Isteri Yang Sunyi

Hai semua. Aku seorang isteri. Ada sorang anak. Seorang suami. Tapi itulah. Seperti tajuk, aku adalah isteri yang sunyi. Kenapa sunyi? Jom aku ceritakan…

Pertama. Aku ada suami. Tapi suami jarang ada untuk aku. Suami hanya pada nama, title. Mungkin. Dia tak ada bukannya pergi mana pun. Sebab keje. Sebab telefon.

Bangun pagi tengok telefon dulu baru tengok aku. Siap-siap pergi keje. Aku pun siap nak g kerja. Anak anta pengasuh. Yang terkocoh pagi2 tu akulah.

Suami? Macam aku kata. Bangun, tengok fon, mandi siap g kerja, cau.

Dah balik keje. Kata nak rehat. Telefon lagi yang dia ngadap. Tengok cerita ke. Fb ke. Shopee ke apa ke.

Tv pula di buka untuk anak tengok kartun. Tapi tulah kadang anak bukan tengok tv pun, main sorang2.

Bapak? Dengan telefon lah. Anak tonggeng ke buat apa benda pun peduli apa. Kan dia tengah rehat. Katanya.

Kedua. Masa sakit. Aku sakit sorang aje. G klinik sendiri, makan ubat sendiri, makanan cari sendiri. Nak order online tak pandai. Jadi aku lah yang kena pandai2 sendiri.

Dia tak call ke? Tak. Sibuk katanya. Jadi begitulah. Sendiri. Sorang. Tu belum cerita bab nafkah kesihatan. Maleh nak cerita.

Ketiga. Masa susah. Dah nama pun semua pun sendiri kan. Ada duit ke tak ada duit ke semua pandai2 lah. Sedih? Mana ada dia peduli. Kan dah kata dia suami pada title aje.

Tapi pengalaman aku ni biasa2 aje. Aku tahu ramai kat luar sana yang macam aku. Suami ada tapi tak ada.

Nak buat macam mana. Dalam dunia ni suami je yang sibuk. Kerja banyak. Isteri ni g keje tak penat. Balik keje urus anak pun tak penat. Sebab isteri kan. Sapa suruh jadi isteri HAHAHA.

Tu cerita aku. Cumanya aku nak cakap aku sunyi. Tapi alhamdulillah setakat ni hati aku terjaga. Tak pernah lagilah niat nak curang ke cari jantan lain ke apa ke. Alhamdulillah untuk tu.

Aku cuma niat nak cerai aje. Yelah ada pun macam tak ada buat apa. Baik hidup sorang, tak ada beza kan, haha. Duit pun bukannya dapat.

Doakan aku supaya Allah bantu aku dalam menentukan hidup aku seterusnya. Maaflah orang sunyi kan memang menulis tak pandai. Sebab dah lama tak meluah.

Terima kasih korang sebab baca.

– Seorang Isteri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *