Mengejar Bintang Dari Kecil

Assalamualaikum para pembaca IIUM Confession. Aku dah baca IIUM Confession ni lama dari sekolah menengah sampai sekarang dah nak habis belajar dekat universiti. Aku selama ni baca sahaja confession tapi tak pernah hantar, tapi kali ni aku rasa nak menulis.

Ada tak dalam ahli keluarga yang korang rasa macam “wow” kira paling hebat dan menonjol dari kecik yang kau rasa besar nanti confirm berjaya. Aku ada sorang, iaitu akak aku sendiri.

Aku dulu dari kecik cita-cita berubah sekejap nak jadi ni, sekejap nak jadi itu dan akhirnya tak tetap dan aku yakin ramai menghadapi situasi sama macam aku. Dalam masa yang sama aku yakin ramai yang dari kecil istiqamah dah ada satu matlamat apa nak di capai.

Akak aku pun sama. Kau tahu akak aku dia dari sekolah rendah nak jadi opera singer. Jarak umur akak aku dan aku jauh dalam 7 tahun beza dia. Mak dan ayah aku ingat benda tu macam temporary sebab dia ternampak street opera show ni jadi macam tertarik.

Tapi tidak ye akak aku serious akhirnya mak aku try hantar sekali kelas belajar dan mahal ye tak silap aku diorang cerita dalam RM80/class.

Akak aku pun yang umur 9 tahun training belajar basic satu hari tu. Mak dengan ayah aku cakap diorang tak mampu jadi cuma dapat hantar kelas sekali itu sahaja.

Tapi akak aku dia macam tak nak give up, dia cari buku basic dari baca musical sheet terus membawa ke vocal training dia belajar sorang. Yang paling aku rasa macam payah iyalah breathing techniques macam mana nak kawal.

Dia pun masuk kelab muzik dekat sekolah rendah. Bila cikgu kelab tu tahu dia ada interest dengan opera cikgu tu pun kasi pinjam buku basic pasal music theory yang tebal tu suruh dia baca.

Akak aku pun makin hari tengok makin serious selama ni mak dan abah termasuk paku ingat sekejap je hilang, tapi bulan demi bulan, tahun demi tahun.

Akak aku tak give up dia still teruskan dia siap bagi tahu mak dan abah aku nak masuk sekolah menengah yang agak jauh sebab dekat sana ada kelas yang khas for vocal training.

Akak aku pun teruskan. Terus terang memang nampak bertapa significant akak aku punya training. Kalau karaoke dia nyanyi tenang sahaja tak ada gopoh gapah ke out of breathe. Dia siap masuk beberapa pertandingan nyanyian untuk nak latih vocal dia dan supaya tak nervous bila dekat stage.

Bila masuk sekolah menengah ni memang nampak akak aku lagi all out. Dia training vocal dia bukan dekat satu tempat sahaja dalam nyanyian. Tapi akak aku siap training melalui bacaan Alquran, akak aku sendiri pernah wakil negeri untuk pertandingan bacaan.

Kalau dulu sekolah rendah dia setakat belajar basic. Tapi bila masuk sekolah menengah akak aku dah start masuk competition, masuk class yang lebih advance, belajar theory yang kami satu keluarga tak faham langsung.

Dekat rumah banyak cd yang khas record suara dia waktu training dekat rumah dia analyse suara dia lagi. Belum habis sekolah menengah dia dah join group tour untuk performance live depan orang.

Pengalaman aku mak dan ayah tengok tu first time memang kami satu keluarga macam speechless. Sebab mak dengan abah aku selalu cakap ingatkan benda ni sementara sebelum akak aku minat dekat benda lain tapi rupanya tidak.

Habis sekolah menengah terus sambung course related with music. Dari sini akak aku cerita yang majority student yang macam akak aku diorang memang dah start training dari sekolah rendah. Cuma bilangan kecil sahaja yang start dari sekolah menengah.

Kiranya stage ni baru dia perasaan yang lain semua dah 7-8 steps ke hadapan tapi dia baru 4-5 steps. Semua dah ambil professional class, dah train, siap ada review performance lagi. Diorang ada buku bahagian mana diorang teruk dan bahagian mana bagus.

Akak aku selama ni banyak yang dia buat lebih kepada training sendiri ada pun kelas sebulan dalam 2 kali kelas yang agak mahal sejam dalam RM40-RM50 lepastu kena belajar sampai 5-6 jam.

Akak aku pun ada diet dia tapi bila compare diet diorang ni memang lain lah. Waktu ni akak aku dia part time kerja sambil belajar dan sambil join vocal coach yang bayaran dia sejam kalau tak silap aku RM50/hour dia train seminggu 2 kali,

Satu sesi tu 4 jam jadi seminggu tu dah telan cost RM 400 dan sebulan RM1600 bukan sikit. Tapi setiap bulan dia akan ada 1-2 gigs. Sambil belajar, sambil kerja part time sambil gigs.

Akak aku dia ada schedule dia aku yang tengok pun pening dan macam gila betul macam mana akak aku boleh fit kan semua benda ni dalam dia punya schedule.

Kami bertiga ni mampu bagi sokongan je dekat akak dan sedikit bantuan kewangan. Cakap dengan akak aku teruskan tak apa kami bantu mana yang mampu nak membantu dalam kerjaya dia memang tidak.

Kalau bahagian lain memang tidak. Itu sahaja yang kami satu keluarga mampu bantu. Mulut jahat saudara mara pun kami biarkan sahaja bukan guna duit dan tenaga diorang. Tapi apa yang akak aku usahakan memang ada hasil.

Lepas graduate dah start part time jadi vocal coach dan beberapa bulan sekali dia akan travel kadang setakat dalam asia sahaja tapi selalu setahun sekali akan ada negara macam europe atau middle east. Kadang tu dia akan travel sampai berbulan ada sampai 5-6 bulan baru balik Malaysia.

Setiap kali dia balik memang macam-macam souvenirs lah akak aku bawa balik. Kalau aku mak dan ayah berbual pasal akak aku mesti diorang akan cakap,

“Selama ni ingat dulu akak kau setakat macam minat sekejap” diorang pun tak percaya yang akak aku akan ambil direction yang sekarang ni.

Aku sendiri pun tak percaya tapi akak aku tetap istiqamah teruskan setiap langkah tak pernah mengeluh cakap penat apa semua. Hasilnya sekarang akak aku dah ada kerjaya selari dengan cita-cita dia sejak umur 9 tahun.

– Azim (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *