Cinta Jarak Jauh

Hi everyone. Aku duda tiada anak, tapi sampai sekarang masih lagi single. Bukan tak handsome atau kaya tapi sebab aku trauma dengan previous marriage aku.

Nama aku Raziq, berumur 35 tahun. Aku bercerai pada tahun 2018. Bekas isteriku, aku namakan dia Mawar.

Tujuan aku menulis ni untuk suami di luar sana sedar, jangan sesekali undermine the power of a woman.

Aku sekarang sunyi dengan kehidupan, kadang2 mahu saja aku tamatkan riwayat hidup tapi memandangkan aku ada mak ayah, aku teruskan jua sisa-sisa hidupku ini.

Mawar bekas isteriku ni lawa orangnya, putih cantik… Typical kelantanese girl yang kulit mulus takde langsung jerawat atau jeragat. Tak payah pakai skincare memang kulit dia putih cantik.

Cuma kekurangan dia, dia tak pandai menguruskan rumahtangga sebab tu aku ceraikan dia.

Dia bekerja sebagai guru, selepas habis kerja dia akan masak untuk aku. Aku balik je kerja bekas isteri aku masak macam2 jenis lauk.

Dan aku yang dulu, amatlah bodoh sekali. Aku marah-marah dia sebab dapur tak bersih, rumah tak kemas, laundry tak buat. Syarat aku laundry perlu buat hari-hari.

Alasan dia, dia penat bekerja dan rumah tiada balcony jdi kena tunggu weekend sebab nak kan cahaya pagi. Aku rasa dia malas dan beralasan.

Aku juga seringkali memukul Mawar. Ini adalah penyebab dia jadi retaliate. Pernah sekali aku pukul dia sebab dia diam dengan mak aku. Bagi aku itu sangat biadap. Dia kata dia diam sebab tak dengar mak aku cakap apa.

Sekarang ni lepas aku stalk facebook and instagramnya, aku tengok hidup dia dengan suami baru sangat bahagia. Mereka ada anak perempuan yang sangat2 comel dan lincah.

Aku doakannya dari jauh, biarlah kau bukan lagi isteriku Mawar tapi kau sentiasa menjadi dambaan hatiku. Aku rasa malu stalk bini orang tapi aku saja nak tengok life dia kan.

Pernah suatu haritu, Mawar tulis, ‘Bahagianya apabila suami menghargai diri, tak pernah dicintai sedemikian rupa… TQ husband’.

Aku baca tu aku jadi sedih sebab aku realise yang memang aku jarang zahirkan rasa sayangku dulu.

Aku tengok lagi latest update dia, dia tulis ‘TQ for always helping me in the kitchen!’… Suami baru dia sangat sayang dia, that’s for sure. Something yang aku boleh belajar untuk marriage aku nanti.

Salah satu dosa terbesar aku kat Mawar ialah aku sangat pentingkan perasaan ibuku. Apa sahaja kata2 ibuku itu betul, aku selalu maki dan hambur dia dengan kata-kata kesat.

Sekarang aku tengok dia rapat betul dgn MIL barunya, mungkin betul mak aku yang terlampau negative terhadap dirinya.

Mawar pernah cakap dekat aku dulu, mungkin betul kata-katanya. Dan mungkin aku telah doomed dengan sumpahan Mawar.

Dia cakap dalam nada yang tenang, ‘For me to find one who loves me more than you, it’s gonna be easy… But for you to find one who loves me as much as i love you, I don’t think so.’

Mungkin betul kata-katanya, aku susah click dengan mana-mana perempuan yang aku berkenalan.

Pernah sekali aku cakap kat perempuan tu, ‘i’m so sorry, the ghost of my ex wife stil haunts me!’….

Bermaksud aku memang masih lagi belum totally move on from her, mungkin her happy go luck nature that attracts me to her or her natural beauty. She can just not wearing any makeup but looks perfectly fine. That’s her

Perempuan2 yang aku jumpa ni. Dalam gambar cantik sebab filter tapi kat luar penuh dengan flaw especially on their skin. Susah betul nak cari yang macam bekas isteri aku ni. Haha. Mesti korang akan kutuk aku kan.

Untuk Mawar, abang tahu Mawar suka baca page ni. Abang minta maaf atas segala dosa-dosa abang yang silam.

We may not be together anymore, but i always pray that you are happy with ur new life. May our future always be blessed with God’s grace. Aamiin.

– Pungguk (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Sudah jodoh tiada, kena redha. Lupakan yang silam, ambil tauladan. Betulkan diri sendiri, hubungan dengan Tuhan terutamanya, yakinlah bahagia itu ada nanti. Anda kejar bayang-bayang silam sehingga ada niat membunuh diri sehingga lupa bahawa Allah SWT itu tuhan dan Nabi Muhammad SAW itu junjungan waima asbab ibu bapa anda, anda masih kekal berjuang di dunia fana ini….
    Carilah ilmu semoga tidak sesat di penghujung kematian, yang pastinya abadi di akhirat nanti. BERUBAHLAH KEPADA KEBAIKAN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *