Teguran Buat Netizen

Hi. Aunty Ani di sini.

Ok, terima kasih admin andai cerita ini tersiar. Di sini, aunty nak tegur sedikit kepada netizen kita.

Ya, aunty faham bertapa dalam hidup ini, kita suka membaca kisah orang dan memberi nasihat @ pandangan kita sebagai watak ketiga.

Tapi, dalam kita membaca – cubalah memahami pengajaran yang boleh kita dapat.

Jangan hanya mendapatkan yang buruk dan memberi komen yang sekiranya dibaca oleh penulis asal (Pasti boleh down @ depressed @ tak sedap hati).

Aunty melihat bahawa – di sini ada 2 golongan.

Pertama, golongan yang sudah pun berpengalaman dalam hidup.

Kedua, golongan yang kurang pengalaman dalam hidup.

Aunty melihat kita sebagai netizen yang berpengalaman, cuba meletakkan suatu tembok apabila melibatkan confessions orang.

Kita, apabila membaca kadangnya terbawa oleh perasaan yang macam menyekat kita jadi manusia yang berempati.

Cubalah kita yg berusia, nasihatkan guna ayat yang baik disusun, guna akal sebelum klik hantar tu.

Cuba muhasabah, kalau aku dapat komen begini, gembira tak aku? Atau aku akan sedih dengan komen ni.

Kadang bila aunty baca komen, aunty rasa netizen ni baca guna hati atau tak?

Sebab kebanyakan daripada penulis mesti beranikan diri untuk share semata2 untuk dapatkan nasihat bukan kata-kata yang menjatuhkan.

Apabila membaca kisah cinta orang, bukankah kita dulu pun pernah berada dalam situasi ini?

Lebih baik kita mendoakan, taip komen yang memberi seseorang semangat.

Andai putus di pertengahan sekalipun, doakan supaya terus berusaha membaiki diri dan terus semangat mencari jodoh yang baik.

Apabila baca kisah keluarga, cubalah letak diri kita dalam situasi penulis. Jangan hanya menulis dan kondem saja.

Apabila baca kisah yang betul ni, kita kena guna empati andai perkara itu macam satu musibah.

Empati ni bermaksud kita letak perasaan kita dalam situasi orang lain.

HAHAHA bukan apa. Aunty perasan kita memang macam tu – tidak melihat suatu cerita dari pelbagai sudut.

Tidak kisah laki perempuan, asal selagi kita manusia, bacalah dengan mata hati.

Muhasabah diri ya, netizen sekalian.

Salam Mahabbah.

– Aunty Ani (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Sangat setuju dengan nasihat sebegini. Saya pernah share confession saya sebelum ni. Alhamdulillahhh ramai yang beli sokongan dan pandangan. Tapi ada satu komen ni yang buat hati saya seperti dirobek robek ya.

    Saya bukanlah tak menerima teguran yang dia sampaikan. Saya cuba ambil sisi baik yang beliau sampaikan sampai saya sendiri dok terpikir “Ehh salah ke apa yang aku cakap dalam ayat2 aku tu”.. “Hmm lepasni tak nak dah lah confess sebab takut orang komen macam ni”

    Memberi nasihat tu tak salah. Tapi betul macam aunty ni cakap, letakkan diri kita di tempat confessor tu. Kadang ada confessor ni jenis ayatnya tergantung So dari situ pembaca ni akan komen and ambil side yang tak elok dari luahan tu.

    So kita ni kena fikir dulu sebelum send apa2🫡

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *