Benci Ibu

Sudah hampir 5 tahun aku kahwin tapi ada sahaja tak kena kalau laki aku buat apa, ada sahaja kritikan ye.

Mula2 aku cuba positifkan sahaja, tapi lama2 jadi nampak sangat. Sampaikan adik2 aku pon ikut sama suka kritik apa yang laki aku buat.

Sampaikan aku nak luah kat dia yang aku penat sahaja, tiba2 dia sedih sebab aku dapat laki yang tak mampu bagi aku apa2. Aku macam kenapa ibu ni?

Aku luah ibu benci sangat ke dengan laki aku? Dia diam je tiba2 cakap laki aku kena tolong dia kutip sampah pampers anak.

Ibu aku jaga anak aku dua orang. Seorang anakku perempuan 3 tahun, dan anak keduaku lelaki 1 tahun.

Kadang aku cuba positifkan mungkin dia penat sebab jaga anak2 aku. Tapi kadang aku terfikir dia benci anakku juga ke?

Dari kecil aku, aku memang benci ibu aku sampai aku selalu doa supaya aku dapat duduk luar bila aku habis sekolah. Aku tak mahu duduk dengan ibu.

Aku memang derhaka, tak layak membenci ibu tapi hakikat aku terlalu benci.

Sampai aku kahwin, ada sahaja tak kena yang aku buat, termasuk laki aku. Aku risau kalau ibu turut membenci anak2 aku.

Untuk anakku yang pertama, aku dah nampak dah dia selalu kritik anakku gelak seperti orang gila, jenis mengada-ngada.

Adik2 aku pon selalu marah2 kan anakku yang pertama. Tapi aku diam sahaja, bila balik aku tegur anakku, tak perlu itu tak perlu buat apa yang mereka tak suka.

Aku perlu mengajar anakku, aku risau mereka benci anakku.

Sekarang aku perasan kalau ada yang tak kena aku buat, pasti ibu terus tak bercakap dengan aku.

Bila laki aku datang utk jemput aku dan anak2 di rumah ibu, ibu terus cepat2 masuk bilik supaya aku dengan laki aku tak perlu salam dia sebab kami nak balik.

Aku tak faham, apa salah aku. Takkan sebab aku tak bagi botakkan rambut anakku ibu marah menyepi.

Ibu orang ye warak selalu solat dan mengaji tetapi aku kadang jelik dengan apa dia buat pada aku.

Ibu solat dan mengaji tapi suka mengata orang lain ada saja yang tak kena di mata dia. Sebab bagi ibu, ibu saja yang baik.

Aku derhaka membenci ibu, aku cuba positifkan hari2 aku tanpa membenci ibu. Tapi perasaan benci tu kian hari menebal.

Aku doa setiap solatku doa ibu bapa tapi masih laki membenci. Aku tak kisah orang lain nak cakap aku ni apa, tapi aku kisah kalau ibu mengata aku dan keluarga kecilku.

– Siqlab (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *