Akibat Tak Dengar Kata

Kita tahu kan mak ayah ni ialah manusia yang payah nak dengar nasihat.

Pada mereka apa yang diorang buat itu betul, apa lagi ayah memang tak makan langsung kata kata ‘jangan’ sebab dia ketua keluarga dia sorang lah yang paling betul.

Ayah aku ni dia short-tempered apa yang tak kena sedikit mesti laju tangan dia.

Umi aku banyak kali nasihat “abg jangan macam tu kesian anak-anak” bukan setakat umi aku nenek aku pun banyak kali cakap.

Ayah aku ni dia suka pukul bahagian muka, kepala pakai tangan. Nenek aku banyak kali marah sampai bergaduh cakap “jangan pukul anak dekat bahagian kepala muka”

Tapi ayah aku “saya tahu mak didik anak saya” umi aku tegur pun sama reaksi “pandai lah aku didik anak aku”.

Aku ada 3 orang adik beradik. Aku ni anak bongsu, ada sorang akak anak no.2 angah aku dan along aku lagi sorang lelaki.

Beza umur kami tak jauh setakat 2 tahun. Waktu ni along aku umur 16 tahun. Zaman ni tengah rancak main cyber cafe. Along aku pun balik lambat,

Sebenarnya tak ada lambat mana sebelum maghrib juga. Lagipun dia pergi bukan setakat main game, kalau dulu yang tahu tingkatan 4 ni dia ada kena buat kajian pasal satu subjek jadi cari dekat cc dan print.

Cuma ayah aku ni jenis memang kalau tak kena tekak dia naik tangan laju je.

Sekali along aku balik nampak ayah aku dia salam lah. Sekali tengah nak salam, ayah aku tampar muka along aku. Sambil dia jerit “kau pergi mana baru balik?”

Along aku ni sebab terperanjat dia pun jerit. Umi aku pun keluar lah dari dapur cakap “Ya Allah apa ni nanti-nanti lah dah nak maghrib ni”

Aku dengan akak ni tergamam sebab aku tengah dekat ruang tamu tengok tv.

Ayah aku jerit “menghabiskan duit aku je tahu, pergi mana tak balik-balik” sekali tengah ayah aku pukul. Kat muka, kat kepala dia terpukul dekat telinga.

Along aku waktu tu jerit kuat “sakit ayah, sakit” umi aku pun tarik along aku itupun ayah aku berdegil tak nak. Sekali bila tengok habis telinga along aku keluar darah.

Umi aku apa lagi marah ayah aku lepastu dia terus bawa along aku pergi klinik dengan ayah aku. Sebab darah mengalir ni kat telinga.

Bawa klinik doktor cakap takut luka dalam ni. Buat segala macam pemeriksaan sekali bila dah selesai bersihkan luka semua diorang pun balik. Along aku pun balik tu dia mandi apa semua.

Sekali dia cakap dekat umi “umi along tak dengar” bila umi aku datang sekali rupanya telinga along aku yang sebelah tu dah tak boleh dengar.

Ayah aku cakap tunggu 2-3 hari. Tapi esoknya bangun along aku tetap cakap telinga sebelah dia tak dengar.

Bawa jumpa hospital specialist. Bila buat pemeriksaan lagi details dan doktor tu cakap ada cedera dekat dalam dan permanently damage.

Sejak haritu along aku telinga sebelah dia tak boleh dengar. Kalau nak dengar orang cakap dia kena guna telinga sebelah.

Umi aku balik tu memang menangis lah sambil marah ayah aku, nenek aku pula bila dia datang memang macam kata marah dia cakap.

Siap cakap “aku dengan ayah kau dulu tak pernah pukul kau bahagian kepala dengan muka”.

Ayah aku tak pernah sekali ye pun cakap minta maaf secara ikhlas dekat along aku. Dia cuma cakap “benda dah nak terjadi”

Sekarang ni semua dah ada kerjaya sendiri. Cuma along aku memang jauh gila dengan ayah aku bercakap nak tak nak je dah lebih 10 tahun pun.

Memang lah sejak haritu ayah aku dah jarang pukul bahagian kepala tapi tragedi dah berlaku.

Along aku sendiri pernah cakap dia benci dekat ayah.

Dia cakap tak pernah dia datang dekat along aku dan cakap “ayah minta maaf long ayah tak sengaja salah ayah” dia cuma cakap nak beli apa-apa tak ayah belikan.

Sampai sekarang dia cakap rasa marah tu tak hilang lagi.

– Zam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *