Sisi Berbeza Seorang Suami

Saya ****** berusia mid 20’s dan sudah berkahwin pada 2021.

Perkenalan dengan suami sebelum berkahwin sangatlah baik. Dia seorang yang introvert dan berperwatakan baik pada pandangan saya.

Sikapnya yang begitu membuatkan saya tertarik dengannya walaupun tempoh perkenalan yang sangat singkat. 

Mungkin kasih sayang dah cinta itu akan hadir selepas berkahwin.

Saya juga menerima dia seadanya walaupun pendapatan suami yang jauh lebih rendah dan gaya hidup kami yang berbeza.

Don’t judge the book by it’s cover. Itu yang terjadi selepas saya berkahwin.

Saya melakukan 3 kerja dalam masa yang sama. Sebagai executive syarikat swasta, pelajar sepenuh masa dan juga private tutor. Jadual hidup saya sangat busy. 

Suami pula bekerja sebagai staff di syarikat swasta. Suami hanya membayar duit sewa rumah sahaja dan tanpa nafkah diberikan kepada saya.

Saya akan membayar segala bil utilities rumah, keperluan rumah dan dapur, juga kos makan kami berdua.

Saya akan menguruskan hal2 di rumah seperti mengemas, memasak dan sebagainya.

Tapi suami saya tidak membantu saya menguruskan rumah dan saya terlalu penat apabila semuanya perlu dilakukan saya seorang diri.

Selepas berkahwin, saya baru tahu yang suami saya sangat panas baran, mudah naik tangan, hasad dengki dan memaki hamun sesiapa sahaja apabila dia tidak berpuas hati.

Suami mudah naik angin disebabkan hal2 remeh bagi saya, seperti terlupa atau terlepas pandang. 

Saya juga dipukul, disepak, dan sebagainya.

Suami saya sukar untuk menerima teguran dan juga tidak pernah meminta maaf kepada saya.

Mungkin silapnya pada saya juga, kerana apabila suami mula tinggikan suara pada saya, saya akan luahkan segala tidak puas hati saya dan marah kepada dia.

Apabila saya begitu, suami pun mula naik tangan kepada saya.

Tapi selepas pergaduhan, kami cuba berbaik. Namun tidak lama selepas itu akan bergaduh lagi.

Kami sering bergaduh dah hal ini menyebabkan saya terlalu tawar hati kepada suami. Badan saya juga sakit dan tidak boleh bekerja. 

Wajahnya terlalu kosong di mata saya. Saya lebih selesa apabila suami tiada di depan mata.

Keluarga saya dan suami juga mengetahui masalah kami dah sikap suami.

Saya buntu dan tak tahu nak buat macam mana.

Adakah saya patut teruskan atau berhenti sahaja sampai disini?

– ****** (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Kalau dah macam ni, baik angkat kaki. Nak tunggu jadi apa lagi kalau dah asyik kena pukul. benda macam ni tak perlu da nak tanya. Kita boleh fikir sendiri.

  2. Saya berpendapat, awak kena keluaq dari perkahwinan yang toksid ini.. kerana ada keganasan rumahtangga dan penganiayaan terhadap isteri/perempuan

  3. U boleh fikir sendiri, kan. U yg sakit mental + fizikal, so buat laa keputusan terbaik utk diri u..
    Jika u just post luahan utk orang lain sokong u bertahan dgn laki bebal u tu, hmmm, sia² je.
    Sebabnya, tak de makna pun apa pandangan + nasihat Dr 1000 orang sekalipun jika keputusan u tetap di takuk lama (sukakan hubungan toksik)

  4. Pendapat saya keluar dr kemmelut ini sebelum ada anak. Anda berhak bahgia , kalau perkahwinan bukan membahgiakn angkat kaki.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *