Ayah Bukan Inspirasiku

Assalamualaikum semua. Cerita yang aku nak share ini berkisar tentang keluarga aku yang aku rasa macam broken family tapi yakni berpunca dari ayah aku sendiri. Ini apa yang aku rasa.

Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana. Mempunyai 4 orang adik beradik dan aku merupakan anak bongsu. Kalau aku cakap jadi anak bongsu ni menjadi saksi kemelut keluarga mesti orang kata tak. Tapi ya bagi aku.

Aku jadi saksi macam mana mak aku ketakutan kegigilan dengan ayah aku sendiri, akak aku berdarah atas kelakuan ayah aku jugak dan banyak lagi. Ayah aku ini merupakan seorang askar tapi sekarang dia sudah tidak bekerja lagi.

Kami adik beradik selalu gelar ayah kami talam 2 muka. Sebab apa. Bila berada dengan orang luar, ayah aku akan jadi seorang ayah yang sangat mithali, yang baik hati senang cakap yang baik2 semua ada pada dia.

Namun bila antara keluarga. Dia seorang yang bengis, baran pemarah kedekut dengan ahli keluarga. Kami semua selalu bergantung harap dengan arwah mak kami.

Untuk makluman mak aku baru 2 tahun meninggal dunia disebabkan kegagalan hati susulan dari covid 19 juga aku rasa. Tapi aku rasa mak aku pergi sebab dia dah lelah nak layan perangai ayah aku ni.

Aku tak tahulah nak kata aku ni jahat ke burukan ayah sendiri, tapi aku yakin ya mesti ada yang kat luar merasa hal yang sama macam aku rasakan.

Lagi aku nak share kami 3 beradik perempuan dan 1 lelaki.

Abang aku dah berkahwin dan akak no 2 aku pon dah berkahwin tapi perkahwinan tak bertahan lama kurang dari setahun dan sekarang dalam proses penceraian. Angah aku cakap ini mungkin tulah ayah.

Aku dan along (kakak sulung aku) masih belum berkahwin, kalau tanya aku personaly aku takut nak kahwin sebab aku takut berkahwin dengan orang yang macam perangai ayah aku.

Biasa anak perempuan mesti mengidolakan ayah mereka untuk cari calon suami kan. Tapi bukan pada kami adik beradik.

Ayah aku ni jenis yang suka marah tak tentu pasal dan hal yang kecik pun boleh jadi besar.

Pernah ya waktu tu aku umur 5 tahun rasanya. Ayah aku bergaduh dengan mak aku, punca hanya sebab makanan sahaja,

Abang aku lah dia tak nak makan apa yang mak aku masak, terus macam ada naik suara sikit antara mak dan abang aku kena pulak waktu tu ayah aku ada.

Tiba dia naik hantu ya dia baling semua pinggan atas meja habes berderai semua. Mak aku jerit marah lah kenapa buat macam tu pada rezeki maka bermulalah gaduh antara mak dan ayah aku.

Korang tahu ayah aku sampai hanyun kan pisau potong ayam baling terus ke mak aku.

Nasib baik la Allah lindung mak aku, pisau tu terkena pada pintu bilik yang mana mak aku elak masuk terus dalam bilik.

Korang bayangkan lah kalau lah kan, mesti lagi awal aku hilang mak. Mak aku berkurung dalam bilik ketakutan mujur aku sempat ikut mak aku lari masuk dalam bilik.

Bila malam mak aku keluar rumah dengan aku pergi rumah kawan untuk luah perasaan.

Tapi nasihat kawan mak aku balik juga lewat malam ke rumah. Aku ingat dah habis sampai situ. Rupanya tidak.

Ayah aku menunggu siap ya dan cakap dengan abang aku suruh ambik parang dia nak tetak mak aku. Nasib baik lah abang aku tu ada akal. Kalau dia ikut cakap ayah aku tu memang tak tahu la hapa nak jadi.

Ayah aku pon pernah ya tinggal kan mak aku tepi highway seorang diri tapi lepas kami adik beradik paksa dia ambik mak aku balik baru dia nak pergi cari.

Waktu tu mak aku dah sampai ke stesen bas nak balik rumah mak dia. Hal belanja rumah, mak aku ada cakap ayah aku bagi hanya cukup2 sahaja dan kadang memang tak cukup. Tapi selera besar.

Bayangkan lah macam mana tak letih mak aku. Nasib baiklah mak aku ada jaga anak orang dapat lah dia bantu sikit.

Tapi patutnya hal macam ni jatuh tanggung pada suami. Barang perhiasan jangan tanya lah. Jarang sekali dia belikan untuk mak aku.

Pernah mak aku minta untuk belikan jubah hitam dia nak pakai untuk program khatam quran. Dia memang belikan tapi tahulah dia mengungkit cakap sebab beli jubah ni lah dia tak cukup belanja semua. Padahal tu isteri dia.

Setahun tu baru sekali lah dia belikan jubah tu pon mak aku mintak. Mak aku pekak telinga je setiap kali dia perli ungkit. 

Dan ada satu kali tu. Mak aku sakit, waktu tu dia pulak belum dapat gaji asuhan, tapi memang adat lah minta suami bawakkan ke klinik,

Ingat mak aku tu sakit main2 ke memang dia demam teruk, tapi macam biasa lah memang dia bawa dan bayarkan duit ubat tapi macam biasa ayat sama dia ungkit jadi punca dia tak ada duit.

Mak aku ni tak tahan terus dia minta pada angah untuk bagi duit bayar semula duit klinik pada ayah aku. Terus dia ye ayah aku. Sampai macam tu sekali.

Dan kalau nak diceritakan banyak sangat hal2 yang ayah aku ni buat pada keluarga dia. tanpa dia sedar hal tu buatkan anak2 makin benci jauh hati dengan dia

Selepas mak aku meninggal dunia, aku nampak dia paling terkesan mungkin rasa menyesal atau dia baru sedar apa yang dia buat pada mak aku kot. Menangis lagi teruk dari anak waktu hari kematian.

Setahun lebih lepas mak aku meninggal, kita orang dapat tahu ayah kita orang ada kenal dengan Perempuan.

Tapi rupanya ayah aku dipergunakan oleh Perempuan tu. Habis duit kwsp, tabung haji dia laburkan pada perempuan tu.

Kitaorang tahu pon bila mana aku selongkar kereta dia dan aku jumpa bukti transaction yang ada buat.

Total hampir 70 ribu ya. Macam tu je dia kena tipu dengan Perempuan muda. Aku dan adik beradik kata apa.

Mungkin ini kifarah yang di kena lalui atas apa yang dia buat dekat arwah mak kami. Ayah kitaorang pon sekarang bukan sihat mana, tapi tu lah dalam tak sihat masih maki hamun kami semua cakap itu ini.

Dan sekarang kami adik beradik hanya bantu ayah kami atas lesen dia masih ayah kami. Bukan lah seperti anak orang lain yang tersangat kasihkan ayah. Sebab kami sudah sampai di lapisan hormat yang paling bawah.

Sekian ini luahan hati dari aku nak bongsu yang kecewa.

Sedikit untuk tambahan aku bila sudah mula kerja, alhamdulilah aku sempat bahagiakan mak aku, belanja dia makan, beli ikan barang2 yang dia nak beli tapi tak dapat, belikan handbag branded untuk dia,

(Tapi tu pon dia pakai sekali dua sebab saying mahal) senang cakap duit asuhan dia memang boleh simpan lagi banyak sebab aku mula takeover perbelanjaan rumah.

Aku syukur sangat sebab memang nekad aku bila mula kerja gaji aku untuk mak aku. Tapi hanya dapat bahagiakan dia dalam 2 tahun lepas itu mak aku pon pergi menghadap Sang Pencipta.

Sebetulnya 2 tahun tu antara memori yang tak dapat aku lupakan. Alfatihah untuk arwah mak aku. Nanti aku sambung lagi cerita ya.

– EL (bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Kau tetap Anak derhaka dik walaupun bapak ko mcm firaun… Aib bapak ko ni pun dah neraka tempatnya…admin ni kena jugak kerana sebarkan aib org

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *