Kawan aku

Lately banyak cerita pasal perempuan bertudung labuh, yg berpurdah kaki selfie, tak jaga ikhtilat dll.. Aku nak share juga cerita aku tapi pasal lelaki.

Kawan aku seorang ni, aku kategorikan dia alim la juga (read:islamic). Tapi tak adalah berserban doplohpatjam, tak adalah pakai jubah mahupun duduk masjid selalu. Apa yg buat aku kata dia alim, dia ni banyak share ilmu2 berkaitan agama di laman sosial. Pasal ikhtilat, pasal solat, pasal kiamat dan banyak lagi lah.

Niat dia baik, nak tegur org sekeliling dia. Bak kata orang nak ajak ke syurga sama2. Bagi aku, lelaki sama lelaki aku ok je. Tapi ada ramai pulak sister2 yg terrrr-sangkut dengan dia. Yelah, post2 islamic ni macam dah boleh jadi calon suami lah kan. Kdg aku rasa macam dia post untuk menarik perhatian perempuan pun ada juga.

Aku tak kisah kalau dia amalkan juga apa yg dia post. Kira dia post dia tahu la maklumat apa yg dikongsikan tu. Tapi masalahnya, disebabkan ke-islamik-kan tu, dia pasang dua tiga awek. Aku tak tahu macam mana dia sorok hubungan dia yg banyak tu, aku tak masuk campur.

Tu baru bab perempuan. Bab keluarga lagi la. Dia selalu tipu keluarga dia. Kalau dia nak keluar dating ke, dia kata kt ibu yg dia pergi study kt library. Ada sekali tu dia pergi vacation dengan awek dia, tapi dia tipu ibu dia kata dia pergi vacation dengan geng2 kitaorg. Semua yg dia tipu tu semua psl awek lah. Nak pakai duit ke kereta ke, semua dia tipu nak pakai utk itulah inilah tapi padahal utk awek dia. Banyak kali jugaklah dia membelakangkan keluarga. Time susah baru reti cari kawan.

Bila dah start keje, duit tak ada pun nak bagi dekat parents. Semua dia joli utk awek dia.

Dan nama pun berchinta, dating apa semua. Standard org bercinta sekarang la kan. Ada ke yang tak pernah berdating? Kalau ada pun mungkin tak ramai kan. Jangan kecam aku. Lama kelamaan, ada la jatuh ketangan dia. Dia rosakkan perempuan tu. Tp aku tak tahu berapa ramai gadis dia dah rosakkan. Last2 dia tinggal je awek tu. Dah sbb ramai lagi kan awek dia.

Baru2 ni aku tahu awek baru dia pun rosak tapi bukan dia punya kerja. Dia nak bertanggungjawab untuk perempuan tu. Eh lahanat, perempuan sblm ni dia rosakkan tak ada dia nak bertanggungjawab dengan perempuan tu. Ni perempuan yg kena rosak dengan laki lain pulak dia konon lagak hero nak ambil jadi isteri la konon. Tapi dalam masa sama dia ushar gak awek lain. Semua berkenalan dengan dia sbb post2 islamic dia, nasihat2 dia. Last2 kelaut.

Pasal solat, aku tengok mcm on off on off je. Pernah kantoi dengan aku dia tgh tgk porn, kena tibai gak ah (aku tak ada masa nak layan). Aku dah tak tahu nak nasihat apa dah dekat dia ni. Aku harap tak ada la sister2 dekat luar yg termakan dek luaran lelaki mcm ni. Dia mcm tak rasa bersalah je dekat perempuan2 yg dia dah rosakkan tu.

Kepada bro2 diluar, jangan la buat hal mcm ni. Kau bayangkan la kalau adik kau kena dengan laki mcm ni. Suka tak kau? Aku tetap doakan sahabat aku ni dibukakan hati dia. Dan sister2, sila berhati-hati dengan lelaki yg anda kenal. Tapi bukan semua lelaki mcm dia ni. Contoh terdekat : aku. Hahaha perasan.
Terima kasih daun keladi yang sudi baca post aku dan admin yang sudi siarkan kisah ni. Moga dapat ambil pengajaran dr kisah ni, jangan nilai org dr luaran.

– Bro F

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit