Aku Yang Pendiam

Assalamualaikum semua. First of all, tujuan saya menulis artikel ini kerana saya ingin mendapatkan beberapa pendapat dan juga nasihat daripada pembaca sekalian.

Sebenarnya, saya ni memang seorang yang pendiam sejak dari kecil. Saya memang susah nak mulakan sesuatu perbualan dengan orang lain. Saya ni juga pemalu orangnya.

Tapi yang pastinya, saya akan berasa selesa dengan orang yang saya rapat. Contohnya, ahli keluarga saya dan juga seorang sahabat karib saya. Saya akan lebih banyak berborak dengan mereka.

Tapi kalau dengan orang yang saya baru kenal, memang agak susah untuk saya bercakap. Memang saya akan diamkan mulut saya ni. Saya pun tak tahu kenapa saya boleh jadi macam tu.

Memang dari kecil saya jarang keluar rumah untuk pergi ke mana-mana tempat atau berjumpa dengan kawan-kawan saya.

Saya ada ramai kawan sewaktu saya berada di sekolah rendah.

Malangnya bila je saya masuk sekolah menengah, saya hanya ada seorang sahaja sahabat karib. Dia lah orang yang membuatkan saya rasa selesa untuk berkawan dengan dia.

Saya juga bersyukur kerana Allah telah mengizinkan kami untuk kekal bersahabat sehingga hari ini.

Saya bukannya takde kawan-kawan lain. Saya ada je cuma sekarang ni mereka dah buat haluan masing-masing.

Mungkin sekarang ni mereka sudah berjaya dalam mencapai impian mereka. Saya pun tumpang gembira.

Sebenarnya sifat pendiam ni boleh buat saya rasa sangat sedih, cemburu dan juga kecewa. Kadang-kadang saya rasa cemburu bila seseorang tu ada ramai kawan.

Memang ada yang kata saya ni sombong sebab tak banyak cakap. Tapi hakikatnya saya bukanlah seorang yang sombong. Mungkin mereka tak tahu apa yang saya rasa.

Saya tak suka untuk bercerita tentang masalah saya kepada orang lain. Lagi-lagi kalau bercerita secara face to face. Saya memang akan rasa malu sangat-sangat.

Biasanya kalau saya ada apa-apa masalah, memang saya akan rahsiakan daripada sesiapa. Bukan sebab saya takde perasaan, cuma memang saya macam tu.

Saya harap sangat-sangat yang saya ni ringan mulut bila bercakap dengan orang lain.

Nak kata usaha tu memang ada. Saya dah usaha untuk ubah diri saya ni. Tapi nak buat macam mana, dari kecil sampai lah sekarang ni saya masih ada karakter pendiam tu.

Bila saya fikirkan balik, saya ada karakter pendiam ni sebab saya kurang bersemangat dan kurang keyakinan diri.

Saya memang dah penat jadi orang yang pendiam. Kadang-kadang saya akan menangis sorang-sorang bila difikirkan tentang masalah ini.

Setakat ini sahaja perkongsian saya. Saya harap pembaca sekalian dapat berkongsi tips untuk saya tingkatkan keyakinan diri dan juga kemahiran berkomunikasi dengan baik.

Terima kasih.

– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *