Boikot? Perhimpunan? Tapi Mana Asas?

Pertama kali menulis di ruangan ini, saya takmau panjang lebar cuma nak berkongsi.

Isu Palestin dan zionis merupakan ujian dan rahmat kepada seluruh umat manusia.

Alhamdulillah kali ni satu dunia mulai boikot semua barangan zionist laknatullah. Saham-saham mereka jatuh! Subhanallah. World wide ye..

Selama ni kita(Malaysia) je pulun beria-ia untuk boikot tapi takda kesan pun.

Berkat keluasan jaringan internet yang berada di seluruh dunia, ramai yang terbuka hati dan mata.

Sepanjang tempoh 2 minggu ini, begitu ramai yang memilih memeluk Islam, mengkaji sejarah, menyebarkan maklumat yang benar dan sahih serta tidak lagi dimanipulasi oleh media. Alhamdulillah.

Bila boikot isu yang timbul ialah nak cari pengganti mana? Produk apa yang setanding? Mungkin tak banyak, tapi saya cuba membantu.

Milo – Mycoklat (sangat sedap, saya pernah beli time murah, nak repeat harga dah melambung. Sorry saya B40. Tapi harga dia lagi murah dari milo)

Starbucks – Rachiamo coffee/cafe (bumiputera walaupun nama mat saleh)

Mcd – Marrybrown (ramai juga peminat Marrybrown ni)

Nescafe – indocafe – ni banyak gila kalau nak suggest. Ambik yg jenama tempatan. Sedap juga.

Maggi – Cintan (kalau peminat perisa kari saya rasa ni paling best) Numee Gardenia (Yang ni perisa ayam dengan yang goreng sedap! Memang restok banyak selalu, susah jumpa)

Kalau saya list lagi takut tak habis pula apa yang saya nak sampaikan. Nanti saya kaji bagi list penuh untuk ganti produk-produk ni.

Saya nak kongsikan juga, negara yang keluarkan produk yang kita boikot ni, telah mengeluarkan satu kenyataan bahawasanya

“Mereka hanya memboikot seketika. Kemudian mereka akan kembali membeli. Seperti anjing kembali kepada tuannya”

Saya nak sampaikan apa kat sini?

Boikot lah seumur hidup. Buatlah Research and Development produk-produk yang diboikot ni, kita bawa keluar jenama tempatan. Jaga kualiti, dah maju sikit, kita eksport pula.

Alhamdulillah, perhimpunan untuk membantah kekejaman zionist terhadap rakyat Palestin sangat hebat di seluruh dunia.

Saya nampak perhimpunan untuk zionis tu juga tapi amatlah sedikit nak berbanding perhimpunan membebaskan Palestin.

Kembali kepada tajuk, saya tak ulas lagi, Tapi Mana Asas? Saya teruja sebab tak pernah lagi Palestin mendapat sokongan yang hebat dari seluruh dunia.

Tapi, sebagai orang islam sebenarnya kita juga kena bersedia. Maaf kalau sambungan seterusnya membuatkan pembaca terkilan.

Kempen subuh berjemaah di surau dan masjid masih sepi. Tapi nak jadi sebahagian daripada tentera Imam Mahdi macam mana?

Solat Jumaat dilengah-lengahkan, khutbah langsung tak dengar. Tapi nak jadi sebahagian daripada umat akhir zaman yang dimuliakan Allah macam mana?

Tahajjud tu, ramai-ramai ratanya tau, perumpamaan “anak panah yang tepat kena sasaran”. Tahajjud ni power bila? 1/3 malam. Tapi berapa ramai yang masih lena di buai mimpi?

Ada yang bangun doakan seluruh rakyat Palestin? Yang doakan zionis dikalahkan dengan teruk? Jika ya, Alhamdulillah. Jika tidak, Innalillah.

Saya minta maaf. Saya tak kata saya ni baik. Tapi alangkah ruginya bila kita sedar kita di akhir zaman namun masih takda perubahan rohani.

Kita ni lagi dekat dengan kiamat patut lagi kuat amalan kita, lagi kuat iman kita. Bukan hanya laungan takbir di perhimpunan.

Kita nak jadi sekuat anak-anak Palestin. Mungkin mereka menangis. Mungkin ada yang mengharapkan Allah ambil nyawa mereka supaya tidak lagi kelaparan. Tapi mereka tidak pernah takut untuk syahid di jalan Allah.

Kita? Berperang dengan selimut pun gagal teruk. Maluuuuu.

Saya harap apa yang saya kongsikan ni, dapat membuka pintu hati untuk sedarkan iman yang sedang lena. Saya tak baik tapi saya juga seorang pejuang untuk jadi lebih baik.

Isu ni bukan hanya ujian buat penduduk Palestin tetapi juga rahmat untuk hati-hati kita, iman-iman kita kembali subur, Insyaallah.

Lagi satu tambahan yang tiada kena mengena dengan tajuk. Hangpa kalau nak ikuti perkembangan terkini dedua belah pihak Hamas dan Israel.

Pertama sekali download Telegram @ Twitter.

Langkah no 2 follow Irfan_Newboys News.

Takyah tunggu dekat FB buang masa!

– Juga Seorang Pejuang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *