Dia Tak Pernah Bersedia

Setiap manusia di atas muka bumi ini ada ujian nya masing-masing. Tidak kurang juga aku. Kadangkala aku meratapi nasib sendirian.

Alangkah indah “kalau” arwah ibuku masih ada. Ayat “kalau” sering bermain di bibir kami adik beradik.

Aku tahu perkataan “kalau” hanyalah anganan dan mimpi yang tidak pernah terjadi kerana sudah takdirnya arwah ibuku meninggal di usia yang cukup muda, hanya berusia 35 tahun, meninggalkan seorang suami dan 4 orang anak.

Kisah itu berlalu 25 tahun yang lalu… Amaran, confession ini panjang kerana ia adalah kisah hidup yang tidak pernah habis. Hanya mengambil masa selama 6 bulan, bapaku berkahwin dengan ibu tiri ku.

Diusia perkenalan mereka, bapaku sungguh teruja ingin memperkenalkan bakal ibu baru kepada kami. Aku ketika itu belum mengerti apa-apa, aku masih kecil dan hanya menurut. Apa yang ku masih ingat, keluarga arwah ibu ku menentang hebat perkenalan mereka.

Kata mereka cari lah orang yang terlihat sifat keibuannya, kelembutannya dan ikhlas untuk menjaga cucu-cucu mereka.

Namun bapaku lebih mementingkan nafsu dan terpesona dengan kecantikannya berbanding keupayaannya untuk menjaga anak-anak yatim ini. Maka berkahwin lah mereka.

Diawal perkahwinan, sungguh memeningkan kepala. ibu tiri yang masih muda, bersifat keanak-anakan di tambah pula dengan anak-anak yang kian membesar.

Aku masih ingat, diusia 9 tahun aku sudah pandai memasak maggi sendirian, seterika baju, basuh kasut sendiri, basuh toilet sendiri, menyiang ikan dan sebagainya berbeza “kalau” ibuku masih ada.

Arwah ibu hanya mengajar kakak sulong pengurusan diri ketika dia berusia 13 tahun. Aku perlu berebut coklat dan jajan dengan ibu tiriku, ada yang disimpan disesuatu tempat untuk dirinya. Ibu tiriku sesungguhnya “tidak pernah bersedia” untuk mengahwini lelaki yang punya anak.

Nampak sifat mementingkan diri sendiri sangat ketara. Kami juga sangat berhati hati ketika berbicara, risau seandainya mengguris hati si ibu tiri.

Adakala kami tidak tahu apa kesalahan kami, ibu tiri memasamkan muka, tidak bercakap dengan kami dan menghempas pintu dengan kuat tanda protes.

Ini semua sangat memenatkan dan mengganggu perkembangan tumbesaran kami. Ibu tiri ku kerap merajuk dengan perkara perkara yang remeh temeh. Sebagai kanak-kanak yang berusia 9 tahun, kebanyakan masa perlu mengalah kepada ibu tiriku.

Segala benda harus mengutamakan beliau terlebih dahulu. Ketika sedang menonton kartun, ibu tiriku dengan selamba akan menukar saluran kepada saluran kesukaan dia.

Begitu juga dengan penggunaan bilik mandi, ibu tiriku akan meminta kami mengalah memberikan ruang kepadanya mandi terlebih dahulu.

Begitu juga ingin kalau mahu menggunakan washing machine, kami harus berebut terlebih dahulu.

Pernah aku meletakkan baju di dalam washing machine terlebih dahulu kerana aku ingin membasuh baju yang menimbun, si ibu tiri datang mengeluarkan semula baju baju ku dan membasuh baju nya.

Banyak lagi perkara perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang atas perangainya.

Baginya, seorang ibu mempunyai kuasa vito dan harus dipatuhi setiap anak. Lama kami membesar dalam keadaan toksik begini. Bapaku pulak 100% hanya menuruti kehendak ibu tiriku.

Tidak pernah sekali bapaku menyebelahi kami. Apa yang kami lakukan semuanya salah pada dia, hanya ibu tiri yang betul, hanya pendapat ibu tiri yang diambil kira. Bapa meletakkan sepenuhnya kepercayaan pada ibu tiri.

Pada tahun 2004, Ibu tiriku kini mempunyai seorang anak kecil. Sang ibu tiri meletakkan jurang antara kami.

Andai kata pada tahun tersebut sejumlah RM300 seorang peruntukan daripada bapa untuk membeli baju raya, si adik anak ibu tiri akan mendapat lebih daripada itu.

Ibu tiri memberikan alasan, dia menggunakan duit sendiri untuk menambah peruntukan membeli baju raya anaknya.

Bagi ku itu hanyalah alasan kerana ibu tiri tidak bekerja. Lebih dari itu, ibu tiri langsung tidak menyukai sekiranya kami menegur perbuatan salah anaknya, Si Ibu tiri akan bermasam muka kepada kami walaupun secara terangan kesalahan tersebut adalah dari anaknya.

Adikku anak si ibu tiri pernah memberontak dengan menolak jatuh balang gula sehingga habis berteraburan dilantai kerana aku menegurnya. Aku hanya menegur bukan beria memarahinya. Ketika itu dia hanya berusia 3 ke 5 tahun.

Dia sering mengejek kami apabila kami cuba menegurnya tetapi teguran kami ditepis semula oleh ibunya. Perkara tersebut telah memupuk sifat biadap di dalam dirinya. Walaupun masih kecil, dia sering memprovoke kami kerana tahu ibunya ada untuknya.

Dia langsung tidak boleh ditegur. Pernah sekali kami hampir kemalangan kerana tercetus pergaduhan di dalam kereta antara aku (ketika berusia 14 tahun) dan ibu tiriku. Pada awalnya, si adik duduk ditengah dan menghalang laluan aircond, cuaca sungguh panas ketika itu.

Aku secara bersahaja (aku tidak tinggi suara) telah meminta dia untuk mengalihkan tangan nya, dia tidak berpuas hati dan menjerit2 mengamuk kepada ku, aku telah menepis tangannya dan menyebabkan dia menangis meraung seolah kesakitan yang amat sangat.

Ibu tiri ku seolah olah kerasukan selepas mendengar tangisan anaknya dan bertindak memukul ku yang duduk di bahagian belakang (ibu tiri duduk di depan),

Bapaku yang sedang memandu telah cuba menepis tangan si ibu tiri sambil sebelah tangan lagi mengawal stereng. Kami hampir terbabas kerana jalan yg dilalui berliku dan selekoh tajam.

Kami tidak bertegur sapa sepanjang perjalanan dan setelah sampai ke destinasi, bapaku meminta agar aku meminta maaf kepada ibu tiriku atas kejadian tadi, apa yang terjadi hanyalah salahku semata-mata.

Buat si adik pula kerap kali ayat “dia masih kecil” menjadi sebutan si ibu tiri dan bapaku. Kejadian seperti ini kerap kali terjadi.

Pergaduhan yang tercetus semuanya angkara si adik yang suka play victim.

– Derita (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Kenapalah ayahnya tak didik anak-anak dan isteri baru dengan baik.
    Janganlah aniaya keluarga sendiri.
    Nanti menyesal hidup.

  2. Bila ketua keluarga tidak berfungsi dengan baik, keluarga menjadi kucar kacir. Besabarlah akan ujian hidup ini. Semoga dipermudahkan urusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *