Asal bukan mengganggur

Seronok baca confession orang dekat sini. Terasa nak share juga tentang apa dalam fikiran aku ni. Thanks admin sebab pilih confession aku.

Aku lepasan universiti tempatan. Tapi tak de la fresh sangat sebab da 2 tahun aku tinggalkan universiti. Habis je belajar dengan berbekalkan sijil degree dalam bidang sains, aku mencari pekerjaan sama macam kos aku. Takkan la aku da habiskan 3 tahun belajar aku tak nak kerja dalam bidang tu kan. Tapi bila aku cari kebanyakkan nak yg ada pengalaman. Aku rasa ramai yg menghadapi masalah seperti ni. Aku cuba cari yg fresh graduate, ada tp jauh dari tempat aku tinggal. Ada yg kata, merantau la.. wey, nak merantau ke negeri orang banyak faktor yg nak dipertimbangkan. Lagi la tempat yg tak pernah pergi dan tak de kenalan siapa-siapa. Dan lagi la aku seorang perempuan. Kena juga fikir tempat tinggal, macam mana nak pergi tempat kerja, nak kena pula keluar duit untuk beli barang bila pindah rumah baru. Nama pun penganggur mana la ada duit kan. Maka pilihan untuk mencari kerja hanya terhad dekat kawasan yg mudah pergi dan dekat dengan rumah yg sedang diduduki. Bila kawasan pencarian pekerjaan agak kecil, maka peluang pun tak de la banyak sangat.. Maka aku biarkan waktu berlalu tapi dalam masa yg sama masih lagi mencari mana-mana syarikat yg mencari budak fresh graduate macam aku.
Dalam waktu mencari pekerjaan dalam kos aku, aku bekerja sebagai admin. Sebab aku fikir, daripada aku buang masa mencari benda yg tak pasti baik aku kerja apa je yg halal untuk aku survive. Umur da 20 lebih takkan nak minta mak ayah bagi duit belanja pula kan. Nak bayar loan study lagi.. Kadang-kadang tu stress la juga sebab aku rasa kecil je daripada orang lain. Bila tengok junior aku dulu pun kerja gempak, da pakai kereta. Tapi tu la kan, rezeki setiap manusia lain-lain. Ada tuhan bagi cepat, ada yg tuhan bagi lambat.

Suatu hari tu, aku dapat temuduga dalam kos yg aku nak. Sebab company tu tak kisah orang yg fresh grade. Aku harap sangat-sangat dapat. Masa interview tu orang tu cakap, aku da lama sangat tinggalkan belajar, sebab da lebih setahun kan.. Dia nak kalau boleh nak orang yg baru je habis belajar. Time tu aku macam sedar sesuatu. Apa la nasib orang yg macam aku ni? Lepas aku habis study tak de pun company yg open untuk fresh graduate. Ye la takkan setiap kali student convo je ada orang resign dekat setiap company kan. Bila ada company yg nak cari fresh graduate, mereka nak yg betul-betul fresh. Jadi aku yg tak de peluang dari dulu ni macam mana? Apa la salah terima aku. Dia tak Nampak ke walaupun aku da habis study 1 tahun lebih aku masih ada minat nak kerja macam kos aku. Sedih juga la.
Bila aku sedar tentang realiti tu, aku berfikir-fikir apa pilihan yg aku ada.

1) Aku nak totally give up dengan kos aku, maksud aku, tak payah da cari kerja macam kos aku. Kerja je dalam bidang lain
2) Aku cari kerja yg ada related macam kos aku, tapi tak kisah la kerja tu just perlukan SPM. Mula dari bawah la konon.
3) Aku teruskan je la jadi admin ni.

Korang rasa mana patut aku buat?

Aku selalu juga naik UBER. Jadi setiap kali aku gunakan servis UBER, aku suka tanya pemandu tu sama ada kerja ke tak. Ada seorang tu dia baru je lepas diberhentikan kerja. Tak silap company dia shut down. Dia ada degree dari oversea. Masa tu aku rasa, bersyukurnya aku biarpun aku gaji sikit tapi aku masih lagi ada kerja. Sedangkan dia ada degree dari oversea, pernah kerja sebagai engineer pun masih boleh kena buang. Bila ada kenalan aku kata nak berhenti kerja sebab kerja tu tak kena jiwa, aku rasa nak bagi kaki je. Lepas tu ada pula yg mengganggur bertahun-tahun tanpa cari kerja. Aku tak faham apa dalam fikiran mereka. Ekonomi sekarang bukan stabil sangat. Kos sara hidup pun makin meningkat. Duit tu kumpul sikit-sikit nanti dapat juga beli apa yg diingini. Last aku nak cakap, jangan malu nak kerja promoter ke, admin ke, cleaner ke, operator ke even ko ada diploma, degree, master, as long as kerja tu halal dan boleh bagi pendapatan sementara nak tunggu dapat pekerjaan idaman, kita kerja je la. Asal bukan mengganggur.

Da 2 tahun aku kerja sebagai admin. Alhamdulillah walaupun sikit tapi lepas la untuk survive setiap bulan.

– Admin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit