Aku Yang Bodoh

Hari ni aku rasa sangat trigger fikirkan kebodohan aku di masa silam. Aku dah 34 tahun. Masih bujang sebab trauma dengan perempuan tak hilang sampai sekarang.

Selama 34 tahun ni, 3 orang perempuan yang pernah aku cintai semuanya mengecewakan aku. Aku ni terlalu rapuh sampai mudah sangat perempuan game aku.

Yang paling teruk aku kena adalah yang last aku bercinta dengan perempuan pantai timur ni.

Hidup aku rosak, duit aku habis berpuluh K melayang kat dia termasuk duit faraid bapak aku. Sampai aku sakit teruk. Cuma tak sampai la tahap permanently duduk wad gila.

Sesekali aku akan masuk rumah kedua aku tu bila keadaan tak mampu dikawal.

Tapi aku tak salahkan perempuan tu, sebab aku yang bodoh, percaya yang perempuan tu akan kahwin dengan aku. Rupanya yang dia inginkan hanya duit aku saja.

Pepatah habis madu sepah dibuang bukan saja untuk perempuan, tapi untuk lelaki macam aku jugak. Habis duit simpanan aku, dia beralih ke lelaki lain. Dan dengan mudahnya dia buang aku.

Aku ketepikan ego dan harga diri sebagai lelaki. Aku menangis merayu dekat dia supaya berkahwin. Kerana aku sangat mencintai dia.

Aku berjanji akan bahagiakan dia. Tapi cinta aku tiada nilai di mata dia. Kebahagiaan yang dia inginkan adalah kehidupan mewah yang berkekalan, bukan cinta semata-mata.

Lalu lelaki yang mempunyai perniagaan sendiri menjadi pilihan hati dia untuk dibuat suami.

Manakan sama aku yang kuli biasa bergaji 3 ribu untuk dibandingkan dengan lelaki yang berpendapatan 30 ribu. Lelaki sentiasa tewas dalam cinta bila berkaitan duit.

Aku tewas pada lelaki itu. Aku tewas untuk raih cinta aku dari dia. Namun, siapalah aku untuk melawan ketentuan ilahi dan menentang jodoh yang allah tulis untuk dia.

Aku tak mampu redha atau sabar dengan ujian ini, kerana aku manusia yang sangat lemah.

Saban masa aku menangis bertanya pada allah, apa salah aku. Kenapa allah temukan aku dengan orang-orang macam ni.

Setiap saat aku menyalahkan allah dan takdir atas apa yang berlaku pada aku hari ini. Aku hilang segala-galanya dalam hidup seolah-olah tak mampu untuk bangkit semula.

Tiba-tiba hati aku teringat pada perempuan-perempuan yang hilang dara hilang maruah pada lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Aku sekurang-kurangnya hilang duit, dan kerja ja. Orang kata duit kerja masih boleh di cari. Jiwa aku yang dah mental masih boleh dirawat.

Tapi untuk wanita yang dah hilang harga diri, pasti kalian lebih sakit berbanding aku kan. Apa yang kalian hilang itu tak akan kembali sampai bila-bila pun.

Aku lupa bersyukur, aku lupa allah suruh melihat ujian orang lain kalau ingin bersyukur.

Aku menyalahkan takdir, sedangkan kanak-kanak yang tak tahu apa jugak diperkosa. Apa alasan yang harus kita beri pada kanak-kanak yang suci itu.

Aku minta maaf sebagai seorang lelaki atas perbuatan lelaki-lelaki lain yang tidak bertanggungjawab terhadap kalian kaum hawa.

Aku rasa malu sebagai lelaki, sebab pasti perempuan-perempuan itu merayu jugak pada lelaki tersebut supaya mengahwini mereka.

Pasti perempuan-perempuan itu pun menangis merintih supaya selamatkan kehidupan mereka. Sebagaimana aku menangis merayu pada perempuan itu.

Tapi mereka jugak dibuang bagaikan sampah setelah madu habis ditarah. Pasti trauma yang perempuan alami lebih dahsyat dari apa yang aku sedang alami.

Ada yang sampai bunuh diri, ada yang terpaksa buang anak, ada yang sampai terpaksa dibuang keluarga kerana mengandung, dan ada jugak sampai terpaksa memilih jalan untuk menjual diri hanya kerana sesuap nasi.

Betapa dasyatnya kesan yang seorang wanita terpaksa tanggung akibat perbuatan dari seorang lelaki.

Wahai lelaki, jangan la jadi perosak. Kasihani kaum wanita.

Jangan mudah terbuai pada hasutan syaitan dan nafsu. Padah kesannya satu hari nanti.

Pada kaum wanita, janganlah terlampau mudah percaya pada lelaki.

Takutlah kamu akan kehilangan maruah dari takut hilangnya seorang lelaki. Jagalah maruah kalian dari menjaga hati seorang lelaki kerana lelaki boleh dicari, tapi maruah hilang tiada berganti.

Jangan la hidup dalam penyesalan akibat kesilapan sendiri sebagai mana aku hidup hari ini. Kerana peritnya mengantui kita setiap masa.

– Amir (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *