neraka kedua sebenarnya.
Kamu tinggal selamanya didalam rumahtangga tersebut (sehingga nafas terakhir) dalam keadaan sakit hati, kemurungan, tertindas dan teraniaya.
Berjanjilah kepada diri anda sendiri. Katakan pada diri anda bahawa anda adalah WANITA HEBAT! Yang mampu melakukan perubahan.
Saya akhiri coretan saya ini dengan ucapan Terima Kasih sekiranya nasihat ini disiarkan dan Mohon Maaf sepuluh jari jika ada perkataan yang mengguris hati para pembaca.
Saya juga dengan penuh rendah hati mohon jangan dikecam penulisan ini, sememangnya saya tidak pandai menyusun ayat dan cerita dengan baik.
– Aunty Sayang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit