Untuk part I, (https://iiumc.com/gadis-in-delulu/).
Welcome to my Delulu World. Marilah kita berdelululu bersama-sama. Koranggg. Komen korang cute lah. Ramai mintak sambung ya.
Ada yang kata sekejap je ni crush, nanti boleh move on. Biasalah sebab tak pernah kena layan dengan gentleman macam tu. SETUJU. SEMUANYA AKU SETUJU.
Betullah tu. Kan aku dah cakap, akulah insan yang lemah itu. Jadi janganlah marah atau perlekehkan aku. Bukan aku yang mintak dekat Allah, “Tolonglah hadirkan rasa suka dan sayang dalam hati ini pada Stanley”. Tidak ada ya tuan dan puan.
Ada yang cakap part penting yang kena ingat tu, untuk part yang mana. Part tu, untuk meja kosong tu sebelah aku tu. Haa cuba baca balik, mesti faham. Kalau tak faham jugak, takpa. Ignore je. Minta maaf ya sebab mengelirukan.
Pada yang suruh aku tarik handbreak tu, ya dah tarik dah ni. Tapi jalan ni ada ais, tetap meluncur ke depan sedikit sebanyak HAHA Takpa-takpa you guys. Jangan risau.
Of course lah aku takkan layan sangat perasaan aku ni. Just for fun. Aku okay je. I still can control the situation… (Duduk tepi penjuru dinding, peluk lutut)
Oh, aku ada best friend tau. Kita panggil dia B sebab untuk Best Friend. B tahu segala yang berlaku sebab aku memang cerita dekat dia. B ni pun boleh tahan jugak perangai. Dia lagi support delulu aku ya.
“Ala Intan. Apa salahnya? Kan best datang kerja, hati berbunga-bunga. Hidup rasa indah. Sementara masih ada ni, enjoy je,” dasar sahabat. Bukan nak tarik kawan dia keluar dari gaung, lagi dia korek gaung tu adalah.
So kisah aku dengan Stanley ni memang naik turun ya. B ni jelah setia mendengar. Sekejap aku cakap nak move on. Sekejap aku fan girling. Nanti nak move on balik. Begitulah kitarannya haha. Tetapi dia setia menyokong aku.
Namun sejak dah kantoi dengan Stanley, tu yang jadi azam November tu. Kali ni para pembaca, I promise. Aku akan beri sepenuh kudrat untuk melawan ya. Aku akan pastikan hujung November ni.
Dengan bangganya aku boleh kata, aku berjaya ignore dia dan tak ada rasa rindu pun. Haaa tinggikan angan-angan. Tinggi – tinggi gunung Kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu. Eh, ter menyanyi pulak. Tiberr~
Aku rasa detik pertama yang start buat aku delulu adalah ketika baru sahaja habis site visit. Pulang saja ke office, aku pun mencatat rumusan site visit tadi.
Kemudian aku send ke dalam Whatsapp Group. Sengaja aku mengambil inisiatif itu supaya semua pihak dapat revise balik point2 yang telah dibincangkan. Nanti, kalau ingin rujuk kembali pun senang kan?
Lepas tu, korang tau kan dalam whatsapp, kita boleh assign emoji dekat message orang. OH. MY. GOD. Stanley kan…. Dia letak emoji dekat rumusan aku tu weh. AAAAHHHHH What?!Whyyyy???
Cepat, korang kena jerit jugak sama-sama dengan aku. Hahaha Kenapa ya dalam banyak banyak emoji, dia pilih love. Kan ada thumbs up, bintang tu semua. Dahlah ni group whatsapp, semua orang nampak. Huhu omg, staph it heeeee.
Maka bermula lah episod satu drama Girl in Delulu aku terbitan TV3. Slot pukul 2:30 petang. Kah Kah. Lepas tu dia puji lah aku. Best jugaklah, sebab boss puji kan. Hehehe.
Pastu an, selang sebulan. Aku baru je habis discussion dengan dia. Then, dia cakaplah, “Intan, please send me the link ya. Thanks!” Aku pun cakaplah okay. Dan berlalu ke meja aku. Setelah send link tu pada dia. Sekali lagi ya geng. Dia bagi love emoji tu.
Ya Allah, tak kuat hati ni. Dahlah ni mesej personal tau. Why though? Whyyy? So, memang patutlah kan aku delulu. Korang nak suruh aku husnuzon macam mana lagi? Tak kuat dah hahaha
Dengan staff perempuan lain, so far dah 9 bulan kat sini, tak pernah lagi dapat emoji tu. Asyik-asyik thumbs up je. Tapi berita tak bestnya geng, itulah kali terakhir aku dapat emoji tu. So, yeah finee. FINEEE. Stanley saje jelah tu. Tak ada niat apa pun. Aku sedar diri dulu sebelum dikecam.
Another thing is yang aku nak share dengan korang. Bila aku fikir balik kan, yang buat aku terjebak dalam dunia delulu ni bukan salah aku tau 100 peratus. Dia pun bersalah. Aku perasan kalau setiap kali meeting. Bila dah habis point discussion, dia mesti akan panjangkan apa conclusion dia tu.
Padahal kan, aku dah tutup buku dengan laptop. Nak blah dah ni(Crush ke tak crush ke tu belakang citer, tapi kalau meeting, tetap nak habis cepat haha). Tapi dia yang tak berhenti cakap. Itu yang jadi panjang meleret-leret. Aku rasa mungkinlah dia selesa dengan aku.
Since aku ni such a good listener, mudah je dia nak cerita apa-apa dekat aku. Aku tanya sikit je, haaa nanti dia cerita. Pot pet pot pet. Staff office aku yang lain pun suka bercerita dengan aku. Akulah insan yang akan go, “Fahaammmm..” Sambil angguk-angguk. Haha.
Ada satu meeting tu kan, aku rasa dia boleh reply sendiri je tau soalan-soalan aku. Tapi dia insist on having discussion. So aku pun macam, oh okaylah kan.
Dalam meeting tu, dia duduk sebelah aku kan. Pastu kitaorang go through satu persatu soalan aku. And dia jawab soalan tu depan mata aku (tulis kat comment under question aku).
Benda simple je, tapi macam sengaja je tau nak jumpa. *Intan kemudian menggedik macam sotong ketika taip ini* But of course lah, aku enjoy every minute. Sebab kitaorang memang gelak ketawa. Sebab sama-sama confused menjawab soalan. Haha.
Masa tu, memang indah sangat. Nak lama-lama je dalam tu. But boleh jadi, dia nak aku terang kan soalan tu dekat dia kan. So tak payah nak fikir bukan-bukan sangat lah intan keh keh keh
Oh aku dapat tau, daripada boss yang lain, okay kita panggil dia En Badrul (Lewat 40-an, dah kahwin) yang si Stanley ni dah lama single. Diaorang start company ni before pandemic.
So, dia busy bangunkan syarikat bersama-sama. En.Badrul tu, sampai ada ketika dia ejek Stanley kunyit sebab tak ada girlfriend lama sangat. Alahai, kesian Stanley. Tapi Stanley pun memang a busy man. Hepon dia berdering setiap 30 minit. Meeting sana sini. Sabtu pun kadang-kadang kerja.
Kadang2 dia reply message aku pukul 6:30 pagi, kau rasa dia bangun pukul berapa? So actually, girlfriend dia adalah kerja dia HAHA okay sorry Stanley. Terkutuk pulak.
Okay next story, ada satu discussion ni kitaorang bincang hasil kerja aku dekat Excel. Lepas tu, dia point out lah kesalahan aku. Pastu aku pun spontan lah cakap, “Oh yeah.. I didn’t realise that. Sorry”. Sambil tu aku betulkan on the spot.
Pastu dia balas lah,” No.. It’s okay. It’s okay,” dengan nada memujuk tu. Tanpa aku sedar, aku tercakap “How can I missed this? I’m so stupid,”. Slow je aku cakap.
Actually, biasalah bila kita buat kerja lepas tu ada salah, kita akan cakap sendiri kan. Macam eh apalah Intan, tu pun tak nampak. Haa macam tulah
Tapi spontan aku tercakap instead of bisik dalam hati. Walaupun nada aku perlahan, Stanley boleh dengar walaupun dia tengah pandang laptop dia. Cepat-cepat dia geleng kepala. “No..No..Don’t say that.. No..,” masih lagi tak berhenti geleng.
Pernah tengok tak budak 5 tahun tak nak makan ubat, pastu dia geleng-gelengkan kepala. Ha macam tulah gaya Stanley. Cute gila. Dahlah suara dia tu lembut. Cair aku kat situ. Macam adorable sangat Stanley ni.
Ni my theory lah, since dia pun dah lama single. And bila dia perasan minah kat office dia ni asyik usha je dia. Mestilah macam rasa, wuu ada orang suka aku. Asyik busy kerja, best jugak ada secret admirer ni.
Tiba-tiba rasa diri ni macam hensem. Yelah, sebab ada orang suka. Tengok tu, pandang lagi aku. Hmm, la la la la~
Faham tak point of view stanley ni? Kalau aku jadi dia pun, aku buat benda yang sama. Oh by the way, dia sekarang dah tak duduk semeja dengan aku tau. Dia duduk belakang. Sebab ada pekerja baru masuk.
So tenanglah sikit aku nak buat kerja. Kalau tak, asyik nak control ayu je kan. Payah jugak. Sebab tulah aku cakap dia menayang diri, sebab seat dia kat belakang. Yang dia lalu lalang depan aku tu kenapa. Pastu, nak menyanyi2 kecil.
Okay, back to the story. So basically, depan meja kitaorang ni ada bilik. So bilik tu ada tingkap. Kat tingkap besar ni boleh nampak reflection. So walaupun Stanley ni duduk belakang aku, aku boleh je intai tengok dia dekat reflection tingkap tu. Walaupun tak lah berapa jelas, okaylah tu.
So one day, aku tengah buat kerja kan, pastu aku perasan ada tak kenalah dengan kerja aku. Jadi kena tanya Stanley lah. So aku jenguklah kat tingkap tu nak tengok dia tengah buat apa kan.
Eh, dia pandang monitor aku ke tu. Aku pun kecilkan mata nak tengok betul-betul. Haah, dia tengah pandang ke arah aku. So, aku pusinglah kerusi dan pandang dia.
Memang mata dia tengah pandang ke arah aku. So, muka dia terkejut ya bila aku tiba-tiba pusing. Hahaha. Macam bila kau renung seseorang, sekali orang tu terpandang kau. Haa macam tulah dia. Puas jugaklah hati aku sebab sebelum ni asyik aku je kantoi. Ni giliran dia pulak.
Hmm, panjang ke cerita ni. Nak tambah lagi boleh tak? Korang jangan lari tau. Sikit je lagi nak habis.
Cakap pasal pandang-pandang. Ia mengingatkan aku pasal satu peristiwa ni. Waktu tu, aku tengah dalam meeting dengan Stanley and S (Shy cat). Kitaorang tengah berdiskusi membincangkan isu besar.
Untuk pengetahuan korang, aku bila masuk meeting, professionalism button terus ON. As we all should kan. So, waktu tu masing-masing sedang menulis nota di laptop masing-masing lah.
“Okay, our next issue is quite severe. As in last week.., ” aku pandang dia and sedar dia tak pandang skrin projektor tu. Sekarang ni, aku tengah mood serius tau.
Jadi, aku perlukan perhatian dia. Aku tak nak explain benda dua kali. Walaupun dia menganggukkan kepala, tapi aku tahu dia tak fokus.
“Stanley.” Panggil aku tegas.
“Look at me,” sambung aku. Stanley pun mengangkat matanya memandang tepat ke ke mata aku. Kemudian, bestie… Dia senyum tau. Tapi senyuman dia, sumpah vibe dia lain gila.
Before this, if dia senyum, nampak gigi. Looks cute. Yang ni, dia senyum sebelah macam smirk yang nakal tau. Lepas tu, dia pun terus duduk tegak dan tundukkan skrin laptop dia.
“Hmm?” Stanley masih tak membuka mulut yang masih konsistent tersenyum. Keningnya terangkat sedikit. Tapi matanya mengisyaratkan aku untuk terus bercakap. Aku? Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. MENYESAL. MENYESAL.
Haa sekarang ni, apa aku nak cakap? Aku dah jadi tak keruan dah ni. Tapi aku try kawal lah kan. Walaupun dalam otak aku ni, dah huru hara kan.
“Uhh.., Yes,” aku tersenyum sambil memandang laptop cuba mencari kekuatan yang ada. Telan air liur sat. Fokus Intan, keep it together. Kemudian, aku memandang kembali skrin projektor dan terus membentangkan isu itu dengan jaya nya.
Haa, bila teringat balik, mesti aku akan senyum sorang-sorang. Sebab aku tak pernah nampak dia senyum macam tu. Lain weh senyuman tu, cuma aku tak dapat pin point je apa maksud senyuman tu.
Anyway, don’t worry geng. Of course, aku akan revenge balik kan. Kemon lah, ini Intan kan. Selang beberapa hari kemudian, Stanley datang ke meja aku. “Intan,” panggil Stanley. Aku pun memandang dia. “Hmm? “. Mata aku memang membulat pandang dia lah kan.
Lepastu dia cakaplah, “I need your help to.. uhh..,” dia mengerutkan keningnya cuba untuk mengingati. Aku pun mengangkat kening sambil tersenyum. Tak break eye contact ni. Lepas tu, Stanley ketawa kecil sambil bercekak pinggang.
“Hmm, apa dia? Lupa dah ke?” Sengaja aku usik dia. Lepas tu, giliran Stanley pulak kelam kabut. “Err.. Wait ah, I lupa,” Kemudian, dia menutup mata dan mengurut keningnya. Aku pun ketawa besar kat situ. Dia pun macam flustered sambil tersengih. MUAHAHAHA Barulah Intan puas.
Baiklah anak-anak semua. Kumpulkan segala sel sel otak anda. Cikgu nak brainstorm. Penutup cerita ni adalah soalan kepada kalian yang membaca terutamanya lelaki lah. Apa pendapat korang? Kalau korang tahu ada perempuan suka korang, korang buat macam Stanley ni ke?
Menayang diri, menyanyi kecil bila berduaan, ketawa dengan lawak bodoh je. Aku tahu mesti ada antara korang yang macam, cakap jelah dengan dia.
Kalau tak, tak tahu. Tapi mati hidup balik pun aku takkan buat nyah. Gila ke apa. Dia boss tau. So kita kena remain professional. Nanti awkward kan.
Takpalah, kita teruskan jelah azam November. Apa-apa aku roger korang okay?
Sorry tau kalau cerita aku panjang sangat ke atau tak kurang best dari yang sebelum ni. Perjuangan harus diteruskan walaupun Delulu is the only Solulu! Take care, bestie. *Wink*
– Intan Delulu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sambung la lagi intan
sambung pls……..
Nnt update tau intan hihi
eyyy comel la , sambung la lagii