Kita Merancang II

Untuk part I, (https://iiumc.com/kita-merancang-2/).

Salam hi readers IIUM Confessions,

Alhamdulillah terima kasih akak-akak yang sudi berikan banyak suntikan kata-kata semangat kepadaku,

Dan yang membuat aku terhibur bila ada yang tertanya-tanya aku asal mana? Kenapa ke Malaya? Aku bukan orang Malaysia ka? Comel je.. Takpe aku memang nak korang jadi overthinking.

Ada yang kata aku buat keputusan yang bijak. Terima kasih aku ucapkan.

Sebenarnya sebelum keputusan itu aku buat, terlalu banyak faktor lain yang perlu aku pertimbangkan kerana dimata keluarga, kami berdua adalah pasangan yang bahagia dan tidak pernah menunjukkan apa-apa tanda untuk berpisah. 

Parents aku pulak suka dengan bekas suami. Family bekas suami pulak sangat baik dengan aku.

Sebab itu ramai yang terkejut bila aku tiba-tiba berbuat demikian. Meraung, menangis, menyalahkan diri sendiri, tertekan, hilang selera makan, dan tidak mahu jumpa orang itu semua hampir seminggu straight aku dah hadap. Perit kan?

Soal jodoh? Ramai yang mendoakan. Terima kasih ya. Percaya atau tidak, setakat ini sudah empat orang yang datang melamarku baik melalui orang tengah mahupun melalui mesej dan alhamdulillah semuanya aku berjaya tolak secara baik-baik.

Bukan sebab aku rasa aku cantik, lawa, atau meninggi diri, tapi sebab aku jujur aku belum ‘move on’ dan sukar untuk aku lupakan. Bodoh bukan?

Trauma aku. Aku tengok lelaki hensem pun aku tiada perasaan. Terasa sudah mati jiwaku dan kosong pandanganku. ‘Healing’ tiap minggu ditepi pantai Port Dickson pun belum tentu betul-betul menyembuhkan.

Sewa ‘inflatable sofa’ sendiri-sendiri, pacak dimana-mana, baring ditengah-tengah lautan manusia, dan tengok sunset sambil membandingkan sunset di Tanjung Aru dan Port Dickson pun terasa masih kosong. Apa ya mauku? Aku pun keliru. Sandi kan?

Bekas suami? Percaya atau tidak dia masih dengan rasa bersalahnya. Setiap minggu tanpa gagal, dia pasti akan menghantar mesej bertanya khabar atau ‘videocall’ tanpa sebab. Kadang aku tidak reply. Aku seen je, aku tak angkat dan biarkan saja.

Pernah sekali dia tanya, “Macam mana kalau kita kahwin lagi? Kalini aku janji aku akan buat yang terbaik” katanyalah. 

Tapi macam biasa, aku seen je semua fantasi merepeknya. Kalau reply pun, hantar sticker je. Lucu bukan?

Nak ambik hati aku balik sudah terlambat walaupun effortnya ada. Bank in duit belanja, hantar bouquet kerumah dikampung masa birthday, dan belikan kasut running asics warna kegemaranku. Semua aku bagi adikku. Sia-sia je kan?

Buat masa sekarang aku fokus dengan diriku. Aktiviti berlari menjadi terapi.

Bayangkan dari semput nak berlari sejauh 1km sehinggalah aku boleh berlari non-stop 5 km dalam masa 30 minit. Hebat bukan? Tapi penat berlari itulah yang boleh buat aku senang tidur malam.

Alhamdulillah, seronok dapat meluah dekat sini sebab even mak aku pun tak pernah tau aku sekoyak ini sejak peristiwa yang lalu. Teruk anaknya ni kan?

Sekian..

– Latipa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *