Salam semua. Sedikit latar belakang mengenai rumah tangga saya.
Usia perkahwinan kami 12 tahun. Saya dan suami sama umur, belum masuk 40 tahun. Mempunyai dua orang anak bersama.
Alhamdulillah perkahwinan kami bahagia. Suami seorang yang baik dan bertanggungjawab. Hubungan di bilik tidur juga tiada masalah.
Sebenarnya sudah lama saya ingin berkongsi masalah saya di sini dengan harapan saya mendapat sedikit input dan nasihat dari pembaca.
Walaupun suami seorang yang baik dan bertanggungjawab, ada satu habit suami yang tak dapat nak ‘pejam mata’. Melayari lawan web dewasa.
Macam mana saya tahu? Saya suka check ‘history’ hp suami dari masa ke semasa. Ini habit saya dari awal kahwin.
Dan walaupun saya jumpa apa yang saya tak nak jumpa, saya tak pernah confront dia mengenai isu ini.
Saya bukanlah cuba terima, saya merasakan it’s only a small matter dan itu dosa dia dengan Tuhan.
Cuma lately saya tengok kerap sangat pulak dia melawat page bukan-bukan tu. Pagi, petang, malam. Kadang beberapa kali sehari.
Tidak lama. Dalam 5 minit macam tu tapi saya rasa dia bertukar menjadi habit. Seolah-olah dia kena tengok sekejap sebelum buat benda lain.
Saya dah mula rasa lain. Hubungan kami masih seperti biasa tapi saya rasa saya dah tak boleh nak buat-buat tak tahu isu ni.
Saya ingin meminta pendapat pembaca.
Apa-apa sahaja yang tuan/puan ingin berkongsi dengan saya untuk saya hadap benda ni.
Kadang terdetik untuk berpisah sebab saya sendiri jadi tak yakin dengan dia.
Pernah saya baca confession yang lebih kurang sama dan katanya dia tak nak ambil pusing hal ni sebab dia dan suami tak ada masalah.
Ada juga para isteri yang mencadangkan tak perlu nak over selidik hal suami.
Ntahlah saya benar-benar buntu sekarang. Nak confront, tapi tak tahu macam mana. Saya tak nak situasi jadi awkward.
– Rossa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Saya sebagai lelaki ingin bagitau situasi ini biasa kepada lelaki.
Perkara terbaik puan boleh buat komunikasi ini secara dewasa.
Dalam hubungan elok nya terus terang dari sembunyi2.
Tengok pornografi adalah sangat tidak sihat. Tapi saya takut, suami Puan ketagihan. Kalau Puan confront, puan confrontlah dengan hati yg empathy. Tanya dia apa masalah yg boleh dibantu. Cuba jangan gaduh dan marah. Bincang ngn dia apa bole dibuat/dirawat untuk bantu ketagihan dia. Kemudian, bantu dia.
Tp first sekali, ingatkan dia porn tu haram dan tak sihat. Dia patut “tengok” Puan sorg. Bukan org lain