REPLY: Lelaki Nak Apa Sebenarnya?

Assalamualaikum hi. First of all, aku nak ucap terima kasih kepada Princess Jasmine, confessor untuk “Lel4ki Nak Apa Sebenarnya?” (https://iiumc.com/lelaki-nak-apa-sebenarnya/).

Bila baca cerita dan komen2 kat confession kau buat aku teringat kisah sendiri. Kita senasib, perempuan yang hanya digula-gulakan ‘kokodile’ bertopengkan manusia.

Btw, aku Aurora, berusia pertengahan 20an, bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat swasta dengan gaji B40. Dalam confession sebelum ni, Jasmine cerita yang dia ada kenal seorang lelaki yang suka bersukan, tinggi dan kurus, bernama Harraz.

Well, aku pun ada mengenali lelaki yang lebih kurang sama, tinggi lampai, suka bersukan, namanya juga bermula dengan huruf H tapi bukan Harraz, aku namakan dia sebagai Hazran.

So Jasmine, sekarang ni aku dah mula musykil, adakah Harraz kau dan Hazran aku merupakan orang yang sama? Kalau betul orang yang sama, peh jackpot beb! Haha.

Hazran ni kawan kepada kawan aku. Kami sama2 suka bersukan, especially berlari. Pertama kali jumpa ketika running event.

As mentioned, Hazran seorang yang tinggi, kurus, fair skin, rambut pendek disisir rapi, pakaian sentiasa kemas, kuku dipotong pendek, suka pakai long sleeves shirt, jersey atau jacket – yes, he is physically attractive to me.

Bermula di facebook, kemudian instagram, membawa ke whatsapp, saling bertanya khabar, saling membalas story antara satu sama lain dah jadi rutin aku dan Hazran.

And dia sangat bermulut manis, suka guna emoji di hujung ayat. Emoji favourite, emoji jelir lidah sambil kenyit mata (Bapak buaya, pehal la aku b*d*h terjatuh hati kat dia). 

Hazran juga seorang yang soft spoken, suka belanja makan, akan offer untuk bawak barang kalau keluar dan aku nampak dia seperti seorang lelaki yang berwawasan.

Kenapa aku cakap dia berwawasan? Sebab dia pernah bagitahu aku, dia perlu cukupkan target simpanan dia sebelum ready untuk settle down, maksudnya berkahwin. Waktu tu fuhh, aku memang dah jatuh hati kaw2 kat mamat ni. 

Awal perkenalan, dia selalu text aku, jadi yang terawal tengok story aku, hampir setiap story dia akan like. Beberapa bulan kemudian, dia dah start jarang text aku. Dah tak beria macam awal2 kenal.

Red flag alert, ini merupakan ciri2 buaya yang hanya nak test market bukan beria nak halalkan kita. Tapi aku waktu tu tak cerdik, masih lagi delulu, masih lagi husnuzon yang dia mungkin sibuk. 

Sampai la suatu hari dia upload video hiking berlatar belakang suara perempuan kat belakang.

So kat situ aku dah start turn off dengan mamat ni. Hati dah kecewa, dah nekad nak jauhkan diri, pastu dia tiba2 muncul balik dengan ayat manis diabetic, aku dah goyah sikit tapi otak aku berfungsi dengan baik waktu tu, jadi aku palau dia. 

Kadang2 si Hazran ni ada jugak text aku, ajak jumpa. Kadang aku reply, kadang tak, tapi untuk jumpa, hell no. Aku bukan perempuan yang kau senang2 je nak cari bila kau bosan.

So berbalik kepada Jasmine, kau tanya kan “lelaki nak apa sebenarnya?”, bagi aku lelaki macamni dia cuma minta dikakikan je oleh wanita2 cantik macam kita. Okay gurau2. 

Sebenarnya lelaki2 yang macam ni, dia cuma nak test market, perasan yang diri dia hot, boleh pikat mana2 perempuan yang dia rasa nak. Dia berkawan dengan ramai perempuan sebagai stock untuk hilangkan rasa bosan.

Ajak A keluar, A taknak, masih lagi ada B. B tak available, kita try C pulak. Begitulah kitarannya. Jadi kita sebagai perempuan, jangan mudah jatuh hati dengan lelaki2 macamni. 

Mereka tak worth it untuk perempuan baik macam kita, we deserve better.

Lelaki kalau betul jatuh hati, betul2 berniat nak jadikan kita isteri yang sah, lain cara approachnya. Bukan sekadar berkata-kata manis dan bagi pick up line, mereka akan tunjukkan effort yang lagi extra like ajak kau bincang pasal future, ajak jumpa keluarga etc. 

Aku pun tak berapa pandai jugak bab ni, maklumlah single kahkah. Maybe readers boleh komen apa ciri2 lelaki yang betul2 serius nak kahwin dengan kita.

Setakat ni je lah confession aku. Last but not least, aku harap lelaki2 species Hazran ni akan segara pupus dari muka bumi.

And to Hazran, if kau baca confession ni, aku harap kau takkan kahwin selagi kau tak betul2 berubah sebab kesian dowh kat isteri kau nanti. Dia fikir dia kawen dengan manusia, eh rupa-rupanya terkahwin dengan buaya!

Ok la, bye! Adios.

– Puteri Aurora Di Tasik Selatan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Bravo. I like your attitude. Kena sayang diri sendiri dulu beb. Jantan mmg bersepah, tapi lelaki dah makin sukar ditemui. I hope u get what u deserve, which is the best no less, asap!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *