Untuk part I, (https://iiumc.com/jodoh-sementara/).
Bila aku dapat tahu yang Daus suka pada aku, dan aku tak nafikan betapa dia laki sederhana yang ada ciri-ciri yang aku nak tapi aku ada kesangsian aku sendiri.
Aku tahu dia lelaki yang solat namun dia terlalu utamakan kerja dia sehingga sanggup balik rumah saja baru qada’ solat.
Aku berdoa dalam kepastian aku pada perwatakan dia yang lembut (sebab pernahkan dengar pepatah orang kata, cari suami yang kita nak untuk jadi ayah pada anak-anak kita) so sebab itu aku yakin pada dia.
Sifat dia yang mudah layan budak dan sangat nampak macam bapak mithali. HAHAHA.
Aku berdoa supaya Allah mudahkan urusan untuk aku kenal dengan dia jika dia terbaik.
Alhamdulillah belum sempat aku korek rahsia pasal hidup Daus dekat Kak B, tup tup Kak B yang beria cerita semuanya, dia yang buka mulut. Lama-lama, aku fikir mungkin Tuhan jawab doa aku itu.
Aku selalu ulang doa ini hari-hari.
“Satukan hati aku dengan Firdaus dalam ikatan yang engkau berkati. Namun, sekiranya aku bukan terbaik baginya dan dia bukan terbaik bagiku, maka satukan hati kami dalam perdamaian takdir Milikmu.
Luruskan lorong dan jalan untuk kami diijabkabulkan, Ya Allah kerana aku memang menyimpan hati pada hambamu ini.”
Hari berganti hari, aku kian yakin bahawa Daus adalah laki yang baik buatku. Namun, ada beberapa perkara yang selama ini aku pentingkan tetapi aku tutup sebelah mata saja dan menganggap ia sebagai kekurangan.
Aku secara fizikalnya, perempuan yang terlalu biasa, aku memang tidak pakai make up dan pakaian aku memang macam orang tua walaupun usia aku baru 20 tahun.
Tapi, aku adalah sejenis perempuan yang selalu kononnya ‘pandai’ fikir dan memilih sebab pertamanya, pengalaman di sekeliling mematangkan aku dan aku suka membaca perkara-perkara macam,
Hal rumahtangga, parenting, konsep taaruf serta pekahwinan yang disifatkan sebagai sakinah, mawadah wa rahmah. Jadi, tak mungkin aku salah pilih!
Ya, aku tak suka lelaki merokok dan hisap vape. Tapi, aku tutup sebelah mata saja bila aku dapat tahu dia merokok dan vape. Dan, dia mencarut.
Pertama kali, aku dengar dia mencarut, aku rasa masa itu aku dah start turn off dengan dia. Tapi, lama-lama, aku termenung dan berfikir, dia ada kekurangan namun takkan disebabkan itu saja, aku nak lupakan dia dan lupakan kelemahan dia.
Dan, pada aku yang memang mudah suka orang, aku dapat rasakan yang aku mesti akan lupakan dia dah bila aku jumpa crush baru.
Tapi, tak! Hati aku tak rasa macam itu. Aku terfikir, kadang jodoh yang datang boleh jadi seseorang yang mengharapkan kehadiranmu. Bukan jodoh yang seperti kau harap! Jadi, memang betul! Hati aku masih sayang pada dia.
Adalah beberapa kali, aku marah pada cara dia namun segera dia minta maaf kerana hormatnya dia pada aku dan dia lelaki yang sangat memberi ruang. Ya, kelembutan dia buat aku tambah sayang.
Akhirnya, cuti persekolahan tiba. Kantin sekolah tutup sebab budak balik rumah. Sepanjang cuti, aku solat istikharah. Sehinggalah, hari ketiga aku solat, esoknya hati aku jadi berani saja nak luahkan niat aku.
Aku pernah baca yang kita seeloknya bagitahu niat kita yang nak kahwin bukan bagitahu perasaan kita. Itulah cara taaruf yang dianjurkan Islam.
So, aku mulai bukak whatsapp. Dan, menaip panjang.
“Salam, Daus. Umi ada benda nak cakap. Hari itu, Kak B ada bagitahu dekat Umi pasal perasaan Daus. Sebenarnya, Umi menyimpan hasrat nak berkawan dengan Daus. Tapi, niatnya berkawan untuk kahwin. Umi tak nak bercinta. Umi sedia terima apa pun jawapan Daus.”
Gitulah semuanya bermula. Lepas sejam macam itu, Daus baca dan bluetick aku. Time tu aku dah rasa bahang malu weh. Tapi, aku berani je mula-mula tadi jadi aku ikhlaskan hati andai dia reject aku sekalipun.
Tiba-tiba, dia reply “Wassalam, kita kawan dulu.”
Dia reply lagi, “Untuk sekarang Umi fokus belajar ya. Umi ok ke?”
Aku time tu hati berbunga, sebab dia suruh aku fokus belajar dulu. Rasa macam dia matang sangat. Jadi, aku pun cakap, “Umi ok je, ya Umi memang nak sambung blaja amik degree. Dalam Umi belajar, boleh saja kita kenal-kenal.”
Lepas tu, keberanian membabi buta aku datang pulak malam itu. Aku saja whatsapp dia semula, sebab ada benda aku nak tahu tentang perancangan dia.
Dia katalah, kalau Umi ada banyak pertanyaan, boleh je kita call. Aku pun setuju sebab kakak aku ada kat sebelah. Kononnya, ni taaruf aku yang pertamalah.
Aku tanya dia banyak benda.
1. Ada perancangan ke nak kahwin dalam masa terdekat?
2. Nak kumpul banyak mana duit?
3. Macam mana majlis yang dia nak buat nanti (dan aku ketengahkan keinginan aku yang nak kesederhanaan dan aku nak buat doa selamat saja, tanpa majlis yang besar)
4. Bagaimana dengan pengurusan kewangan, boleh cerita sikit?
5. Kehidupan selepas berumahtangga, apa pulak perancangan? Duduk dekat mana?
6. Saja aku tanya (Dah ada calon ke yang berkenan?) HAHAHA saja nak tahu tahap kesinglelan dia.
Jawapan dia memuaskan. Dia beritahu aku yang parents dia hadiahkan dia rumah. Kalau dah kahwin dengan Umi nanti, rumah tu nanti dia bersihkan dan sewakan pada orang sebab dia kerja kat Selangor. Rumah itu dekat Johor. Boleh lah jadi income kita bila kahwin nanti.
Satu benda yang buat aku terngiang-ngiang adalah pesan dia.
“Umi, kalau ada jodoh, kita kahwin. Kalau tak berjodoh, kita kawan. Jangan letakkan apa-apa harapan ya. Kalau ada jodoh adalah. Kalau takde, takdelah..”
Daripada situ, aku sedar kebenaran itu. Yang aku jangan sesekali mengharapkan apa-apa yang bukan kuasa kita untuk tentukannya.
Dan aku juga tahu, pengalaman silam membentuk fikirannya yang sekarang yang mungkin lebih bersikap berjaga-jaga dalam soal memulakan hubungan baru.
Aku buat status. HUHUHU agak tertampar ya dengan pesan dia tu.
Aku tulis, “Tuhan menghadirkan aku perasaan dan mengujiku dengan pasang surutnya. Sesungguhnya, Tuhan ada – Berlari saat kita memanggilNya.”
Lepas itu, dia reply status aku.
“Teruskan langkahmu. Bina kerjayamu dan percayalah bahawa kamu boleh menjadi orang berjaya.”
Dan dibawahnya, ada suatu quote daripada Imam Syafei bahawa berhijrahlah kerana orang beradab takkan diam saja di kampung. Berhijrahlah lalu kau temui pengalaman dan orang-orang baru.
Dapat saja mesej sedemikian, aku faham maksudnya. Dia tidak mahu kami saling tenggelam akan harapan yang kita sendiri bina. HAHAHA sejak daripada itu, aku masuk kerja bahang merah satu muka kerana mengenangkan keberanian aku yang melampau sangat.
Namun, Daus adalah lelaki yang istimewa kerana kisahnya. Orang kata, “Cinta kerana simpati bukan cinta. Sedangkan ulama Jalaludin Rumi kata bahawa pintu cinta yang paling agung adalah pintu kasihan (rahman)”.
Dan, aku menemui cinta Daus melalui pintu yang paling agung tulah. Kita boleh kaitkan dengan rahmah Allah pada hambanya la yang menyebabkan kita dimasukkan ke Syurga bukan kerana amalan kita. HAHA dramatik pulak aku.
Ya, sejak itu, aku berkawan dengan dia. Namun, ketegasanku lama-lama makin pudar. Dulu, memang aku beritahu pada dia batas-batas yang perlu dijaga. Kerana kita berkawan. Tidak ‘couple’.
Tapi, lama-lama, kami jadikan berbalasan teks sebagai rutin walaupun hal yang kami bincangkan semua pasal perkahwinan. Namun, bukan begitu taaruf sepatutnya berlangsung. Hakikatnya, aku kian tersasar. Dan, aku sedar akan hakikat itu.
Dan aku mulai berdoa agar Allah bantu aku supaya aku mampu menjaga batas pergaulanku.
Mungkin kerana aku telah mengutamakan hati Daus yang makin hari makin sayang pada aku, dia sangat takut kehilangan aku (Daus bagitahu) bahawa Umi perlu jaga hati Aus betul-betul sebab Umilah yang terakhir, Aus buka hati Aus semula.
Kerana Daus pernah dikecewakan, kerana Daus ikhlas dan kerana Daus perlu tahu bahawa yang pergi pasti Tuhan gantikan yang terbaik, kerana semuanya adalah Daus, aku cuba pujuk hati dan cakap bahawa jalan ini adalah jalan yang betul, jalan yang Allah redha.
Daus, hatinya benar-benar baik. Dan, ya walaupun aku tidak pun berbalasan ucapan sayang pada dia, hakikatnya ikhtilat aku tetap tidak dijaga seperti dulu. Akhirnya, ketegasan aku benar-benar hilang.
Sebab ya, kononnya Tuhan berkatilah kononnya sebab kami takde pernah keluar ke apa. Walaupun mmg aku masih tegas hal-hal begitu, namun bila ketika perlu mesej di ruangan maya, aku seolah lupa bahawa ikhtilat itu perlu dijaga dalam maya sekalipun.
Suatu hari, Kak B bagitahu tentang keseriusan Daus sebab Daus dah beritahu mak dia pasal kami. Maknya duduk jauh, jadi aku kirim gambar aku kepada Daus untuk dihantar pada maknya di kampung. Maknya, kata ok saja. Dia setuju bagi pihak anaknya.
Dan, Daus pun bagitahu bahawa dia nak beli cincin tanda buat aku sebelum aku berhenti kerja dan melanjutkan degree. Dan ya, aku dah pun aturkan untuk Daus jumpa mak dan ayah aku.
HAHHAH cuba engkau bayangkan, punyalah Daus ni sangat lembab ya sehinggakan dia tanya aku, “Umi, Daus nak kahwin dengan Umi. Umi nak kahwin dengan Daus, tak?”
Dan aku jawab, “Habis tu, yang Umi msj Salam Daus, Umi simpan hasrat nak berkawan. Kita kawan sebab kahwin ya. Tak nampak ke yang Umi ajak Daus kahwin..”
Punyalah, Daus ni lembab kan. Dia boleh tanya aku gitu dan balas manalah kita tahu. Dia ingat aku main-main gamaknya.
Dan sejak itu, dia janji akan cuba berhenti rokok sebab aku jujur saja yang aku tak suka dia merokok tapi aku serahkan urusan itu pada dia sebab dia dewasa, berakal dan mampu berfikir.
Lepas itu, dia kata dia cuba juga akan tidak mencarut. Itupun sebab aku cakap yang aku tidak suka dia mencarut.
Memang, Daus ni bole dikatakan the greenest flag ever lah. Sebab, kami dah ‘unofficially’ bertunang sebab kami dah deal nak kahwin in 5 years time sebab nak tunggu aku habis degree.
Walaupun aku ajak kahwin gantung, dia tak setuju sebab buat masa sekarang dia nak beli rumah dan kereta dulu macam cakap dia masa iftar dulu.
Dan, walaupun aku cakap yang aku tak kisahpun semua tu dan bersedia nak build economy sama-sama tapi still, dia nak susah-susah dulu untuk isteri dia tinggal basuh kaki aje masuk rumah. Dan, ekonomi sekarang masih tak stabil. So, aku dah tak push dia untuk kahwin awal.
HAHA, alasan aku guna bila dia tanya kenapa nak rushing kahwin, aku cakaplah taknak dosa, bila belajar nanti asyik terkenang dan teringat Daus. At least dah kahwin, kalau teringat dapat pahala bukan dosa. HAHAHA gelak Daus dengar aku cakap gitu.
Green flag si Daus ni jugak terserlah bila kami ada perbezaan pendapat. Dan, aku as modern woman sikit, cubalah untuk pertahankan pendapat dan pendirian aku.
Tapi, dia? haha mengalah dia dengan aku. Dan dia cakap dia akan jadi air bila aku jadi api sebab dia sayangkan hubungan ni. Dia minta maaf juga andai dia sakitkan hati aku.
Last-last, aku yang lembut hati dan minta maaf lepas tu. Nak tahu sebab apa kami selisih pendapat? Sebab dia kata, bila kahwin nanti dia nak ubah sikit penampilan aku. Dia nak orang tengok aku cantik dan takdelah orang kutuk isteri dia tak pandai bergaya.
Sampailah aku dengan dia kerja macam tak bertegur lepas tu, bila time balik aku kena mop lantai dan basuh pinggan dalam sinki – tapi disebabkan aku tengah basuh pinggan, dia amik mop tolong mopkan satu dapur.
Dan terpaksa juga waktu tu, Kak B buat nasi goreng dan Kak B suruh aku pack bagi Daus walhal tengah gaduh, bila aku bagi dekat dia kami sama-sama senyum kononnya dah bagi hint berbaik (Well, yes… aku ni old-fashioned.
Family aku selalu tegur ubah penampilan sebab aku masih muda remaja. Tapi aku jenis tak kisah, aku specky girl, jenis bertudung sarung aje bila kerja @ outing, sebab itu kadang aku pelik kenapa Daus pandang aku?)
Ayat Daus sama saja… Dia minat aku sebab aku jenis perempuan yang jaga batas dengan lelaki dan jujur nak mampus. Dia nampak perangai jujur nak mati tu sejak deep talk ngan aku malam iftar tu.
HAHA dia jujur jugak yang dia jadi sayang dekat aku lepas berbual dengan aku dekat tempat iftar hari tu. Dan, dia jadi yakin sebab dia solat istikharah malam sebelum aku confess niat aku dkt dia, dia doa…
“Satukan hati aku dengan hati Umi seperti mana engkau satukan hati nabi Muhammad dengan Aisyah sekiranya itulah yang terbaik buat aku. Dan permudahkan urusan kami dalam berjodoh.”
Aku tak sangka tahu. HAHAHA lepas tu bila malam tu, Daus mimpi yang dia kahwin dengan aku woiiii. HAHAHA sungguh aku tak sangka. Lagi-lagi, bila dia jujur yg dia tak terfikir nak buka hati pada siapa-siapa dah. Dia tak nak cari dah.
Dia kata, biar cinta itu datang sendiri. Tup tup… aku datang ketuk pintu hati dia HAHAHA. Dan, green flag Daus ni adalah dia ni memang aku tengok jenis beria kot sebab tu salah satu effort dia sayang aku.
Dia suka buat video ayat-ayat yang manis mcm dia tak pernah rasa bahagia macam ni. Dia ikhlas cintakan aku. Dia betul-betul berhasrat nak jadikan aku isteri dia. Moga aku tak salah pilih dia..
Dan dia suka hantar gambar baju-baju set kat Tiktok tu. Pastu dia kata lawa tak? Sesuai untuk Umi. Banyak la yang dia hntr. HAHAHA aku sebab sayangkan.
Jadi aku ok kan jelah…. walaupun kau fahamla kan daripada jenis selekeh tengok set baju lawa-lawa muslimah gitu, aku seram jugak nak mula langkah baru. Ubah penampilan kan… tapi aku jd lembut hati je sebab aku tahu Daus mesti nak yang terbaik untuk aku. Dia memang lelaki green flag.
Memang ada hari dia nak aturkan perjumpaan keluarga. Dalam 2-3 bulan akan datang, aku yang ajak dia jumpa mak dan ayah aku. Sebab, yes aku nak family aku tahu pasal Daus. Takkan bila dah nak kahwin baru nak kenalkan. Di awal hubunganlah, aku nak dia kenal family aku.
Sebulan sebelum aku cari tarikh dan tgh gigih cari menu sesuai untuk masak bagi dia, dia kata dia makan apa saja yang Umi masak. HAHAHA tapi aku tahu dia lagi suka lauk kampung.
Dan, ternyata satu kantin tu tahu bahawa aku sedang berkawan dengan Daus sebab hahahha biasalah mulut Kak B. Aku tak kisahpun sebab aku dengan dia masih lagi professional bila bab kerja.
Sehinggalah, pada suatu hari, aku decide untuk berhenti sebab bulan depan dah mula msuk u. Aku nak rest, penat jadi kitchen crew.
Malam tu, dia ajak jumpa mak sedara dia dekat Selangor jugak. Sebab manager kami tu mak sedara dia, dan hari tu birthday manager aku. Segan jugak nak pergi sebab dah berhentikan, tapi takpelah lambat laun jadi family aku jugak.
Dia suruh aku pakai lawa-lawa. Guess what? Hari tu pertama kali aku keluar pakai shawl without spectacles. Lepas tu pinjam baju mak aku yang satu set muslimah tu. HAHAHA first time aku rasa aku lawa betul. Sebab selama ni, aku jenis yg modest, nak sederhana aje memanjang.
Tapi aku msih kekalkan tutup aurat aku walaupun aku pakai lawa-lawa hari itu, tapi aku masih tak cuba bermake up pun. Hahhah lawak kadang rasa kami kena basuh pinggan dan lap pinggan bersama.
Last-last, kami balik ( aku naik kereta, 4 orang sekali dgn staf lain) aku kena marah dengan pak sebab janji balik awal pukul 8, tup tup 11 lebih baru balik sebab basuh pinggan je.
Dia sengaja bawa aku sebab nak kenalkan dekat mak sedara. Keluarga mak sedara dia ok cuma aku agak kekok. Nasib Kak B ada, dan aku banyak main dengan Wan (baby Kak B setahun lebih).
Yelahhh, dia keluarga berada kot. Susah aku ni yang jenis keluarga kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Esoknya, dia diam. Tak bermesej macam selalu. Tapi sebabnya, malam tu aku bincang pasal kewangan. Dan tegur sikapnya supaya kita sama-sama urus kewangan sebaiknya.
Selama ini, pernah saja aku tegur tentang solatnya, dia terima saja. Tapi semenjak aku tegur tentang kewangannya, esok dia diam saja, tak mesej aku langsung.
Dia diam sampai lah aku rasa ada yang pelik. Aku mesej dia kenapa dia diam macam ni. Dia terasa ke apa. Tapi dia jujur yang dia cuba nak biasakan begini supaya aku fokus belajar. Aku HAHA meledak tak tentu pasal, sebab aku risau kan.
Aku cakap aku tegur tentang kewangan sebab kewangan penting untuk kita urus betul-betul. Tentang komitmen yang besar nanti.
Dan kadang aku rasa dia pendam banyak benda yang aku tak tahu, dan aku bagitahu bahawa aku tak kisah sebab bukan senang untuk dia menyimpan ke apa, kahwin lambat pun takpe, aku akan tunggu dia.
Cuma aku minta dia kongsi masalah. Tapi dia cakap dia ok je. Sampailah dia ingatkan aku semula..
Pesan dia,
“Umi, ingat tak pesan Daus? Jangan berharap sebab Allah Maha Membolak-Balikkan hati”
Kita sambung lagi ya nanti. Bateri dah nak habis, maaf. Sikit saja lagi ya :)
– Umi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit