Antara Pokemon Go, Rokok, Drama dan dot dot dot

Assalamualaikum. Sejak akhir2 ni,issue paling hangat diperkatakan adalah tentang pokemon GO. Abes tenggelam issue 1MdB, syiah, korupsi dan sebagainya. Sy tertarik nk sentuh issue ni sbbnya sy dh xnmpk balance dalam masyarakat malaysia terutamanya malay people. Semuanya gara2 pokemon go.

Sejak mufti keluarkan fatwa yg mengatakan “haram”, atau dgn mksud yg sebnarnya ialah cuba jauhkan utk main pokemon go ni,ramai la org luar sana menyokong 100% dan tidak kurgnya org yg tidak bersetuju. Ko tu sape wei nk hentam mufti. Dia blaja agama dgn terperinci,so dia tahu ape yg dia ckp. Lain la ustaz2 dan ustazah2 segera di fB yg lebih2 judge org sana sini. Dkt sini sy nk highlight, ade betulnya mufti suruh elakkan terutamanya kanak2 dan remaja. Misalnya,anak2 kecil bermain,lintas jalan or jatuh longkang,nk tgkp pokemon punye pasal. Then remaja2 sedang asyik bermain,tiba2 kena snatch. Dan stgh2 org bermain smbil driving, wow! Inilah yg dimaksudkan mufti. Bila dah ada accident disbbkn pokemon go,percayalah lg meletup issue ni.

Sy nk bgtau,sy juga peminat pokemon tp not die hard fans and of course sy pn main. Tp kita main game ni perlu ade limit dan guidelines supaya perkara2 x diingini terjadi. Dkt sini beberapa tips yg sy boleh bg kalo nk main pokemon ni. Sy msih igt lg,Islam tu agama yg memberi alternatif. Jd setiap perkara ade cara dan kawalannya

1. Anda hendaklah pandai membahagi masa. Contohnya masa kerja. Jgnlah keje bz,documents berlambaq atas meja tp bz main pokemon. Same goes to other gamers,main COC,candy crush,other puzzle game. Tp pokemon juga yg dpersalahkan. Student pon sama,assignment byk yg xsiap dok bz pusing2 engineering building cari pokemon.

2. Then pandai bahagi masa dgn family. Utk yg dh berkahwin especially yg ade anak, pandai2 la divide masa. Jgn biarkan anak kecil bermain sorg2 kita dok sibuk main tepon.

3. Jika kita lihat dr sudut positif, pokemon go ni menggalakkan berjalan. So kpd ayah2,anda boleh je ptg2 pas balik keje,bwk anak jalan2 tman secara xlgsg,cari pokemon. Yg penting be alert dgn movement anak2.

4. Ade poke stop yg berada di tmpt agama (surau dan masjid). Ok,kt cni nk bgtau,poke stop di tubuhkan pd tmpt tumpuan. Ada yg kata kurg ajar la buat dkt masjid,then xkurg yg memerli,dtg masjid sbb pokemon,bukan sbb Islam. Ok yg ni point penting. Anda mgkin nmpk diorg g masjid semata mata cari pokemon. Cuba bygkan time dia cari tu,time tu pulak ade ceramah. Smbil dia tgk keliling tu,hati dia tersentuh dgr ceramah tu. So ni la perkara2 yg org xnmpk. Hidayah tu milik Allah,so dgn mcm2 cara Allah boleh bg

5. Ok ade yg kata xde privasi la,kena rakam la, gather data2 personal la. Sy nk tau, antara media social (facebook) dan apps game,mana yg lg sng dpt data? Kt fB la ko letak nama penuh,kawen ngn sape,anak sape,besday bila,blaja mana,keje ape, nahh.. semua ade beb! Pokemon ni ade satu function AR dimana,bila kita main,seolah olah pokemon tu live dpn mata,tp anda juga boleh off AR ni. So xyah rakam ape2.

Yg hentam pokemon ni rata2 lelaki yg “hisap rokok/vape” dan golongan wanita. Sy nk tny,cuba suatu hr nnt ulama keluarkan fatwa, drama korea haram. Mau meroyan semua wanita
Why not? Ade je scene2 yg xsesuai dan mengajar wanita2 sana tergedik2 dgn mgharapkan sesuatu yg sweet. Tp mst ramai yg xsetuju,dgn alasan,byknye movie n drama lain mcm ni. Ade je kes mama2 diluar sana busy dgn cerita korea sampai abaikan anak2. Dh tu siap ade yg berebut remote TV sbb nk tgk korea!. 1 lg issue tudung2 dan baju yg singkat. Dok kata pokemon teruk tp hang sndiri xtutup aurat. Bila ulama tegur meroyan juga.

Dan lelaki2 diluar sana dimana,rokok dan vape dimulut tetapi mengatakan pokemon go haram. Siap maki player lg dgn kata2 kesat seperti “poke***”. Time fatwa rokok dan vape dikeluarkan bukan main hentam mufti sdgkan pengharaman rokok dan vape lg jelas dimana terang2 merosakkn badan! Nampak x dkt sni,masyarakat melayu ni,xbalance dlm mengkritik. Dlu time org sibuk main game COC,siap dlm jamban lg xde pulak nk bising. Jp lg keluarlah komen,game COC lain,xperlu GPS dan jalan2.

So kesimpulannya berpada2 lah dalam ape jua situasi. Baik peminat pokemon ke,peminat korea ke, player COC ke, perokok dan penghisap vapour. Sblm mengata dan menghentam sesuatu check balik. Sy mnta maaf sekiranya ade yg tersentap dgn penyampain sy tp kalo anda sentap,bgtu juga dgn player pokemon go. Kesian kpd mereka yg bermain secara berhemah. Dok hentam org lain seronok tanpa tgk pd diri sndiri. Dan satu lg,sila la hormati ulamak. Mereka belajar dalam bidang agama lebih mndalam. Jgn kerana sesuatu perkara kita melatah tetapi sebaliknya,fikir dahulu. Sekian

– Observer

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit