Assalamualaikum… Hi warga IIUM Confession, nama aku Ara berumur 29 tahun, sebelum ni aku ada buat confession tajuk, Episod Bahagia Yang Dicari, (https://iiumc.com/episod-bahagia-yang-dicari/).
Confession sebelum ni berkisarkan kisah aku yang sudah berkahwin, bercerai dan menjadi ibu tunggal kepada seorang cahaya mata yang makin membesar dan aktif sekarang.
Kali ini aku menggunakan bahasa utara sedikit supaya mudah untuk aku mengarang.
Dalam luahan kali ini aku nak berkongsi apa yang aku alami dan rasai sepanjang dan sebelum aku berkahwin dulu.
Aku sebenarnya dibesarkan oleh keluarga angkat yang berasal dari utara, aku dengan abang aku diserahkan oleh ayah kandung aku ke keluarga angkat.
Aku dilahirkan di sarawak, berketurunan iban dan asal agama kristian. Aku dan abang convert ke agama islam sewaktu umur aku 4 tahun, masa ni aku sudah bersama dengan keluarga angkat. Btw ayah aku jugak convert.
Aku pun sebenarnya tak berapa ingat sangat memori aku sewaktu berada di sarawak, aku cuma ingat aku pernah tinggal di rumah panjang tepi sungai,
Pernah kena ligan dan kena gigit dengan anjing sampai sekarang pun aku memang trauma kalau tengok anjing.
Apa yang aku nak ceritakan dekat sini, sejujurnya di saat ayah kandung aku serahkan aku pada keluarga angkat, aku menjadi sangat2 benci dengan ayah aku.
Ayah dan ibu kandung aku bercerai sewaktu aku berumur 4 tahun dan ayah membawa aku dan abang lari ke Kl dan ayah aku berkahwin baru.
Aku salahkan ayah aku sebab bercerai dan pisahkan dengan ibu aku di saat waktu tu aku memerlukan kasih sayang seorang ibu.
Apa yang aku faham, ayah aku serahkan aku dengan abang aku ke keluarga angkat kerana memerlukan duit dan kerana masa itu berada dalam kesusahan kewangan kerana baru berpindah ke Kl dan tidak mampu nak jaga aku dan abang aku tapi dalam masa sama boleh pula kahwin lain.
Sepanjang aku membesar dan meningkat dewasa, ada lah beberapa kali ayah kandung aku datang melawat tapi dalam masa yang sama selalu meminjam duit daripada keluarga angkat aku.
Sebab itu aku benci ayah aku, ingatkan datang jumpa aku sebab rindu. Setiap kali ayah kandung aku datang melawat aku tak pernah happy, tak pernah rasa nak bermanja.
Alhamdulillah aku dibesarkan dengan baik oleh keluarga kandung tapi jauh di sudut hati aku takkan sama bila dibesarkan oleh keluarga kandung dan keluarga angkat.
Aku tak boleh nak terlalu rapat dan bermanja dengan ayah angkat disebabkan semacam seolah ada sesuatu yang menghalang, aku tak tahu nak terangkan macam mana.
Hubungan aku dengan ayah angkat tidakla terlalu rapat, sebab ayah angkat aku seorang yang tegas, hanya bercakap bila perlu dan benda2 penting sahaja, kalau nak bergosip memang tidakla ayah angkat aku akan layan.
Nasib mak angkat aku boleh dibawa gosip atau ada benda nak bercerita dari kecik, sampai la aku dah ada anak. Mak angkat aku la yang banyak sangat bagi semangat dan bantu aku masa aku dalam proses cerai.
Untuk makluman, keluarga angkat aku tak ada anak kandung so diorang ambik tiga orang ank angkat termasuk aku dan abang aku, seorang lagi adik perempuan aku yang dijaga dari dia baby lagi.
Terakhir ayah kandung aku datang tengok aku masa aku umur 17 rasanya, lepas pada tu aku memang tak contact dengan ayah aku sebab setiap kali contact hanya untuk meminjam duit dari aku dan abang aku.
Itupun abang aku cerita yang selama ni ayah kandung aku selalu minta duit dengan dia.
Owh ya.. Selepas hampir 13 tahun pada tahun 2010 kalau tak silap keluarga angkat bawak aku balik ke sarawak untuk berjumpa dengan ibu kandung,
Masa berjumpa dengan ibu kandung aku senyap tak bercakap langsung mungkin kerana kekok dan terkejut selepas 13 tahun tak berjumpa dan ibu kandung aku pun sudah berkahwin dan ada keluarga baru di sarawak.
Masa aku berkahwin pada tahun 2017, aku terpaksa menggunakan wali hakim oleh kerana parent kandung aku dulu kahwin dalam kristian,
Dan alhamdulillah ayah kandung aku memberi kebenaran menggunakan wali hakim even sebelum tu aku tak pernah layan ayah kandung aku dengan baik disebabkan masih ada perasaan benci.
Dari aku kecik sampaila dah kahwin dan ada anak sendiri aku tak pernah rasa nak berbaik dengan ayah kandung aku, jahat kan aku.
Tahun 2021 setahun lepas aku bercerai aku dapat berita ayah kandung aku meninggal. Aku tahu ayah kandung aku sakit tenat daripada abang aku.
Sebelum tu aku tak pernah tahu yang ayah aku ada sakit serius, yang aku tahu ayah aku kahwin lagi sampaikan aku ada 4 mak tiri.
Beberapa hari sebelum arwah ayah aku meninggal, arwah ada telefon aku dan meminta maaf kerana tak pernah menjadi sorang ayah yang baik untuk aku dan abang aku.
Berkali-kali dia minta maaf, meminta ampun dan cakap dia ayah yang jahat dan kejam, nak minta aku selalu berdoa bila dia tak ada atas dunia nanti. Bayangkan seorang ayah merayu minta maaf.
Masa tu aku hanya mampu menangis tapi tak mampu untuk bersuara atau bagitau yang aku sebenarnya sayangkan ayah aku sangat-sangat. Kerana ego aku sebelum ni, aku tak sempat minta maaf.
Sekarang aku menjadi seorang ibu, besarkan anak aku sorang.. barulah aku faham pengorbanan parent demi nak besarkan anak.
Ada masa aku berfikir, ini mungkin kifarah untuk aku kerana terlalu ego untuk meminta maaf masa ayah kandung aku masih hidup.
Sekarang Allah beri amanah untuk aku membesarkan anak aku tanpa seorang ayah.
Tahun 2022 aku diuji anak aku menghidapi asthma dalam masa yang sama pemegang kad pink (oku). Anak aku buta kekal pada mata sebelah kanan. Begitu berat ujian untuk aku, sejujurnya kadangkala aku terlalu lelah dan penat.
Meskipun aku mempunyai keluarga angkat yang cukup baik dan sempurna tapi ada masa aku kalah dengan perasaan aku sendiri.
Tapi jangan risau aku masih waras ye. Ujian yang aku lalui sekarang tidakla seberat ujian yang dilalui oleh orang lain di luar sana.
Warga IIUM Confession… Minta sedekahkan Al-Fatihah untuk ayah kandung aku tak lupa juga untuk ex bapa mertua aku yang baru meninggal bulan 1 tahun ini.
Walaupun aku ditipu oleh family ex tapi bapa mentua aku orang yang selalu layan aku dengan baik tanpa berpura-pura.
Semoga anak aku dapat membesar dengan sihat seperti kanak-kanak yang lain dan tidak melalui kehidupan yang aku pernah lalui.
Aku sangat merindukan ayah, terutama ketika aku lelah, sekarang aku hanya mampu berdoa.
Thanks sudi luangkan masa baca luahan aku. Bye2.
– Ara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit