Sayang yang ada cuma tidak diberitahu dan tersalah zahirkan.

Assalamualaikum/salam sejahtera.

Terima kasih admin postkan. Confession ni aku buat sebab terkesan kepada cerita Mia yang menceritakan tentang ibubapa Mia yang selalu maki hamun Mia. Saja aku menyemak kongsikan kisah aku yang lebih kurang sama cuma mungkin lain sikit.

Aku anak tengah, atas aku ada dua orang,bawah aku ada sorang adik perempuan dan sorang adik lelaki. Aku kira anak sulung perempuan pertama la. Cerita aku lebih kurang Mia juga, dimana aku dari kecil apa yang aku nampak kasih sayang ibubapa aku untuk aku macam kurang atau kita panggil tak adil. Antara aku dengan adik perempuan aku, memang adik perempuan aku sangat disayangi walau umur kitorang tak jauh beza beberapa bulan. Adik perempuan aku mesti dapat lebih dari aku dan kalau bab kena pukul memamg aku lah yang paling banyak.

Setakat kena rotan, pijak kaki, kena tumbuk, pijak kepala (pening baii) semua tu macam dah lali. Aku perempuan ok. Sebagai perempuan aku memang tak suka dikasari. Sampai pernah satu limit bapak aku pukul aku depan orang ramai untuk sebab yang terlalu remeh iaitu ada benda yang aku kena sampaikan kat bapak aku, aku dah sampaikan tapi bapak aku kata, aku tak sampaikan. Ni masa aku sekolah menengah, bapak aku pukul aku depan orang ramai, paling tak boleh bla masa tu aku tak menangis langsung, mungkin sebab malu kena pukul depan orang tu lebih lagi dari rasa sakit nak menangis. Lagi malu bila aku pergi sekolah, abang van yang selalu ambik aku pergi balik sekolah tanya, kenapa aku kena pukul semalam? MALU dia tak payah cakap. Selagi boleh aku nak tutup aib aku, aib keluarga aku. Jadi aku memang malu gile bila ada orang tahu. Tapi aku diam gak.

Paling aku menyampah perangai aku ni, bila adik beradik lain buat salah, aku pandai pandai mengaku aku yang buat sebab tak nak yang lain pulak kena bantai tapi sebenarnya even aku kata aku tak buat aku kena pukul gak sebab apa? Sebab aku je paling dekat dengan makbapak aku time diorang detect kesalahan tu, Sebab aku adik perempuan kenapa aku tak tegur abang? Sebab aku kakak kenapa aku tak boleh tegur adik tu? Sebab aku kakak, kenapa aku tak jaga dan ajar adik elok elok? Senang cerita banyaknya aku la barang nak buat lepas rasa stress dan marah. Adik lelaki aku jarak 8 ke 9 tahun dari aku, boleh kata sejak dia lahir aku la yang jaga dia sampai sekarang dah besar jadi budak bijak pandai tapi yang buat aku risau dia kuat melawan makbapak aku. Dah makbapak aku pukul pun taknak budak ni. Bila aku pukul mak aku kata aku kakak yang tak sayang adik. Bila adik buat salah dia kata aku ajar adik jadi jahat. Benci kat adik beradik sendiri. Bengang dia takyah cakap. Adik adik aku kena buli, aku yang pergi tolong, tak nampak pulak yang tu. Sampai kawan kawan adik aku cakap aku protective sangat. Nasib kawan kawan adik aku suka aku, nak aku jadi kakak diorang juga. Tapi kan, kalau aku tak sayang dah lama masa aku basuh berak dia bagai, aku hempuk balik kat muka dia. Kalau aku tak sayang dah lama susu yang aku bagi dia minum, aku campak je kat muka dia, kalau aku tak sayang dah lama aku buang dia dalam longkang sebab sakit hati dengan semua orang yang tinggalkan dia macam tu je. Sebab aku sayang la aku nak dia jadi baik, jadi soleh. Mak bapak sibuk sangat takde kat rumah, tinggalkan kitorg dengan bibik yang aku tak percaya langsung dia nak jaga adik aku yang baby lagi ni. Bila balik mengamuk ngamuk. Macam harommmm je aku rasa. Mak bapak aku pulak orang bijak pandai, kira berduit ah aku boleh kata. Tapi perangai macam orang bodoh bangang. Sorry. Pastu aku jenis tak suka bila lepas kena pukul buat salah tak minta maaf jadi bila buat apa apa salah, aku memang dtg minta maaf even kadang tangan makbapak aku tak sambut pun tangan aku nak terima maaf. Dengan orang lain pun kalau aku gaduh aku terus datang minta maaf walau aku tahu bukan salah aku. Pernah aku cuba keraskan hati jangan minta maaf, tapi sumpah weh, tak tenteram langsung, aku rasa macam jahat gila nak mati sebab bergaduh pastu tak nak cakap antara satu sama lain.

Hah bapak aku dah pukul aku depan orang ramai tu, yang menangis bukan aku, orang yang tengok aku kena pukul yang menangis. Habis kena pukul, aku boleh buat cool lagi cakap kat orang yang menangis, dah jangan nangis aku ok je ah. Bodoh kat situ. Tapi ntah, aku try ubah perangai pun tak dapat. Aku try macam macam nak buat aku ada perasaan dendam kat makbapak aku tapi susah. Lama lama aku kena pindah sekolah sebab family aku kena pindah, aku sedih gila nak mampus sebab aku nak kawan kawan yang dulu. Lama gila aku duduk kat situ bila dah nak habis sekolah menengah kena pindah pulak. Bila masuk sekolah baru, jadi budak baru aku kena buli jugak la, tapi sebab aku jenis melawan, aku lawan balik, kena panggil dengan guru kaunseling dengan guru disiplin. Aku ambik langkah bijak bagitahu makbapak aku awal awal aku bergaduh dekat sekolah, gaduh dengan lelaki baling meja sampai patah, biar diorang marah sekarang jangan marah masa depan orang ramai. Aku mula buat perangai dajal lepas pindah sekolah, aku mula masuk sukan itu ini dan tak datang sekolah sampai lebih sebulan kononnya sebab training. Aku dikira datang sebab aku ada competition. Datang sekolah naik oentas ambik anugerah yang aku menang. Masa tu femes betul sampai junior semua kenal, siap jumpa aku text aku minat kat aku. Semua aku tak layan sebab aku buat semua ni bukan nak korang suka aku pun, tapi terima kasih sebab sedar kewujudan aku.

Mak aku selalu bising bising sebab dia nak aku jadi perempuan lemah lembut gemalai bagai, dia tak suka aku main benda kasar, masuk kawad semua, panjat pokok semua. Tapi aku buat bodoh, masa ni aku dah start melawan mak bapak aku sebab aku tak tahan dah duduk diam biar diri kena pukul hina fitnah aku bagai, dengan saudara mara pun aku tak rapat, aku lebih banyak diam time raya baca buku dekat sofa sorang sorang, bila dah banyak diam tak ramai nak tegur aku, aku lebih banyak cakap dengan kawan kawan dan perangai gila gila banyak kawan2 aku yang tahu, dah tak larat dah nak duduk sorang sorang menangis lepastu menulis dalam buku diari cakap pasal isi hati. Tak jalan langsung buat stress tak belajar dan tak rasa happy. Kadang kadang macam orang gila bila asyik gelak depan kawan kawan even benda tu menyakitkan sangat, macam jatuh aku gelak, patah kaki aku gelak, lawak yang tak lawak aku gelak. Giloooo

Tapi disebabkan caci maki ni la yang buat aku tekad nak belajar jadi orang berjaya, nak keluar dari rumah taknak tengok muka mak bapak aku dengan adik beradik aku yang menyusahkan dan buat aku tertekan sangat ni. Aku dapat anugerah itu ini, even tak datang sekolah keputusan pelajaran aku cemerlang, dapat anugerah pelajar cemerlang, menang setiap sukan yang aku masuk, dapat pangkat tertinggi dalam unit beruniform, jadi ketua platun yang disegani unit uniform lain, aku tahu ni pun sebab cikgu cikgu unit lain banyak minta tolong aku train kan ketua platun diorang. Tapi mak bapak aku biasa je, diorang tak rasa tu hebat pun. Oh ada la nampak gembira yang part pelajar cemerlang tapi tak tunjuk sangat. Yang sukan ke kawad ke aku menang diorang langsung tak gembira hokayy

Akhirnya, bapak aku cuba bercakap dengan aku, kenapa aku dah banyaj berubah? Kenapa aku kuat melawan? Kenapa aku dah tak dengar kata? Dengan baik dia soal aku, tak pernah pernah weh bercakap baik baik weh. Dia nasihat aku jangan ikut perangai buruk orang lain. Dia nak aku jadi anak dia yang dulu. Alhamdulillah even aku jahat, aku tak pernah cakap benda buruk even aku tgh moody teruk sekalipun, aku memang takut gila dgr orang yang bercakap ‘s**l, c****a’. Ntah aku tak suka perkataan2 ni. Keluar dengan lelaki pun tak pernah, berkawan beberapa orang je lelaki even aku kasar, itu pun kawan time kecik kecik yang rapat sampai ke besar ni dan makbapak aku kenal. Pernah sekali dapat surat cinta orang letak dalam beg, bapak check beg aku dia jumpa, dia panggil dia tibai aku, perg sakit dia macam nak mati, pastu tidur luar rumah. Rumah aku agak besar dan dipagar, dalam rumah aku ada kolam ikan besar dan ada macam kawasan padang sikit dengan taman permainan, jadi kawasan tu macam kalau jiran nak dgr pun samar samar je. Biasa aku duduk tepi kolam ikan cakap dengan ikan sorang2 sampai tertidur. Tapi esok tu tahu2 aku dah kat atas katil bangun nak pergi sekolah. Bapak aku rupanya yang angkut aku masuk dalam. *nangis*

Bila bapak aku tanya macam tu, aku diam je bila bapak aku cakap baik macamtu. Aku hati tisu pulak time tu do, habis bapak aku cakap macamtu, aku masuk bilik, menangis sorang sorang. Jadah benda. Aku marah marah diri aku jangan baik sangat, makbapak dah buat banyak jahat kat kau, kau kena balas balik. Tapi air mata mengalir jugak macam hujan sampai aku tersedu sedu sesak nafas. Tak lama lepas tu, bila makbapak aku masih maki maki aku depan orang ramai dan pukul aku, aku mula cakap satu persatu benda aku tak suka mak bapak aku buat kat aku.

Aku cakap tentang ketidakadilan mak bapak aku layan aku dengan adik perempuan aku. Aku cakap semua sambil nangis nangis dan kadang terjerit jerit dan baling semua barang yang aku dah kemas dan susun kat dalam rumah. Aku cakap jahat adik beradik semua aku yang tanggung dari kecik, aku diam aku tak ckp apa apa pun sebab aku taknak adik beradik aku kena pukul. Diorang terkedu aku nampak. Dan aku cakap tapi kenapa korang masih layan aku teruk? aku nak juga barang baru yang adik aku dapat setiap kali mak bapak aku balik kerja tapi takkan aku nak terhegeh hegeh minta, aku taknak meminta minta, aku nak juga berpeluk cium dengan makbapak sendiri macam adik beradik aku buat, aku nak juga cerita2 apa aku buat kat sekolah tapi aku tak berani sebab takut salah cara kena pukul atau sakitkan hati diorang. Aku nak juga makbapak aku tahu apa yang aku suka dan tak suka dan aku ungkit semua kat mana, sebab apa, aku kena pukul dan aku ungkit jugak tentang kena pukul depan orang ramai tu dan aku malu nak mampus sampai sekarang aku fobia nak pergi tempat aku kena pukul tu. Jadi biasa aku tunggu dalam kereta dan taknak keluar even makbapak aku suruh keluar, ada sekali aku jerit taknak keluar, kau lupa ke kau pukul aku kat sini, aku taknak keluar! Ni lepas aku luah semua oerasaan aku, lepas aku minta maaf mengungkit benda baik aku buat semua tu. Stress gile bila kena paksa. Tersentap diorang masa tu bila aku cakap macam tu. Pastu baru diorang mengalah tinggalkan kereta on pasang aircon untuk aku. *terharu* diorang habis masuk kereta minta maaf lagi. Buat dosa je reti aku ni, tuhan.

Aku masa tu macam hilang akal, menjerit jerit dan menangis nangis aku cakap semua sekali sampai masa tu aku boleh rasa dada aku nak pecah. Aku baling semua barang yang aku buat, aku beli dan aku kemas sambil cakap satu persatu yang aku beri dan buat untuk semua orang. Aku cakap kat diorang yang aku hidup dalam keadaan memendam rasa, aku jerit kat diorang semua yang aku nak diorang semua tahu apa aku rasa bila kena macam ni. Semua diam bila aku jerit jerit sambil menangis cakap semua benda dari aku tadika sampai sekolah menengah ni. Habis je aku cakap semua tu, aku lari masuk bilik. Aku buka diari menulis sambil kebas and lebam tangan sampai tangan lebam jadi warna ungu gelap sebab menulis pegang pen kuat sangat dan lama, tulis semua sakit hati aku, sampai aku tekan buku tu sampai terkoyak koyak tapi terus menulis sambil nangis2. Aku tak keluar makan even adik lelaki aku panggil makan. Tapi aku makan gak makanan dalam bilik macam kacang semua tu, lapar do. Memang tak ah aku nak bunuh diri sebab stress sebab aku nak masuk syurga (tak sedar diri).

Lepas beberapa hari tu aku keluar bilik, sebab utama air kosong dah habis, makanan ringan pun dah habis dan paling utama aku dah muhasabah diri. Aku terfikir kalau tak sayang, kenapa aku tak dihalau dari rumah? Kenapa yuran pengajian aku, makbapak aku dok tanggung lagi? Kenapa makan pakai aku makbapak aku masih ambik berat? Kenapa adik aku masih datang panggil aku makan dengan baik lagi? kenapa abang abang aku selalu tanya masalah aku dan tolong, padahal aku yang taknak cerita masalah aku. Aku menangis berhari hari sebab insaf gile, baca Al Quran sampai bermuka muka masa aku duduk menyendiri dalam bilik berhari hari tak keluar tu sambil menangis nangis tersedu sedu, tapi aku tak pernah rasa Allah tak adil, cuma banyak kali aku cakap kat Allah aku tak kuat ujian macam ni, aku jadi sedih dengan diri sendiri sebab aku asyik tgk jahat makbapak aku, jahat adik beradik aku tapi tak tgk baik diorang. Aku keluar bilik aku jumpa makbapak aku terus melutut minta maaf. Benda ni berlaku masa aku umur 17 tahun masa SPM. Mak bapak aku nangis nangis maafkan aku even bapak aku yang baran nak mampus dengan aku pun menangis, lagila aku menangis. Lencun baju aku masa tu.

Sejak tu, mak bapak aku bila tgk aku buat benda yang diorang tak suka sikit diorang tak marah marah aku macam dulu, diorang akan cakap elok elok. Tapi aku buat jugak sebab aku minat dan menyampah dihalang nak buat benda aku minat. Tapi diorang tak marah even aku terus buat apa aku nak walau aku tahu diorang sebenarnya tak suka. Lama lama makbapak aku terima semua minat dan bila bangga diorang tunjuk semua dan nampak minat aku ni baik untuk diri aku. Dan sekarang juga apa aku nak buat, aku boleh buat dengan bebas dalam keluarga, kalau aku nak menyanyi aku menyanyi, kalau nak cium aku cium mak bapak aku, kalau aku nak keluar dengan kawan kawan aku maklum kat diorang, aku keluar je. Sampai makbapak aku selalu cakap, dulu aku tak macam ni pun sampai aku menyanyi semua depan diorang, tak pernah aku menyanyi bagai. Diorang ingat aku tak suka menyanyi. mana taknya dulu diam je bila tgk orang lain gelak sebab aku tak rasa lawak dan rasa kalau aku gelak pun mesti semua orang dalam family awkward tgk aku. Adik beradik pun dah lain sangat dengan aku, baik lain macam mungkin sebab terinsaf dengan semua benda baik yang aku ungkit kat diorang. Diorang selalu mengalah dengan aku sampai aku yang serba salah. Kadang kadang bila diorang mengalah, aku mengalah juga, ambil la apa apa yang makbapak bagi tu, aku tak kisah pun, ambil je la. Mungkin juga aku dah tak rasa apa apa bila tak dapat sesuatu yang aku nak dari makbapak aku. Banyaknya aku dapat kan sendiri kalau aku nak. Sampai makbapak aku bagi macam macam tak payah minta. Aku jenis taknak makbapak aku sedih kalau aku tak terima jadi bila aku terima aku buat buat gembira sangat sangat sebab dapat hadiah even takde yang special pun aku buat untuk terima hadiah.

Disebabkan asyik mengalah tu, makbapak aku selalu bagi aku macam macam, kereta, motor, baju, kasut cantik cantik dan mahal. Sampai adik beradik ada yang cemburu. Lagi tambah serba salah aku sebab aku faham perasaan tu sampai aku terpaksa cakap sendiri dekat makbapak aku yang aku risau adik beradik lain cemburu. Makbapak aku pulak bila dah cakao macam tu diorang kata aku tak selalu dapat takpelah. Senang je cakap, diorang tak rasa perasaan cemburu antara adik beradik sangat menyakitkan sebab tu aku taknak diorang buat macam tu dekat adik beradik aku yang lain. Mungkin juga sebab aku tak pernah minta2 buat diorang serba salah dan terus je bagi. Duit apatah lagi, tak perlu minta dah beri. Sampai terlebih dan kadang aku guna beli baju budak banyak banyak untuk hantar pergi rumah anak yatim. Bapak siap cakap kenapa aku tak pernah minta nak duit? Dari kecik tak pernah minta duit, Aku cukup duit ke? Nak kata cukup tak jugak, mungkin sebab aku dah biasa meniaga kecik kecik dulu jual jajan semua nak dapatkan duit sebab malu minta makbapak. Pastu bila menang sukan, aku memang akan dapat duit, jadi duit yang aku dapatkan sendiri agak banyak. Masa tu bodoh sikit sebab aku selalu fikir tak nak susahkan makbapak even baru sekolah rendah sebab diorang sibuk kerja mungkin lupa bagi duit. Time rehat kalau aku tak de duit, aku diam je jalan jalan kawasan sekolah, taknak cakap aku takde duit. Kalau aku cakap mesti kawan kawan aku mengata pasal mak bapak aku dengan keluarga aku. Makbapak kaya tapi anak takde duit, malu do kalau diorang tahu. Kawan kawan aku semua kaki mengata. Apa apapun, pada aku, apa yang kita rasa kita kena cakap dekat orang tu tapi jangan berkasar, masa tu baru diorang sedar semua yang diorang buat bukan semuanya betul tapi aku percaya makbapak buat semua untuk kita, diorang sangat sayangkan kita mungkin tersilap cara, mungkin juga diorang masa tu berada diluar kawalan emosi dan perasaan sampai yang merana kita sendiri. Tapi aku tahu lepas buat kita, diorang pun sedih juga, insaf buat kita macam tu cuma tak cakap dan minta maaf sebab ego. Aku bangga jugakla dengan diri aku sebab aku masih ada tahap kesedaran yang aku tak boleh derhaka dan tinggalkan makbapak aku walau aku marah macam mana sekalipun. Dan disebabkan kehidupan yang aku lalui dari kecil sampai dah umur awal 20 an ni lah, aku belajar untuk cuba faham situasi seseorang yang bencikan ibu bapa atau duduk sorang tak berkawan bukan hina keji orang tu mungkin ada sebab. Aku tak buat terus kesimpulan orang tu jahat, orang tu ini, orang tu itu. Walau anak orang kaya sekalipun, tak semestinya dia seorang berduit. Tak semua orang kaya jahat seperti yang dimomok momokan tapi masih ada ramai yang baik, tak semua orang miskin baik tapi masih ada ramai yang jahat.

Jadi jangan asyik cakap ala dia orang kaya mestilah sombong. Dia sombong tak berkawan kadang2 bukan sengaja cuma untuk menjaga diri dari orang lain nampak masalah dia. Cuba lah faham jangan terus bagi conclusion untuk hidup orang lain yang kau tak kenal.

Alamak panjang pulak. Terima kasih baca. Kahkahkah Mana baik ambik copy paste, permanent kan dalam otak mana jahat kau delete sebelum masuk otak lepas baca tu. Tak elok untuk akal kalau kau permanent kan sekali yang jahat tu.

– Pendosa yang banyak kali insaf.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit