Kedegilan Mereka Pelaburan Kami

Saya tidak kisah pun jika kalian tidak mahu boikot gaya hidup tak sihat.

Kerana walaupun perkara itu tidak memberi manfaat pun untuk masa mendatang kalian.

Tapi ia memberi manfaat kepada kami jurutera yang bekerja dekat syarikat pengeluar peranti dan peralatan perubatan.

Contoh cara gaya hidup yang perlu kita boikot.

1. Makan kalori dan lemak berlebihan.

2. Meletakkan tahap kalori dalam minuman berdasarkan manis dan tawar.

3. Suka mengejar makanan dan minuman viral.

4. Suka makan makanan proses.

5. Tidak suka makan sayur dan buah – buahan.

6. Makan bernafsukan syaitan.

7. Hisap vape dan rokok.

8. Hidup seperti lembu kenyang.

9. Tak pernah nak jalani pemeriksaan kesihatan.

Sebab sepanjang saya bekerja dekat syarikat pengeluar peranti dan peralatan perubatan sebagai jurutera bioperubatan.

Banyak yang telah kami bangunkan produk untuk membantu dalam meningkatkan kesihatan sejagat.

Terutamanya produk seperti colonoscopy camera machine, colonic stent, balloon colonplasty, insulin pen, insulin pump machine, coronary stent, coronary guidewires, balloon angioplasty, portable hemodialysis machine dan automated peritoneal dialysis machine.

Ini kerana bila ramai masyarakat kita tiada kesedaran untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan tak pernah untuk jalani pemeriksaan kesihatan.

Hal itu menyebabkan ramai orang kita hidap pelbagai penyakit kronik tanpa sedar dan mereka sedar bila penyakit yang mereka hidap sudah di peringkat akhir.

Syarikat pengeluar peranti dan peralatan perubatan banyak datang dari negara yang menyokong Israel.

Berbaloikah akibat diri yang tiada kesedaran dalam mengamalkan gaya hidup sihat.

Telah menyebabkan permintaan terhadap produk seperti anesthesia care, surgical care, diabetes care, vascular care, renal care, blood care, cancer care dan colon care sentiasa tinggi.

Sedangkan produk itu dibangunkan oleh syarikat yang menyokong Israel.

Saban tahun berlakunya peningkatan jumlah pesakit end stage renal failure, cardiovascular disease dan colorectal cancer.

Semuanya daripada sikap kita dah la tidak mengamalkan gaya hidup sihat.

Untuk buat pemeriksaan kesihatan pun payah walaupun hanya perlu bayar seringgit. Yang untungnya syarikat pengeluar peranti dan peralatan perubatan.

Terima kasih kerana sentiasa memberi pelaburan untuk kami supaya sentiasa meningkatkan pengeluaran produk.

– Khairul (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *