REPLY: Antara Kerajaan & Swasta

Salam semua. Saya terbaca confession “Antara Kerajaan & Swasta” (https://iiumc.com/antara-kerajaan-dan-swasta/).

Saya nak cerita pengalaman saya pula. Nilaikan okey..

Baby saya 2 bulan. Nafas laju sebab batuk. Pergi emergency pukul 9 pagi. Masuk tunggu kat dalam sampai pukul 8 malam lebih. Baru dapat katil.

Tu pun dapat duduk dekat pukul 9-10 malam. Selepas macam2 prosedur. Swab hidung baby lah, covid test mak lah, masuk line lah. Yang tu saya okay je sebab faham lah dah memang prosedur kan.

Tapi yang saya tak puas hati, dari jam 9 pagi – 8 malam di emergency langsung tiada rawatan, tiada plan rawatan, tiada ambil darah atau x-ray, sekadar bagi oxygen & sedut kahak (which Dr cakap ada sikit je).

Saya taktau berapa kali tanya nurse lama ke nak dapat katil. Ye saya faham katil penuh. Masa tu musim influenza.

Saya siap berkeras nak balik dulu sebab dah kena sidai lama sangat. Atleast datang balik esok pagi ke. Tu pun sebab dah bengang sangat kot. Nasib lah tak follow sangat hati yang tengah panas.

Sampai wad 9 malam tu, Dr kat wad dah bising marah kenapa kat emergency tak ada langsung buat apa-apa. At least bloodwork ke x-ray ke. Kosong.

Last-last Dr pakar datang pukul 10 malam tu jugak, tak tunggu dah result darah sebab lambat lagi kan so terus masuk 2 jenis antibiotik, utk cover siap2 incase infection. 

Dan by the look on the baby, kalau teruk sangat kita akan intubated. Tau tak perasaan masa tu macam mana, kalau anak saya betul2 serius, kenapa kat emergency tadi takde pun buat apa2. Pedih weh.

Tapi yelah. Dah tengah malam nak marah pun. Dengan baby 2 bulan kena puasa susu. Anda rasa???

Esok tu confirm anak kena RSV. So antibiotik off sebab itu virus. No medication just oxygen support. Dekat 5-6 hari tak silap.

Saya ok je bab 1 bilik ada 2-3 orang. Tapi yang tak ok bila ada sekali saya dapat bilik dengan 2 orang pesakit lain. Seorang mak dengan baby. Yang tu ok.

Seorang lagi budak lelaki umur 10 tahun, kerja main phone sekuat hati volume, tandas tak reti flush. Pehh. Nasib la dapat saya yang garang. Memang kerja sound je.

Lepas setahun lebih, episode nafas laju berulang. Since dah ada takaful, pergi private. Dan Dr review history semua dan tanya treatment pasal RSV. Saya cakap lah tak ada.

Dr hanya bagi rawatan support oxygen sahaja. Dr pun geleng kepala. Tak ada pump untuk paru2? Tak ada itu ini?Tiada semua. Dia cakap kalau dia, ada je few treatment yang dia akan buat.

Duduk private pun sebenarnya takde lah selesa sangat pun. Datang emergency pukul 9 pagi. Insurans nak blood result dulu, nak itu ini dulu lah. Jadi nya dekat pukul 3-4 petang jugak baru masuk.

Tapi dalam masa menunggu tu, treatment dah start. 2 jenis neb dan masuk iv line terus.

Dapat bilik pulak share 4 pesakit. Yang lain semua penuh. So tak ada lah privacy sangat dan bising juga ye sebab 2 katil tu kerja saling bersembang sampai menganggu. 

Tapi yang penting, treatment course yang saya nak. Lepas 2 hari, Dr bagi balik dan treatment plan kat rumah, follow up balik lepas sebulan.

Sedih pula bila teringat memori di GH tu. Tapi Alhamdulillah dah sihat ni kurang la sedihnya.

Sebenarnya masa warded tu terdetik nak report pasal situasi yang saya lalui kat emergency tu.

Tapi bila saya confront Dr kat wad tu, dia pun cakap maybe terlalu ramai sampai terlepas pandang. Maka saya pun bersangka baik je lah ye. 

Harap-harap tak berulang kepada patient lain. Mungkin timing saya datang tak kena. Mungkin dah tertulis begitu perjalanan cerita saya pada hari itu. Jadi kita pun layan jela.

– Ibu NI (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *