Assalamualaikum semua. Nama aku Mommy Yasmin, aku adalah bekas pegawai perubatan yang pernah berkhidmat di hospital terbaik tanah air.
Aku dan suami TTC 8 tahun untuk mendapat zuriat. Selepas dapat anak, suami pula dapat tawaran kerja di utara jadi dengan sukerela aku resign dan fokus membesarkan anak.
Harini aku nak ceritakan pengalaman aku jaga anak di dua hospital berbeza kasta, iaitu hospital kerajaan dan hospital swasta.
Disclaimer : aku tak pernah bagitau aku ada MBBS, jadi tiada drama pura-pura di sini.
Awal tahun haritu anak aku demam panas, batuk teruk dan nafasnya laju. Aku terus angkut anak ke hospital kerajaan.
Sampai di kecemasan 9.30 pagi, MA check suhu terus ke zon kuning. Sampai ke zon kuning tu menganga aku tengok manusia sakit yang ada, melimpah ruah sampai ke koridor.
Masa ni aku dah menyesal. Tambah pulak mertua whatsapp dan marah kenapa hantar cucu dia ke hospital kerajaan yang slow.
Tapi mungkin sebab anak aku baby, jadi dalam masa 1/2 jam doktor kanak-kanak dah datang check, masukkan jarum & ambil darah.
Cumanya nak menunggu staf datang untuk bawa kami ke X-ray dan tolak ke wad tu yang ambil masa 2 jam lebih.
Tapi okay la elok sampai kat wad dapat terus dapat makanan tengahari. Mak pun dapat makanan okay! Tapi asyik dapat sayur bening. Haha. Bubur anak aku setiap masa bubur ayam bercampur carrot dan celery.
Di wad kami kongsi kubikel dengan 8 pesakit (& mak) yang lain. Sempit dan haru biru. Bayangkan la anak kau nak tidur tapi jiran sebelah anaknya menangis. Jenuh nak dodoi. Haha.
Nurse duduk kaunter je, datang hanya bila doktor buat round atau nak bagi ubat. Tapi kalau aku panggil laju je diorang datang.
Doktor setiap masa ada di wad. Pagi dan malam akan ada pakar buat round. Sebelum sentuh anak aku pun aku perhati diorang ni akan guna hand sanitizer dulu. Nak bagi ubat pun diorang cuci port cucuk tu dengan swab.
Aku suka, sebab anak aku dah la ada jangkitan kuman, kalau tak hati-hati nanti dia dapat jangkitan lain pulak lagi naya.
Lepas 3 hari anak aku discaj, bil hanya RM35. Alhamdulillah.
Kebetulan masa discaj pakar yang oncall adalah senior aku, jadi aku bagitau aku sangat puas hati management di wad. Dia pun happy. Tak ramai orang bersyukur katanya.
Bulan lepas anak aku demam panas, pakej dengan batuk dan nafas laju lagi. Kalini aku mesti la nak hospital swasta, sebab tak lalu nak berhimpit 10 katil satu kubikel. Alang-alang dah ada insurans la katakan.
Sampai je kecemasan pukul 11 pagi, daftar & check suhu dan heart rate lepastu diorang suruh tunggu, dalam 1/2 jam jugak baru dapat jumpa doktor.
Doktor kata perlu masuk wad, jadi anak perlu ambil swab & darah. Lepas 4 jam result swab keluar – negatif.
Ingatkan dapat lah masuk wad, rupanya tak. Bilik belum dikosongkan lagi katanya.
Aku dah mula hilang sabar. Anak merengek, aku belum solat. Suami 2-3x keluar tanya nurse bila boleh masuk wad sebab kami penat menunggu.
Setelah 7 jam di kecemasan baru kami dapat masuk wad.
Sampai di wad baru aku faham kenapa orang nak datang hospital swasta, bilik kami luas, ada sofa. Ada TV, aircond. Makanan yang diberi pun makanan western. Tapi bubur anak aku masin bergaram.
Aku tanya pada yang incaj, katanya supaya pesakit berselera. Bayi bawah 2 tahun kan tak boleh bagi garam/gula. Takkan tak tahu? Dia hanya cakap sorry.
Satu lagi aku perhatikan nurse-nurse datang nak bagi ubat melenggang je, sebelum sentuh anak aku dia tak cuci tangan, takde nak swab dulu jarum tu main sambung je ubat.
Paling aku geram dengan Misi Senah. Bayangkan ubat anak aku dia letak dalam poket je. Aduhai..
Lepas 5 hari kami dibenarkan discaj. Total bil lebih 8k. Ya, itulah harga keselesaan yang dibayar. Adakah aku tak perlu menunggu lama, Tidak, malah separuh hari aku menunggu di kecemasan. Setitik air pun tak diberi.
Adakah ubat diberikan lain? Tidak. Masih paracetamol dan antibiotics. Adakah anak aku tak merengek bila admit di swasta? Tidak. Dia masih merengek nak mengempeng.
Adakah anak aku tidur lebih lena di katilnya? Tidak. Masih nak tidur berpelukan dengan aku.
Harga tinggi yang dibayar adalah harga keselesaan aku selaku penjaga, sebab aku dapat katil sendiri. Tak perlu berebut toilet. Boleh buka tudung. Betapa mahalnya harga privasi.
Di sini aku nak bagi tips untuk korang, jika masuk ke hospital tak kira kerajaan atau swasta, pastikan doktor/nurse yang merawat basuh tangan atau guna hand sanitizer sebelum check kita.
Pastikan branula (jarum) di swab dengan alkohol sebelum ubat diberi. Itu hak pesakit.
Semoga petugas kesihatan berkhidmat ikut SOP yang betul.
Swasta atau kerajaan, aim kita adalah DO NO HARM.
– Mommy Yasmin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit