Tips Jimat Ada Anak Kecil

Pertama kalinya nak mohon maaf kalau perkongsian kali ni mungkin tak sesuai dengan kebiasaan ibu-ibu zaman kini.

Jadi kalau rasa sesuai, boleh ambil untuk praktikkan. Kalau tak sesuai, bolehlah tinggalkan.

Kebiasaan ibu bapa zaman sekarang, anak akan minum susu formula hingga atas 2 tahun.

Perkara yang biasanya memeningkan ibu bapa, bagaimana untuk hentikan susu botol, gigi anak rosak dan susu tak sesuai dengan anak.

Disebabkan banyak perkara perlu fikir bila berkaitan dengan susu formula. Aku sangat cadangkan ibu yang tidak bekerja dan menjaga anak sendiri sepenuhnya cuba menimba ilmu penyusuan.

InsyaAllah moga direzekikan boleh menyusu anak sehingga 2 tahun.

Bab penyusuan 2 tahun ni kalau ada yang nak tahu, aku bolehlah tulis di perkongsian seterusnya. Kalau ada yang nak tahu.

Okay berbalik ke topik yang atas. Susu formula untuk anak atas 2 tahun.

Sebenarnya, atas 2 tahun budak dah tak perlukan peminuman susu formula hingga berbotol-botol sehari. Sukatan dia dalam 2 gelas sahaja, sekadar memenuhi keperluan kalsium.

Boleh Google dan baca lagi pendapat pakar pemakanan “keperluan susu untuk anak 2 tahun” kalau nak lebih puas hati.

Pemilihan susu juga penting. Baca kandungan gula dalam susu formula yang kalian pilih.

Kandungan gula yang tinggi menyebabkan anak suka minum susu berbotol-botol lalu menyebabkan dia takde selera nak makan makanan biasa, menyebabkan kerosakan gigi dan risiko obesiti.

Jadi kalau korang dah terlajak bagi anak susu berbotol-botol sehari, bolehlah perlahan-lahan ubah tabiat pemakanan mereka.

1) Mulakan dengan tidak memberi susu sebelum tidur/selepas gosok gigi pada waktu malam. Anak aku dilatih minum air masak je malam-malam. Senang tak yah bangun buat susu.

2) Bertukar kepada minum menggunakan gelas. Sebab minum pakai botol rasa lebih sedap weh (aku agak la, sebab dia orang suka minum sambil baring tengok TV).

3) Bertukar ke susu yang kurang gula. Setakat ni aku pilih Fernleaf Full Cream tu jer. Sebab dia ada 2 bahan jer. Susu and apa ntah. Takde gula. Sesuai untuk satu keluarga. Jimat dan sihat.

Anak pun kalau minum segelas, dia kenyang dah. Dan kau treat dia sama jer dengan air lain.

Bancuh 1 jug, kalau tak habis masuk peti. Minum sejuk-sejuk sedap. Sehari dua dah la, habiskan, karang basi pulak. Kalau susu dalam botol sah-sah tak habis selalu kena buang je.

Kebaikan minum susu formula secara terkawal:

1) Selera makan anak akan bertambah baik. Dapatkan khasiat DHA, vitamin dan sebagainya dari makanan lain.

2) Kurang/ tiada masalah kerosakan gigi (yang ni kena gosok gigi dan kawal juga pemakanan manis anak. Kalau tak sama jer)

3) Perkembangan berat badan yang elok (yang ni kadang ada kaitan dengan genetic/trend pemakanan lain juga)

4) Jimat dan mudah urusan.

5) Anak mudah untuk toilet training dan berhenti guna pampers sebab tak terlalu minum banyak susu (Yela, kau bayangkan. Orang besar pun akan berulang banyak kali ke bilik air kalau minum air berbotol-botol, ni kan budak kecil).

Tapi kena peka la, latih anak minum air masak supaya tak dihidrasi. Biasanya kalau bibir kering, yela tu kurang minum air.

Itu jerla perkongsian aku. Harap bermanfaat. Kalau korang nak aku tulis lagi bagitahulah. Kalau tak, aku tak tulis dah. Sebab syok sendiri je.Hahahah. Bye bye.

– Mommies Moden (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *