Pentingnya Kejujuran Dalam Taaruf

Assalamualaikum semua. Saya Siti (bukan nama sebenar), umur 30an.

Sejak kecil saya bersekolah di sekolah semua perempuan, ketika di university dan di tempat kerja kurang rakan lelaki. Dengan cerita lain, saya ada small circle of friends.

Saya agak menitikberatkan tentang kerjaya dan tiada masa memikirkan tentang jodoh. Sampailah satu tahap saya baru sedar yang jodoh perlu dicari dengan ikhtiar dan doa.

Selepas itu saya join beberapa kelas pernikahan dan online classes berkenaan taaruf seperti kelas Aiman Azlan. Dan saya juga sign up untuk beberapa dating apps.

Saya jenis wanita berprinsip dan saya akan berkenalan dengan seorang lelaki dalam satu masa.

Selalu saya ajak berbincang 100 premarital questions untuk tahu kesekufan. Saya percaya dengan cara ini saya akan boleh buat decision dengan lebih rational.

Saya juga respect jika lelaki yang saya sedang berkenalan akan contact dengan wanita lain.

Selalu saya akan minta mereka beritahu apa expectation mereka, timeline berkenalan dan adakah sedang berkenalan dengan orang lain. Ini kerana saya sangat ingin manage expectation saya dan menjaga hati saya.

Nak dipendekkan cerita, saya berkenalan dengan Mohd (bukan nama sebenar) iaitu lelaki ke-4 sepanjang 2 tahun pencarian jodoh saya.

Saya agak tertarik dengan kesederhanaannya dan saya rasa kami sekufu dalam banyak perkara. Mohd pun beritahu yang dia hanya sedang berkenalan dengan saya.

Kami telah berkenalan selama 5 bulan dan telah berjumpa sebanyak 2 kali.

Mohd adalah seorang duda tanpa anak dan di awal perkenalan dia pernah nak beritahu saya sebab penceraiannya, tetapi saya menolak untuk tahu kerana ketika itu saya percaya saya akan make a good judgement without knowing his pasts.

Pada hujung perkenalan kami, Mohd seperti menjauhkan diri dan saya ajak dia berbincang. Mohd cakap dia tak rasa sparks dengan saya dah.

Dia juga bercerita yang dia bercerai kerana dia ada masalah kesuburan dan lebih menyedihkan bekas isteri dia dah kahwin baru dan dah ada anak.

Mohd ada cakap, “Mungkin saya akan single sampai tua”. Saya cuba memujuk dia dan kami ada berbincang beberapa perkara tentang our own views towards marriage, anak dll.

Mohd tak yakin yang saya akan ok kalau kami tak ada anak pada masa akan datang. Akhir sekali Mohd bertegas untuk stop taaruf.

Saya percaya yang Mohd adalah lelaki yang baik dan saya berminat bersuamikan dia. Dan saya sedih the fact yang dia cakap dia akan single tu. Kita kena ikhtiar sehabis baik kan?

Beberapa bulan selepas itu, saya ada cuba sekali dua memujuk Mohd tetapi dia tak layan.

Saya sangat sedih dan hari-hari saya digerakkan hati untuk mendoakan supaya dia dilembutkan hati untuk menerima saya atau dia dikurniakan jodoh yang terbaik.

Ada satu masa saya tergerak hati untuk membuat keputusan menunaikan umrah beberapa hari sebelum bertolak. That was the best solo umrah for me.

Saya nak tenangkan fikiran saya, saya nak Allah tunjuk jalanNya. Adakah ikhtiar saya selama ini mencukupi, dan adakah tawakal saya perlu dikuatkan. Saya nak hilangkan kesedihan di hati ini.

Seusai saya balik dari umrah saya dapat tahu Mohd telah berkahwin dengan orang lain. Pada mulanya saya agak geram kerana saya beranggapan yang timeline mereka berkenalan overlap ketika dia hubungi saya.

Di fikiran saya kan bagus kalau dia berterus terang dari awal yang dia sudah jumpa someone, takdelah saya cuba memujuk dia.

Dalam masa yang sama saya sangat tenang dan bersyukur Allah SWT telah menjawab doa saya. Alhamdulillah, time to move on after almost 1 year knowing him.

Moral of the story:

1. Sila jujur dalam taaruf. Jika nak berhentikan taaruf kerana sudah jumpa someone better, we girls boleh terima sahaja. In fact silent treatment is the worse treatment ever.

2. Islam mengatakan tujuan utama berkahwin adalah untuk mendapatkan sakinah, dan anak adalah rezeki.

3. Ikhtiar adalah amal soleh kita. Pedulikan apa orang cakap, asalkan perbuatan kita tak bercanggah dengan syarak, berikhtiarlah sehabis baik dan bertawakal pada Allah SWT.

4. Hanya letakkan Allah SWT dalam hati, dan letakkan manusia seperti pasangan di sisi.

5. Carilah seseorang yang boleh menemani ibadah kita sampai akhir hayat.

6. Kejarlah akhirat, nescaya dunia akan mengejar kita.

7. Percayalah yang Allah SWT akan menggantikan kita dengan someone better, tidak di sini, insyaAllah di syurga.

To Mohd:

Kita berkenalan dengan cara baik dan saya sedih kita akhiri perkenalan kita dengan cara yang tak baik.

You are the bad person in my life and I may the bad person in your life. I’m not desperate but this is how my ikhtiar looks like and I wish you were honest at the first place.

Saya minta maaf jika selama ini saya seperti mengganggu seorang tunangan orang sebab saya tidak tahu. Let forgive each other and don’t meet at Mahsyar ya.

– Siti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *