Untuk part I, (https://iiumc.com/kisah-aku-dan-chin/).
Okay I’m back! Sejujurnya aku sedikit takut untuk menerima dia. Siapa je tak takutkan bila kau sayang orang yang berbeza agama.
Aku tahu ada yang boleh convert agama tapi aku taknak dia convert agama disebabkan aku tapi aku nak dia sendiri jatuh cinta dengan agama islam.
Aku nampak dia bersungguh-sungguh nak kan aku dan dia sanggup belajar agama islam tapi dia perlukan sokongan daripada aku.
Aku ni tidak la baik mana dan tidak la jahat mana tapi kalau basic tu boleh la aku ajar sikit sikit, tapi aku takut jugak nak mengambil risiko ajar dia takut tersalah ajar.
Nak bercinta dengan orang yang tidak sama agama ni bukan la senang, kalau boleh elakkan lah sebab nanti takut hujung hujung dua dua sakit kerana benda ni.
Bukan apa, mungkin kita boleh terima tapi adakah family dia boleh menerima yang dia nak convert. Aku tak la cakap semua tak boleh terima tapi kebanyakan tu ramai la jugak yang tak boleh terima.
Okay for me Chin ni dia okay sikit lah sebab dia pun tak makan khinzir and minum arak daripada dulu lagi ya sebab tu aku okay je kalau duduk rumah dia semua tu.
Fikiran kami adalah berbeza, aku dan dia LDR so dekat sini kami dua dua ada trust issues tapi kalau dah dua ii trust issues siapa nak buat saling mempercayai kan.
So aku lah orang yang perlu mengurangkan rasa trust issues tapi dia punya trust issues fuh takle bawak bincang tinggi nak mampos HAHAHA aku baru fikir 3 tahun akan datang, dia dah fikir 10 tahun akan datang.
Bak kata dia “apa yang u fikir tu basic cuba fikir jauh lagi kedepan”. Dia suruh aku fikir apa 10 tahun ni? Rasa nak nangis pun ada banyak betul kemungkinan dia buat.
Tapi tak apa kita layan kan aje trust issues dia tapi aku yakin kan la diri dia bahawa aku bukan macam wanita yang dia kenal.
Hidup aku ibarat di dalam gua, kawan aku hanya segelintir boleh dikira menggunakan jari dan tidak lebih daripada 10.
Lagipun kawan2 aku semua jauh, so aku dekat sini hanya duduk rumah dan lakukan aktiviti yang aku suka dekat dalam rumah.
Aku tak dapat nak menafikan bahawa dia adalah seorang lelaki yang gentleman. Aku nampak effort dia nak kan aku tapi dia takut sebenarnya.
Dia takut kalau family aku tak boleh terima sedangkan aku pulak takut family dia tak boleh terima. Jadi sekarang kami tersekat di tengah2 dan aku pun buntu apa patut aku buat.
Kami saling menyayangi tetapi entahlah aku masih berlawan dengan overthinking. Aku nak bantu dia jadi Chin yang dulu aku kenal and bukan dia yang sekarang
Aku masih berfikir, adakah keputusan yang aku buat adalah salah dan terburu-buru? Penat sebenarnya nak buat saling memahami, yelah fikiran melayu dengan cina amat lah berbeza.
Kau nak tahu kenapa berbeza? Dia takut aku tinggalkan dia lepas kahwin kalau aku tak dapat mengandung.
Nyah ni kalo pemikiran orang melayu kita selalu nya perempuan yang takut kalau tak dapat mengandung sebab takut laki tinggalkan kita tapi ni dia pulak yang takut kalau tak dapat bagi aku anak.
Aku dah cakap dia fikir 10 tahun kedepan sedangkan aku baru je fikir sampai kalau dia balik aku nak masak apa hahahha.
So sekarang kami masih stuck ditengah-tengah. Aku harap diberi kekuatan mental dan fizikal untuk bantu dia.
Aku harap family kami merestui hubungan kami dan korang doakan dia jugak tau, semoga dia jatuh cinta dengan islam walaupun slowly but surely.
Kita tak boleh nak desak sangat tapi kita berikan support dan jangan biarkan dia terkapai sorang 2.
Itu sahaja luahan daripada saya, hehehe nanti saya datang lagi untuk kisah lain.
– Anonymous (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit