Aku ada satu confession sebelum tu aku minta maaf kalau tulisan ni sedikit panjang.
Aku tak suka keluarga lelaki aku. Baik ayah abang dan adik aku yang semuanya lelaki, mahupun saudara mara lelaki yang lain aku tak suka. Aku membesar dalam satu dysfunctional family. Yang buat tugas aku iaitu perempuan dan umi aku juga perempuan.
Tahu sakitnya balik sekolah engkau kena buat semua kerja rumah, kau berdua dengan umi kau buat kerja rumah. Dari pergi kedai, memasak, kutip baju yang berterabur serata rumah, basuh, jemur, angkat, lipat. Itu semua tugas kami berdua.
Paling menyakitkan hati, adik abg dan ayah aku tak pernah ada rasa nak angkat pinggan lepas makan dan letak dekat sinki basuh tidak sama sekali.
Setiap kali makan semua basuh tangan itu pun air basuh tangan yang aku ambil lap tangan pinggan di biar atas meja. Nasi berterabur dengan cawan. Setiap kali umi aku atau aku yang tegur suruh angkat cawan dan pinggan ayah aku berdengus dan suruh aku dengan umi yang angkat.
Kalau tak ada ayah aku baru aku suruh itu pun diorang punya malas nak angkat. Lepastu aku bebel diorang ngadu dekat ayah aku. Aku pula yang dimaki cakap kenapa jadi perempuan tapi malas.
Kalau ikut tekak aku dah lama aku rodok tekak setiap sorang lelaki dalam rumah. Kalau balik kampung itu jangan cerita aku, umi dan perempuan yang dekat sana adalah hamba abdi lelaki yang ada dekat sana.
Semua goyang kaki, dah buat air, dah masakkan, suruh pergi kedai beli barang malas. Kalau diletakkan dalam percentage perempuan punya tugas 95% dan lelaki 5% sahaja.
Waktu aku sambung belajar aku ada rasa risau dan kesian dekat umi aku. Aku selalu rasa mesti umi aku buat semua kerja sorang anak dengan suami tak membantu.
Tak sampai satu semester aku belajar umi meninggal dunia. Waktu ni aku jarang balik tapi nak taknak waktu cuti sem balik lah. Bila kau balik tu kau tengok rumah Ya Tuhan. Huru hara rumah baju sampah sekeliling.
Aku membebel sambil kemas ayah aku jerit cakap dia dah bagi duit segala macam tanggung dan aku memang patut buat semua tu. Macam nak gila aku kemas sinki dia punya berkarat, dekat tong sampah tak ada sorang pun nak berus bersihkan sampai berkerak busuk.
Aku sampai rumah tu pukul 9 pagi dah nak masuk maghrib baru siap kemas itu aku kena masak sekali. Nak kena hidangkan sekali.
Malam tu aku rasa macam nak pecah kepala aku baru berapa bulan tinggal rumah. Bila balik semula ke rumah sewa baru aku rasa tenang ya Allah.
Housemates aku sampai risau dia tengok aku stress semacam aku cuma cakap tak sihat. Padahal balik tu aku jadi kuli 24 jam selama cuti tu.
Pejam celik aku akhirnya berkahwin. Ayah aku dengan adik beradik aku dengan saudara mara lain pada awalnya tak suka suami aku. Sebab utama dia orang johor kami pula kelantan.
Tapi aku memang cari suami jauh dari rumah aku kalau boleh biar beratus KM. Tapi sebelum tu aku takut juga aku setiap hari kalau solat doa tolong at least suami yang membantu aku.
Alhamdulillah doa aku di kabul-kan. Kau tahu bulan pertama kami tinggal berdua. Bab pinggan dengan cawan dia yang basuh dan yang paling aku sayang dan cinta sekali lepas basuh pinggan, basuh cawan dia berus sinki tu kasi bersih.
Aku mula perhati je ingat sehari dua tapi sebulan kahwin setiap hari dia buat. Tahu asingkan sampah.
Kalau bab masak kami selalunya decide kalau suami aku nak masak aku yang prepkan kalau aku nak masak suami aku yang prepkan.
Jadi hidup baru sebulan tu aku dah rasa macam syurga dunia. Membesar dekat rumah baju adik ayah abang aku semua berterabur. Suami aku elok dah masuk terus dalam mesin basuh mana yang tak boleh mesin basuh dia dah asingkan.
Aku tak pernah ye sepanjang berkahwin dan sampai sekarang dah masuk 5 tahun kami kahwin cakap “sayang tolong jemur baju, tolong angkat, lipat semua” tidak.
Aku balik kerja tengok baju dah kena angkat dah lipat dah susun rapi seluar dekat bahagian dia, baju dekat bahagian dia, tudung aku dekat bahagian dia dan stokin dah asingkan.
Kau tahu dia punya senang hidup, tenang nak beribadat. Kau balik penat rumah sentiasa bersih dan tahan sampai sebulan sebab suami kau jenis bila bersepah sikit dia kemas. Bukan macam rumah lama kau setiap hari kena kemas sebab setiap hari bersepah.
Aku sejujurnya waktu kenal dengan suami aku bila dapat tahu dia ni anak tunggal aku takut. Aku dalam hati mesti jenis manja dia ni. Dapat pula tahu yang mak dia ni pengetua sekolah menengah, ayah pula bekas tentera. Tapi bila first time aku datang rumah dia.
Aku dengan mak mentua aku rilex duduk makan keropok dekat ruang tamu suami aku dan ayah mentua aku dekat dapur masak dan buat air. Aku nak tolong mak mentua aku cakap biar diorang siap masak nanti kita tolong hidangkan pinggan dan air.
Aku terkejut, sepanjang aku hidup tak pernah sekali aku nampak ayah aku adik atau abg aku masuk dapur dan masak walaupun meggi sekalipun tak pernah.
Bagi aku yang paling ketara dan nampak bertapa funtionalnya family keluarga belah suami aku waktu hari raya. Baik hari raya aidilfitri atau haji.
Kalau aku dulu dengan umi aku dan saudara mara perempuan lain dekat rumah atuk nenek aku. Ya Allah jangan cakap semua kita yang buat nak bernafas pun huru hara sebab terlampau banyak.
Orang lelaki setakat duduk ruang tamu ambil bantal baring dan tidur bangun dah siap tinggal makan lepastu dah siap makan diorang nak air kopi atau teh tengok tv dan menyantai. Tapi keluarga suami aku lain.
First time aku sambut raya dekat kampung suami dekat Batu Pahat. Nampak tenangnya hidup bila 50/50 tugas tu dah di kasi. Kalau lelaki mana yang goyang telor nanti atuk suami aku dia bising suruh tolong.
Waktu makan pula semua makan sekali. Tak ada nya lelaki makan dulu perempuan makan kemudian jadi dah siap makan semua tinggal kemas dan rilex. Tak terasa penat dia, bahagian masak kami yang perempuan ni cuma masak sahaja.
Suami aku, pakcik dia, ayah dia dan sepupu lelaki lain potong bawah dan blenderkan. Ayam cuci dan gorengkan, daging tu semua diorang settlekan.
Dah siap tu aku, mak mentua makcik dia yang lain dan sepupu perempuan masak semua, masak nasi sekali. Bab air tak payah risau diorang yang lelaki memang dah selesaikan. Jadi tak ada kami tengah sibuk masak ada orang cakap suruh buatkan air.
Tugas dia tu balance, dan tak ada kelam kabut. Dekat dapur tu aku tolong masak semua kami dekat sana rilex je bercakap berbual apa semua tak ada masalah.
Aku first time tu bila rasa suasana macam tu bila malam tu nak tidur senang kepala. Kalau tidak sebelum ni 3-4 pagi baru tidur. Tapi keluarga suami aku tidak. Paling lambat pukul 10 malam dah selesai semua persiapan raya tinggal besok bangun makan dan solat hari raya.
Aku siap cakap dengan suami aku “sayang next year kita balik sini lagi” bila suami aku tanya taknak balik kampung aku ke serta merta aku reject cakap tak nak.
Aku ingat lagi kali pertama bawa suami aku balik kampung aku. Setiap kali tu dia nak masuk dapur tolong buat mana yang patut tapi atuk aku bising cakap itu kerja orang perempuan kita orang lelaki duduk kat depan. Setiap tu dia macam tak tenang asyik nak masuk dapur.
Tapi aku cakap dengan dia tak apa suruh dia rilex biar aku buat. Tapi dia taknak juga, masuk juga walaupun tak tolong masak dia tolong basuh pinggan dan cawan.
Kalau ayah aku dan pakcik aku yang lain nak air dia tolong buatkan. Aku kesian, apa tak kesian orang suruh suami kau buatkan air. Aku cakap dengan dia jangan biarkan aku yang buat tapi nak juga buat.
Sepanjang beberapa hari balik kampung tu dia tak tenang kalau setakat duduk sahaja. Nanti sekejap dia masuk dapur tanya aku nak tolong tak.
Aku rasa malu sebenarnya. Sebab itu aku seboleh cakap dengan dia taknak balik kampung aku alasan utama sebab jauh dan jem. Padahal aku bukan apa tak ada rasa macam nostalgia langsung dekat kampung tu. Aku rasa benci dan sakit hati setiap kali fikir.
Bila aku dah kahwin, hidup dengan suami, ada anak. Baru aku rasa macam ini rupanya functional family. Waktu aku mengandung dan bersalin. Semua benda suami aku buat.
Aku ingat lagi waktu umi aku mengandung dan bersalin adik-adik aku. Ayah aku tak membantu langsung. Tukar pampers taknak, mandikan taknak, bedungkan taknak. Semua umi aku yang kena buat padahal dia baru bersalin.
Aku bila tengok semua suami aku yang buatkan semua urusan aku sampai menangis. Sebab aku teringat arwah umi aku. Kau bayangkan baru lepas bersalin penat dia macam mana tapi umi aku terpaksa buat semua sebab ayah aku tak tolong dia langsung.
Aku tahu ramai wanita di luar sana yang alami hidup macam aku. Waktu yang paling tenang bila, waktu sambung belajar itu yang paling tenang.
Aku bersyukur dapat suami dan keluarga dia yang setiap sorang tu functional bukan cuma satu side kena buat, side yang lain cuma baring makan dan tidur.
Memanglah akan ada yang cakap lelaki penat cari rezeki. Suami aku pun penat, dia pun kerja. Dia kerja keluar awal dari aku. Tapi dia boleh buat semua benda tu.
Mungkin pada lelaki di luar sana letak baju dalam bakul kotor atau mesin basuh itu bare minimum. Tapi hakikatnya dari segi bahagian tu dapat kurang kan penat lelah dan letih.
Pada wanita aku doakan dapat keluar dari situasi macam aku dapat ketenangan minda baru nak beribadah senang dan bernafas pun senang tak ada rasa macam nak sangkut sebab penat fikir dan buat segala macam benda. Aku doakan..
– Hana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit