Abang angkat

Assalamualaikum & hai. Kalau lah post & cerita aku ni disiarkan,terima kasih banyak pada admin. Semoga murah rezeki admin hehe.. Dah banyak kisah dan cerita yang aku baca entah tetiba hati tergerak nak berkongsi kisah hidup aku. Saja nak luah perasaan kat sini. Bukan niat nak mengejar populariti atau perhatian malah takde niat nak aibkan diri sendiri. Biarlah cerita ini menjadi pengajaran.

Pertama sekali,aku ni anak perempuan tunggal. Sangatlah sunyi sebab takde adik beradik. Mak & ayah pernah ambil anak angkat lelaki sebelum aku lahir lagi tak lama beberapa bulan selepas dia dilahirkan. Hampir setiap hari mak ayah aku bergaduh pasal anak angkat tu sebab mak aku tak setuju. Ayah aku pulak jadi serba salah tersepit antara isteri & juga kawan. Ayah seorang yang sangatlah baik & sangatlah penyabar orangnya. Keluarga kawan ayah dalam kesusahan pun ayah sanggup tolong. Kerana kesempitan hidup,keluarga kawan ayah minta ayah ambil anak lelaki yang baru dilahirkan untuk diambil sebagai anak angkat. Tolong jagakan anak lelaki dia yang baru lahir. Disebabkan syurga seorang isteri di bawah telapak kaki seorang suami, mak aku akur dengan keputusan ayah menjaga anak lelaki tu sehingga lah dia besar. Sekarang ni (ketika story ini ditulis) umur aku 23 tahun & umur abang angkat aku 25 tahun.

Selama dia membesar bersama aku,mak ayah aku tak pernah bezakan kami. Tapi kadang-kadang adalah jugak. (hahaha) Tu pun hal kecik je. Biasanya bergaduh la. Mesti lah mak aku akan menangkan aku sebab dia abang & aku selalu kena pukul dengan dia masa kecik dulu. Adik beradik mana yang tak pernah gaduh. Pernah sekali dia baling aku guna kerusi kecik macam kerusi kat tadika tu tapi kerusi besi. Memang sakit lah. Sifat abang adalah melindungi adik (sepatutnya kan haha) tapi kalau difikir balik hampir setiap hari lah aku menangis bergaduh dgn dia memanjang. Tapi ni story masa umur aku 4/5 tahun macam tu budak-budak lagi.

Nak dijadikan cerita,aku tak tahu lah bila dan macam mana abang aku boleh dapat tahu diri dia anak angkat dalam keluarga aku. Aku pun terkejut gila kot. Sumpah sedih. Mak ayah aku pun jenis tak banyak bercakap pasal hal ni diorang lebih banyak diam sebab mak ayah aku tahu tak semua orang boleh terima hakikat hidup. Tapi sampai bila nak berahsia. Lepas abang aku dapat tahu,dia berubah. Selalu ponteng sekolah. Banyak masalah yang dia buat sehingga memalukan mak ayah aku sendiri sampai lah kena buang. Sejak tu,makan tidur kat rumah je lah tak berusaha cari kerja pun. Mostly masalah yang dia buat lebih kepada masalah sivil. Pengaruh rakan sebaya. Tapi apa yang jadi pada diri dia, segala perubahan sikap dia aku tak pernah salahkan mak ayah aku. Inilah ujian hidup kami. Sepanjang kitorang membesar bersama, mak ayah aku tak lupa ajar kitorang tentang agama, pergi mengaji bersama. Kita manusia biasa bukan boleh tentukan iman seseorang.

Pernah dulu masa hari raya tak ingat hari raya ke berapa,keluarga kandung abang datang beraya di rumah. Alhamdulillah keluarga kami okay bila berjumpa takde lah terbawak sangat perasaan sedih tu walaupun masing-masing tahu masalah keluarga ni. Abang aku dipertemukan dgn keluarga kandung dia. Tapi abang aku sangat lah kekok bila jumpa mama kandung & adik beradik kandung dia. Abang panggil mak kandung dia mama sebab family semua panggil mama. Dengan aku sekali terikut panggil. Pemalu jugak abang aku ni. Bila mama kandung dia nak bawa abang aku makan luar,jalan-jalan, punya lah risau ayah masa tu. Mak aku rilex je.. Aku cakap kat ayah, kalau family dia nak bawak abang aku balik sekalipun, biarlah keluarga kandung dia juga bukan orang lain pun. Yelah bertahun kot tak jumpa. Mak mana yang tak sayang anak kan. Alhamdulillah pertalian keluarga kami okay dah macam saudara. Esoknya mama hantar abang pulang semula ke rumah aku.

Ingatkan segalanya dah okay. Rupanya inilah permulaan masalah. Sekali lagi mak ayah aku diuji. Abang aku telah ditangkap polis atas kesalahan yang aku sendiri tak tahu sama ada dia difitnah atau dia sendiri yang lakukan. Masa tu aku kat asrama so pasal abang aku ditangkap aku tak berapa tahu sangat mak ayah aku tak nak cerita kat aku apa yang abang aku dah buat. Berat jugak lah kes abang aku. Sama ada pecah masuk rumah orang atau curi motor atau ada kes lain. (Aku sendiri tak pasti sangat). Ayah terpaksa jadi penjamin sebab abang masih lagi di bawah tanggungan ayah. Sedih kot marah pun ada. Betapa sabarnya ayah hari-hari terpaksa menghadap dengan orang yang suka jaga tepi kain seluar keluarga aku. Mak aku pun sampai tak keluar rumah. Sampai kat masjid pun orang dok tanya kat ayah aku. Malu weyy mana nak letak muka. Ayah aku ni bilal masjid. Memang semua orang bercakap pasal keluarga kami. Even jiran sebelah rumah pun dok mengata pasal abang aku ape lah bagai. Sedangkan jiran aku tu pun amik anak angkat jugak. (lollll) Walau macam mana pun mama abang aku tak pernah lupa tolong susah mak ayah aku. Semuanya disebabkan abang aku. Dan akhirnya abang aku dibebaskan.

Disebabkan masalah abang aku, aku mengalami depression & aku buat keputusan sendiri pindah sekolah kat area KL duduk asrama. Dah habis sekolah, aku sambung study kat melaka. Lebih 3 tahun jugak la aku stay melaka. Nasib mak ayah aku okay. Tapi depression aku takde lah teruk sangat. Alhamdulillah waktu asrama dulu aku dapat kawan yang sentiasa ingatkan aku tentang Allah dan solat. Sepanjang tempoh aku di melaka, banyak lagi masalah aku dengar. Tak habis pasal abang lagi. Duit ayah aku selalu hilang even duit dalam bank pun. Sanggup curi kad bank ayah. Rantai gelang emas mak aku pun hilang. Keluarga aku bukannya orang senang pun. Emas tu pun pemberian nenek belah mak aku. Ayah aku dah ‘scan’ rumah takde toyol pernah masuk pun. Hancurnya hati bila abang yang buat semua tu sebab mak pernah nampak abang keluar masuk bilik mak. Pernah sekali tu aku pernah jugak nampak abang geledah almari baju mak ayah. Pernah sekali polis datang rumah aku. Pandai polis tu macam tahu-tahu je abang aku nak lari awal lagi dah standby belakang rumah. Lagi sekali masuk lokap. (Ya Allah malu mak ayah aku). Mak ayah aku masih terima dia jaga dia sebagai anak masih bagi dia makan pakai semua walaupun dia tak pernah berusaha nak cari kerja bantu mak ayah aku. Bukan sekali ni. Banyak kali jugak dia buat benda yang sama pada mak ayah aku. Dengan mak aku dia berani marah tengking mak. Ini yang dia balas untuk mak ayah aku. Ya Allah nak menangis bila pandang wajah mak ayah aku. Ayah hampir nak buat laporan polis ke atas abang sebab ayah dah tak tahan dengan kehilangan harta yang abang curi walaupun dengan keluarga angkat sendiri. Hampir menangis ayah. Kes abang aku sebelum ni orang lain yang buat report pandai orang tu suruh polis rahsiakan. Tapi Allah maha mengetahui. (Dorang ingat ayah aku tak tahu la tu) Abang sedar mak ayah aku bukan orang senang tapi hati & perasaan dia macam tak pernah kesiankan mak ayah aku je. Memanglah keluarga angkat je bukan mak aku melahirkan tapi kalau nak dikira susah nya mak ayah aku sanggup laki bini bergaduh, sebab dia lagi nak mengadap orang dok mengata ni. Bertahun kot hidup macam ni. Sengsara derita jiwa raga. Agaknya kalau orang lain dah kena halau kot.

Bila difikirkan balik,rasanya duit mak ayah aku lagi banyak habis pada abang aku even dia tak sekolah tak kerja. Aku yang sambung study pun macam segan nak minta duit belanja kat ayah sebab aku sedar susahnya nak cari duit & semua masalah ayah pendam sorang dalam hati. Sebagai anak ayah aku memahami sangat. Masalah berpanjangan sehingga lah aku habis study. Sejak masalah abang aku buat, aku dengan abang tak berapa baik. Dalam rumah pun tak bertegur. Selalu macam tu lah. Dia dah malukan keluarga pun buat macam macam, mak ayah aku masih terima dia lagi. Boleh dikatakan hampir setiap bulan duit mak ayah aku hilang. Kalau lah duit yang dicuri tu dikumpul semua,mau lepas deposit kereta. Sampai lah satu tahap aku jadi batu api suruh mak ayah aku pulangkan dia semula pada mama kandung dia. Tapi ayah rasa berat hati. (Tapi rasa macam betul tindakan aku sebab aku dan abang dah besar macam tak elok pulak kalau tinggal satu rumah.) Even sedara aku pun cakap kitorang boleh kahwin sebab takde pertalian darah & mak aku tak pernah menyusukan dia masa dia baby dulu.

Now, abang aku dah tak tinggal dengan kami lagi. Sekarang abang aku tinggal dengan keluarga kandung dia. Setelah semuanya termasuk mama kandung dia dapat tahu apa yang dia buat pada mak ayah aku, mama nak ambil abang aku semula & nak abang tinggal dengan keluarga kandung dia. Bukan niat nak buang dia tapi aku rasa ini yang terbaik untuk mak ayah aku. (dan aku juga haha) mama kandung dia nak biar dia rasa hidup dengan keluarga dia macam mana,dengan adik beradik kandung dia yang ramai. Aku dengar dari ayah aku mama abang aku garang abang aku tak berani nak melawan. Tapi sebaliknya bila dengan mak aku. Hampir setahun jugak dia tinggal dengan keluarga dia ada masa dia akan contact dengan ayah. Berbeza dia rasa hidup dengan kami & keluarga kandung dia. Macam duduk dalam kem tentera bila dia dengan mama dia. Itu yang abang cakap kat ayah. Dan sekarang ni abang dah pun minta maaf pada mak ayah tu pun sebelum ayah bertolak pergi umrah dulu. Alhamdulillah sejak abang duduk dengan keluarga dia,tiada lagi yang mengata kami. Tiada lagi segala tuduhan pada abang. (Tapi orang yang jaga tepi kain seluar keluarga aku masih lagi dok tanya mana perginya abang ><).

Alhamdulillah,sekarang hidup mak ayah aku dah senang sikit. (ketika story ini ditulis) Lepas aku graduate,aku terus bekerja hampir setahun jugak. Dan mampu pakai kereta sendiri tapi takde lah mewah mana. Cukup hanya bersederhana saja. Siapa lagi yang nak tolong mak ayah aku kalau bukan aku sebab hanya aku satu-satunya anak mereka yang boleh mereka banggakan walaupun pencapaian aku taklah semegah & sehebat mana masa study dulu huhuu. Doa mak ayah kita yang paling penting dan jugak redha dari mereka.

Walau macam mana susah hidup kita sekalipun,sentiasa percaya & yakin dengan Allah. Inilah ujian untuk mak ayah aku. Sebab Allah tahu & lebih maha mengetahui kemampuan mak ayah aku dan Dia takkan beri ujian melebihi kemampuan umatNya. Setiap kali solat,aku akan berdoa untuk mak ayah aku,sedekahkan Al Fatihah untuk mereka walaupun mereka masih hidup. Rezeki yang aku dapat akan aku kongsi bersama mak ayah. Mungkin ada hikmahnya kenapa jodoh aku lambat sampai. Mungkin Allah nak aku hidup lebih dengan mak ayah aku. Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Bersyukur lah dengan apa yang ada. Tak semua orang ada masalah macam kisah aku. Tapi ini lah realiti hidup sebenar aku. Bukan rekaan. Alhamdulillah dengan sabar & tabahnya kami, orang sekeliling dah tak mengata dah. Alhamdulillah sejak aku dah bekerja sekarang ni hidup kami dah senang sikit boleh tolong ayah. Orang dah tak pandang rendah pada kami. Ayah tetap ayah yang dulu masih lagi bantu orang susah. Walau macam mana pun mak ayah tak pernah lost contact dengan keluarga kandung abang. Sebesar mana pun masalah & ujian,jangan putuskan hubungan silaturrahim & kekeluargaan. Azab dia Ya Allah tak tertanggung rasanya di akhirat kelak. Kita semua khilaf. Doakan kami sekeluarga semoga terus kuat & istiqamah dalam mengejar redha & cinta Allah. Sesungguhnya Allah jua yang berkuasa di atas segala sesuatu. :D

maaf admin kalau story panjang sangat & cerita berbelit. maaf jua jika terdapat banyak kekhilafan dalam story saya. Tiada niat nak mengaibkan diri & sesiapa hanya bertujuan untuk berkongsi. KITA SEMUA KHILAF. :)

– Nabila (Selangor)

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit