Buntu

Hai. Aku Zizi. Aku perlukan pendapat how to handle this situation yang aku tengah hadapi sekarang. Maaf kalau ada typo. Jari aku always tersasar.

Aku akan start wayyy back masa zaman zaman myspace. Masa tu aku berkenalan di myspace dengan this guy named Aiman. Kami kenal and jadi rapat, always sangat YM (yahoo messenger).

Aiman masa tu study di luar negara, and aku kat Malaysia. Aiman tua dua tahun dari aku. Sepanjang tempoh berkenalan, aku memang anggap Aiman kawan, and aku di myspace jadi diri aku sebenar.

Kawan2 aku semua kat sana, kami berkomen, so dalam masa sama Aiman pun kenal dengan kawan2 aku. Aku sangat genuine masa berkawan dengan Aiman, begitu jugak Aiman. Tak ada apa2 yang fake dalam persahabatan kami.

Tapi betul la orang kata, lelaki perempuan takleh kawan baik, mesti akan ada yang jatuh hati. Aiman rupanya ada hati pada aku. Masa Aiman confess tu pulak, aku dah ada bf. Jadi Aiman faham and kami just be friend biasa2. Tapi rupanya Aiman tunggu aku.

So one day, aku and bf aku break up. Tak lama tu. Kebetulan Aiman nak balik Malaysia, so dia ajak aku jumpa. We met at KLIA. Sekejap je. Sembang, makan, and lepak kejap, then aku balik awal sebab, abang Aiman dah nak sampai untuk ambil Aiman,

And then we never meet again after that. Sebab Aiman terus balik rumah famili dia di Melaka. And aku masa tu, balik U kat Shah Alam. Masa jumpa Aiman aku ajak kawan aku teman, aku tak pergi sorang.

Then aku fast forward, Aiman balik ke universiti luar negara, and kami sambung berkawan. Sebab time zone tak sama, so kami tak la always chatting. Tapi masa tu, Aiman memang tunggu aku. Tapi hati aku takleh nak terima Aiman. So aku ghosting dia.

Aiman kata akan tunggu. Tapi yelah, sebab aku ghosting dia, lama2 dia pun move on gak la kan. So kebetulan, Aiman ni mmg ada sorang kawan sekelas di U sana yang memang suka akan Aiman.

Jadi, tah macam mana, lama aku ghosting Aiman, setahun lebih jugak. Sedar2 Aiman dah couple dengan kawan sekelas dia. Aku namakan Ani. Ani ni memang tau Aiman sukakan aku sebelum ni.

Masa Aiman tunggu aku, Ani ni pun tunggu Aiman. Aku tau ni sebab kawan Aiman pernah casually sembang2 dengan aku and dia cerita.

Kat myspace je la sembang dengan kawan Aiman tu. Kan kami ramai kawan2 situ, so kawan2 kami pun ada jugak yang add each other and kami berhubung dari situ je la.

So after a year plus, aku stop ghosting Aiman, kami pun contact semula, tapi tak serapat dulu and aku pun hormat Ani. Aku dan Aiman contact bila perlu sahaja. So kisah aku dan Aiman tamat di situ.

Years later aku dapat jemputan kahwin Aiman dan Ani, dorang pun selamat kahwin, now anak dah 3 orang. Takda meleret. Thats it.

Ok now masalahnya bermula. Aku berkenalan dengan Nizam masa PKP. Nizam tua dari aku 7 tahun. Kami kenal melalui rakan sekerja. And everything is fine between us. Until he confess, yada yada, then i accept, then kahwin.

Kami tunang dan nikah, on the same day. Hari nikah, baru aku jumpa the whole famili Nizam. Sebelum tu jumpa mak ayah and famili kakak dia je. Guess what????

Rupanya Nizam abang Aiman. Nizam tak tahu kisah silam aku and Aiman. Aku and Aiman sembang2 and throwback2 la masa nak photoshoot famili pengantin semua.

Aku bagitau Nizam yang Aiman long lost friend kenal masa zaman myspace. Nizam ni matang, so dia tak fikir anything pun. And memang nothing happen pun.

Tapi aku perasan, wife Aiman, Ani.. wajah dia macam benci sangat kat aku. Gambar kahwin kami yang belah Nizam, muka Ani langsung tak senyum.

Oh ye, aku and Nizam kahwin masing2 umur orang kata dah ermm.. Tak muda sangat, tak tua sangat. Sebab kami zaman myspace. Yang zaman myspace mesti boleh agak aku umur berapa.

So.. Now dah setahun aku and Nizam kahwin, hubungan kami okay. Cuma Ani terlalu nak bersaing dengan aku. Nak jadi menantu terbaik la. Aku malas saing2 ni. And.. Dia memang suka palaukan aku bila ramai2 dengan saudara mara belah Nizam.

Bila aku bercakap dengan dia, dia akan jawab dengan kasar. Atau dia ignore terus. Mula2 Nizam tak perasan, one day, lama mana sangat boleh sorok kan? Nizam perasan, and aku pun story la semuanya.

Alhamdulillah Nizam okay ja. And Nizam banyak backup aku masa kami berkumpul jumpa belah famili Nizam.

Aiman pulak, dia okay je dengan aku. Cuma Aiman ni kadang ada datang peel dia, nampak jugak dia saja2 cuba nak datang sembang dengan aku.

Tapi aku kalau jumpa famili belah Nizam, and kalau kebetulan masa tu Aiman dan Ani ada, Nizam memang tak tinggal aku sorang2. Sebab dia perasan Ani layan aku betul2 teruk.

Aku and Nizam belikan anak2 dia baju pasar malam, balik tu aku yang bagi ke Ani, dia campak je atas sofa masa aku bagi tu. Terima kasih apa pun takde. Banyak lagi laa dia buat aku.

Lama2 inlaws aku pun perasan layanan Ani kat aku. So, Nizam yang tolong explain. Inlaws aku faham and dorang mintak aku supaya tak ambik hati. Sebab ada beberapa kali jugak aku sakit hati and decide untuk tak balik rumah inlaw kalau dorang semua ada.

Aku serba salah sebenarnya. Sebab Aiman dan Nizam sangat rapat. Aiman sangat look up to his brother for anything tau. Dia memang adore dengan abang dia.

And now, aku perasan Nizam pun kalau Ani and Aiman ada, dia akan elak bawa aku balik rumah inlaw. Aku kesian dengan relation adik beradik antara dorang.

Patut ke kami berempat duduk semeja and bincang? Benda dah lepas lama kan.. kadang aku rasa baik berpisah je la. Kahwin pun jadi masalah.

Aku kesian dengan Nizam, sebab dia sayang anak anak Aiman. Selalu beli macam2 kat dorang. Sebab Nizam ni kira lewat la kahwin kan.

So before this memang dia pampered habis anak2 buah dia. Tapi sejak dia perasan Ani macam tak hargai pemberian kami, dia kecik hati and kadang beli barang untuk anak anak kakak je.

Aku susah hati tengok situasi ni. Sebab kalau korang baca, macam tak teruk sangat. Tapi sebenarnya, the tense tu.. ish..

What should i do ya??? Tolong berikan pendapat anda.

– Zizi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *