Assalamualaikum.. Hai warga IIUM Confession. Nama aku Ara, berumur 29 tahun dan merupakan single mom anak sorang.
Kali ini aku nak bercerita mengenai officemate lelaki di tempat kerja aku nama Adam (nama samaran). Aku bekerja sebagai kerani di syarikat swasta hampir 4 tahun.
Meh aku cerita sedikit, aku ni boleh diketegorikan perempuan yang badan berisi,
Berat sebelum ni hampir mencecah 100kg jugak tapi sekarang dah turun sikit jela dalam 90kg hasil diet baru dalam 6 bulan dan akan meneruskan diet secara sihat.
Aku mula kerja tahun 2020 lepas pkp first sekali tu. Dalam office aku bekerja lebih kurang ada dalam 9 orang.
Adam ni dari aku mula bekerja sampai la sekarang dia selalu mengusik dan perli pasal fizikal badan aku. Aku tak tau la benda ni normal atau tak kalau kena pada orang lain.
Aku ni jenis tiap-tiap hari akan sarapan di office sebab lepas hantar anak aku pi tadika aku akan terus pergi office jadi dapatla rilex breakfast sambil layan drama korea sementara pukul 9 pagi.
Adam ni pula orang pertama yang selalu akan sampai office, dia ni bujang jadi nya memang selalu dia akan sampai office dalam pukul 8 dan aku orang kedua yang datang awal.
Jadi waktu pagi selalunya hanya aku dengan Adam dalam office yang datang awal.
Setiap kali dia nampak aku nak makan breakfast nasi lemak atau apa saja mesti Adam akan datang ke meja aku dan cakap “oishh cukup ke ni nasi sebungkus”.
Bila aku beli dua bungkus sebab nasi tu kecik je dia cakap “oishh banyaknya makan, patutla tak kurus-kurus”.
Bila aku bawak bekal makanan sihat Adam akan cakap “makanan sihat dah tapi badan sama je”.
Kadang bila aku lunch dekat pantry bawak bekal mesti Adam akan datang duduk depan aku lepas tu perati aku tengah makan sambil senyum2 macam kerang busuk.
Sampai aku rasa hilang mood nak makan setiap kali Adam datang kacau aku. Rimas aku sampai tak tahu nak cakap dah sebab geram sangat.
Staff perempuan lain pun ada juga yang makan dalam office tapi tak ada plak si Adam ni pergi kacau.
Aku tak pernah balas setiap kali Adam perli atau mengusik aku sebab aku masih hormat Adam staff lama kat sini.
Selepas setahun aku kerja sini, keluarla perangai Adam sebenar suka perli2 pasal fizikal badan aku.
Ada masa aku tengah makan Adam datang ke meja aku dan tunjuk video kartun yang pipi-pipi tembam atau badan berisi macam aku pastu Adam akan cakap,
“Pipi ni macam Ara la tembam2, geram ja rasa nak picit-picit pipi tu” gurau je Adam cakap.
Aku pula dalam hati dah keluar perkataan2 nak maki, maaf cakap.
Sekarang setiap kali aku nak makan aku akan duduk dalam pantry dan kunci pintu tak bagi Adam masuk.
Mungkin bagi Adam sekadar gurauan tapi bagi aku seorang perempuan seolah satu penghinaan bagi aku hanya kerana dalam office aku sorang ja perempuan yang badan berisi.
Aku berfikir serius sangat ke dalam hal ni? Ntahlaaa…
Nampak hal kecil tapi besar bagi aku sebab aku datang kerja untuk cari rezeki tapi ada pulak officemate macam Adam yang suka perli2 aku.
Disebabkan hal ni banyak kali aku nak berhenti kerja. Aku suka kerja aku sekarang sebab weekend cuti jadi banyak luang masa dengan anak aku.
Tu jela nak meluah. Aku tak tahu nak buat apa dengan si Adam.
Sekarang aku memang tak banyak bercakap dengan Adam atau jadi pendengar setia bila Adam bercerita macam dulu.
Aku lebih banyak mendiamkan diri dan buat kerja cuma bila satu pekerjaan tu memerlukan aku minta tolong Adam terpaksa la aku bercakap.
Adam seorang yang profesional dalam pekerjaan dia maklumlah dah hampir 10 tahun kerja sini. Cumanya mulut Adam tu tak ada tapis bila bercakap dengan aku.
Korang rasa aku je ke yang terlalu overthinking dengan gurauan si Adam ni?
Thanks baca luahan aku.. Bye2.
– Ara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Bukan overthinking pun.. he just dont know how to respect people… if him getting overboard…menjawab je die lama² pendam risau jadi barah
Itu sexual harassment, especially bila dia kata nak cubit pipi. Boleh report HR.
Sexual harassment tak semestinya melibatkan kata2 lucah atau sentuhan fizikal yang tak sepatutnya. Apa2 sahaja yang boleh membuatkan mangsa rasa tidak selesa adalah dikira sebagai sexual harassment.
Mengejek saiz badan orang lain adalah body shaming. It is unacceptable no matter what reason, especially in professional setting. No excuse.
Mungkin boleh cuba rakam apa yang dia cakap secara rahsia, untuk jadikan bukti. Saya pernah guna app Smart Recorder kat telefon android.
Aku faham perasaan org gemok, sebab aku pon gemok. Dan aku pon benci bila ada mulut puaka mcm tu. Makan sikit ckp cukup ke, makan byk ckp patutlah gemok, mkn sihat ckp kenyang ke. Semua benda xkena. Dlm kes kau ni kan, ke sebenarnya mamat ni suka kat kau. So dia ckp mcm tu sebab nak Tarik perhatian kau, buat modal untuk bercakap dgn kau. Kalau aku kat tempat kau, tetiba dia ckp dia suka kat aku, aku xterima kot. Sebab tak reti respect org. Aku benci org yg body shaming org lain. Eh tetiba aku pulak yg overthinking mamat tu suka kat kau.