Cintaku Si Suami Orang

Assalamualaikum semua.

Cinta itu bukan aku yang pilih. Aku tak pernah memilih untuk mencintai dia. Semuanya berlaku begitu sahaja…

Tanpa aku sedar dah dekat 10 tahun aku cintakan dia.

Sebelum ini aku tak pernah terfikir perasaan yang aku rasa ini cinta. Sebab aku tak pernah bercinta macam orang lain yang ucapkan kasih dan sayang.

Aku pernah luahkan perasaan aku berhajat untuk menjadi isterinya.Tapi dia tak bagi jawapan yang jelas.

Dan bila aku tanya pendapat sahabat-sahabat lelaki aku, kalau lelaki bagi jawapan tak jelas macam tu maksudnya dia tolak sebenarnya. Cuma dia ingin menjaga hatiku.

Sebaknya aku bila tahu kenyataan itu. Kenapa dia tak sakitkan sahaja hati aku ini biar aku ada sebab untuk membenci dia. Kenapa dia masih baik dan ramah kepada aku.

Ya, mungkin kerana dia sayang akan persahabatan antara kami. Tapi… itu memberi aku harapan untuk terus berharap.

Ya aku berharap.. Aku selalu berdoa supaya dialah yang Allah takdirkan untuk aku.

Sampailah suatu hari, aku dapat tahu dia sudah mendirikan rumah tangga dengan sahabat baik kawan dia.

Aku terkilan kenapa aku harus tahu sendiri pasal berita itu. Kenapa dia tak khabarkan sendiri pada aku.

Padahal aku pernah beritahu dia, jika salah sorang antara kami kawin. Wajib bagi kad jemputan.

Jika tidak ingin menjemput sekurang-kurangnya beritahulah khabar gembira itu supaya aku boleh berhenti berharap.

Sudah hampir 2 tahun usia perkahwinan mereka. Tapi aku disini masih tidak mampu untuk menghapus rasa itu.

Saat kesunyian malam menjengah, hadir rasa yang tidak tahu bagaimana nak ungkapkan.

Aku cuma mampu berdoa supaya Allah kurniakan kebahagiaan kepada perkahwinan mereka dan semoga Allah kurniakan pada aku jodoh yang lebih baik dari si dia.

Perasaan ini aku tidak tahu bila akan sembuh dari mencintainya. Tidak tahu bila aku benar benar mampu untuk menghapus dia dari hati aku.

Tapi Alhamdulillah, Allah kurniakan aku iman dan kewarasan untuk berhenti, berhenti menghubungi dia. Berhenti menunjukkan keprihatinanku padanya.

Walaupun setiap kali tarikh lahir dia nak sangat aku contact dia dan ucapkan selamat hari lahir.

Rutin aku dari 10 tahun lepas untuk, tanpa terlupa akan ucapkan ucapan hari lahir dia. Hari-hari penting yang lain pun sama.

Tapi kini aku sedar, aku cuma boleh mencintai dia dari jauh tanpa dia dan orang lain ketahui.

Cuma Allah sahaja yang tahu betapa rasa ini menyakitkan dan berat untuk dijalani sendiri.

Orang mesti kata, move on je la sis. Move on dia pun dah pilih orang lain.

Ya saya sedang cuba untuk move on. Tidak tahu lagi saya bagaimana ingin membuang rasa ini.

Saya tak pilih untuk mencintai dia. Rasa ni datang sendiri, dan ku harap dia juga akan pergi dengan sendirinya.

Berdosakah mempunyai rasa cinta ini? Berdosakah rasa yang aku rasa sekarang ini?

Selepas aku dapat berita pernikahan dia. Saat itu tiada lagi pengharapan aku pada dia. Cuma aku akui, cinta ini belum mampu aku hapus dari hatiku.

– Alia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Cinta tak semestinya memiliki. Letakkan cinta pertama hanya pada Allah, pemegang hati setiap manusia, dan kamu tak kan pernah kecewa jika cinta pertama kamu hanya kepadaNya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *