Adakah Ini Ustaz? Atau…

Luahan ini adalah satu peringatan kepada kaum hawa diluar sana agar berhati-hati dan janganlah mudah terpengaruh dengan seorang lelaki. Jagalah diri, jagalah iman dan jagalah maruah awak sebagai seorang wanita.

Ini kisah aku, aku gelarkan dia Iqbal (bukan nama sebenar). Iqbal adalah seorang lelaki yang terkenal di sosial media. Mempunyai paras rupa yang kacak dan gayanya yang islamic.

Iqbal mula dikenali di dalam satu rancangan tv. Ketika itu aku masih lagi berada di sekolah rendah. 

Pertama kali aku melihat dan mengenali Iqbal disitu, aku terus jatuh minat dekat dia.

Apa yang aku suka dengan dia adalah cara penyampaian dan gaya persembahan yang menarik hati aku. Boleh dikatakan aku tak pernah tinggal satu episod rancangan tersebut. Aku nak tengok dia lagi dan lagi.

Anggapan aku pada Iqbal sangat tinggi. Dia seorang yang berpelajaran dan seorang yang prihatin terhadap masalah orang lain. Bagi aku, dia tidak mempunyai masalah dan repotasinya sangat baik.

Aku hanya mampu melihat perkembangan Iqbal melalui sosial media sahaja. Siapalah aku nak berlebih-lebihan. Dia tu orang terkenal, aku ni orang kampung je.

Sekarang umur aku sudah berganjak ke akhir remaja. Sudah beberapa tahun berlalu aku masih lagi mengikuti perkembangan Iqbal tapi tak kerap seperti dulu. Aku tidak tahulah apa masalah yang dia lalui dan aku tidak mahu mengambil tahu tentang kesalahan dan aib dia.

Sekarang aku perlu memberi perhatian yang cukup terhadap diri aku sendiri setelah banyak perkara buruk yang terjadi pada diri aku.

Aku mengalami kesedihan yang berpanjangan. Menangis pada setiap hari. Mental aku terjejas. Hampir setiap hari aku cuba untuk menyakiti diri sendiri.

Ketika aku sedang dilanda kesedihan, aku tak sangka yang Iqbal mula menyapa aku di Instagram. Aku tak sangka crush aku akan tegur aku dulu dekat Instagram. Seakan Allah ingin memberi kegembiraan kepada aku.

Sedikit sebanyak perkara tersebut buatkan aku rasa agak gembira. Yela, siapa tak gembira bila crush sendiri chat kita tanpa kita yang mulakan dulu. Betul tak?

Pada mulanya kami chat biasa sahaja. Cuma sekadar perkenalan ringkas. Aku juga menjaga batas aku sebagai seorang wanita. Seterusnya, banyak kali juga Iqbal chat aku. Siapa tak gembira kan.

Akhirnya aku rasa agak selesa berbual dia Iqbal. Dia tanya aku ada boyfriend atau tidak, aku jawab..”Tak couple, haram”. Dia pun berkata “klishe”. 

Dari situ aku macam terdiam sekejap sebab aku berfikir yang dia akan cakap ” bagus, jagalah diri” tetapi lain pula jawapannya.

Walaubagaimana pun, aku cuba menganggap bahawa dia cuma bergurau. Sepertinya mahu memerli diri aku “takkanlah kau tak bercouple, kau budak muda mesti nak bercouple” yalah zaman sekarang, manusia suka normalize kan couple.

Kemudian, tidak sampai 2 minggu.. Dia sudah menunjukkan siapa diri dia yang sebenarnya. Terbukti dia adalah seorang lelaki yang memang prihatin. Dia tanya aku dah makan ke belum, duit cukup tak, kalau ada masalah jangan pendam sendiri.

Aku pun lalai dengan kebaikan dia. Tetapi aku perlu beringat yang dia tu suami orang. Aku tak boleh berlebih-lebihan. Aku salah dan aku sedar aku silap. 

Tak sepatutnya aku chat dengan laki orang dan aku sebagai seorang perempuan perlu lebih prihatin dengan perasaan isteri Iqbal.

Aku tak tipu yang aku sangat suka berbual dengan Iqbal. Dia seorang yang kelakar. Dia juga crush pertama aku. Hati aku meronta-ronta untuk berbual-bual dengan Iqbal lagi.

Dia tahu aku sedang dalam fasa kemurungan, dia juga menasihati aku agar bersyukur dengan ujian Allah. Aku terima nya sebagai nasihat.

Benar apa yang dikatakan Iqbal. Jika kau belajar bersyukur dan reda hati kau akan menjadi tenang. Jika datangnya lagi ujian, sangat mudahlah untuk melaluinya sebab kau tahu apa yang patut kau lakukan.

Kami beralih chatting di telegram, anggapan aku mungkin Iqbal benar-benar ikhlas nak berkawan dengan aku. Secara jujurnya, hati aku sangat gembira. Dalam fikiran aku, mungkin kami akan jadi kawan baik. Berangan jela.

Tapi, indah khabar dari rupa. Rupanya dia tidak seperti yang aku fikirkan. Aku beranggapan yang dia seorang yang baik rupanya aku silap.

Aku agak terkejut dan terkilan dengan sikap Iqbal yang gatal. Patutlah guna private chat. Tak nak kantoi dengan isteri dia rupanya. Dia pernah cerita siapa diri dia tapi aku macam tak berapa nak percaya sebab tak mungkin orang seperti dia bersikap buruk. 

Setelah beberapa kali aku tanya soalan adakah benar tentang hal yang dia ceritakan, dia pun mengaku yang dia nakal. Aku pun agak kecewa.

Tetapi bila difikirkan balik, itu masalah diri dia dan aku juga mempunyai masalah sendiri. Aku pun berkata “takpela, itu masalah awak. Saya pun ada masalah saya sendiri.”

Aku akui aku juga tidak baik, terkadang aku leka dengan perbualan kami. Terkadang ada gurau-gurau yang tak baik berlaku.

Semakin lama hati aku semakin tak tenang. Benar aku sangat memerlukan perhatian dan kasih sayang seseorang tetapi bukanlah dengan cara chatting dengan laki orang. Walaupun mental dan emosi aku tak baik, itu bukanlah alasan untuk aku rosakkan rumah tangga orang.

Akhirnya aku memilih untuk undur diri. Rasa bersalah sangat menebal dihati aku pada isteri Iqbal. Mujur isterinya tidak tahu tentang kehadiran aku.

Aku pun bagitahu Iqbal untuk stop chat rahsia ni. Dan Iqbal pun setuju. Peringat terakhir dia untuk aku adalah “jangan lupa sarapan”. Aku sedih? Sikit. Takpela, jangan dikenang laki orang.. binasa diri sendiri nanti.

Jadi, aku ada dua perkara yang aku nak bagitau. Pertama, tidak semua orang yang mempunyai ilmu mampu untuk mendidik akhlak mereka dengan baik. Ilmu dan akhlak perlu berjalan seiringan. Barulah dapat membentuk seorang Muslim yang berjaya.

Yang kedua, kepada kaum hawa..jagalah diri awak semua. Jagalah iman dan maruah awak. Jadilah seorang wanita yang baik dan didik lah diri awak untuk menjadi seorang wanita yang berilmu.

InshaaAllah semoga kita sama-sama dapat menjadi wanita yang istiqamah dalam menjadi wanita yang solehah.

Itu sahaja dari Aura Kharisma, Assalamualaikum.

– Aura Kharisma (bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *