Mertua Carikan Isteri Untuk Suami Saya

Saya ni kahwin tak sekufu dengan suami. Keluarga suami orang kaya.

Sebelum kahwin saya tiada masalah, saya sudah jumpa dengan ibunya beberapa kali cuma perkenalan kami tak lama hanya ambil masa 2 bulan sahaja sebelum kami melangsungkan pernikahan. 

Selepas kahwin suami mahu tinggal bersama ibu dan ayahnya.

Saya akur sebab sebelum kahwin saya ada bertanya padanya lamakah kita akan tinggal bersama ibu dan ayahnya. Dia bagitahu saya tak lama. Jadi saya akur.

Selepas kahwin ibunya mula menyuruh saya itu dan ini iaitu membuat kerja rumah terutamanya di dapur.

Saya sangat penat sebab dia memberi arahan tanpa henti kadang2 saya tak sempat minum air. Saya tak sempat duduk. Kaki saya menggeletar kepenatan. 

Lama kelamaan saya semakin perlahan membuat kerja sampai ibunya marah saya cakap saya lambat. Saya tak pedulikan dia.

Semakin lama semakin saya tidak mengikut arahan ibunya. Saya penat. Tuhan saja yang tahu.

Suami saya tak faham. Bila saya tak tolong ibunya dia kesal dengan saya dia bagitau dia tengah mencari isteri baru untuk tolong ibunya dan menjadi kawan untuk ibunya. 

Saya sangat tertekan sebab masatu saya tengah mengandung.

Tapi suami saya ada masalah kewangan mungkin dia tidak jadi melaksanakan hasratnya. Saya teruskan hidup dengannya.

Lama kelamaan hubungan saya dan ibunya makin teruk. Saya tak bercakap dengannya lagi lagi bila saya bercakap dengannya ada sahaja dia marahkan saya.

Jadi saya banyak mendiamkan diri dan menjauhkan diri darinya. 

Walaupun duduk serumah saya rasakan seperti sangat asing dengannya. Bila di depan orang lain dia banyak burukkan saya. Saya sangat sedih.

Nasib baik lah suami saya selalu kerja luar jadi saya saya banyak habiskan masa dekat rumah keluarga saya. 

Kemudian suami saya memberitahu saya dia mahu kahwin lain iaitu pilihan ibunya.

Ibunya sudah mencari dan sangat rapat dengan wanita itu. Dia mahu membahagiakan ibu dan adik beradiknya.

Hati saya sekali lagi hancur. Saya membawa diri tapi dia memujuk saya dia tidak mahu menceraikan saya.

Saya kalau ikutkan hati memang mahu cerai tapi saya fikir anak saya dia tidak sampai setahun. Saya pula tidak bekerja. Saya tiada duit. Saya sangat kesiankan anak saya.

Sekian..

Dari isteri yang bersedih,

– A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. A, awak bukan hamba untuk melanyak awak buat kerja2 dirumah, bukan tempat suami awak melepaskan nafsu dan jadi bahan perlian dari keluarga suami awak, sepatutnya suami awak yang melindungi dan menyelamatkan awak, tapi jadi sebaliknya, lebih baik awak bertindak cepat sblum terlambat.

  2. nasihat saya, jangan hanya menunggu dan menerima nasib diri yang dilayan seperti bibik di rumah tu. mula cari kerja, atau buat business. upgrade diri awak. hiraukan mak mertua awak tu. masa akan dtg, macam2 boleh jadi. at least apa2 jadi kat awak, awak boleh hidup sendiri dan besarkan anak awak. buat something ya

  3. Dik, org dah tak suka kat kita buat apa nak tunggu lagi. Ya ada anak, tapi anak tu masih kecil. Lagi bagus angkat kaki sekarang. Nak tggu smp bila? Badan jahanam, jiwa kosong?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *