Membaca.
Dalam masa ni, kalau kau bayang, buku penuh tulisan, sarat dengan perbincangan, mesti berat kau nak baca. Kita pernah mengalami hal yang sama.
Mula sekali aku berjinak dengan buku adalah melalui teman aku, Izhar. Rakan sekuliah juga la. Waktu tu, belum popular lagi novel-novel indie, tulisan indie yang kau baca sekarang.
Tapi bila aku dengar Izhar ni bercakap, boleh tahan jiwa aku bertaut. Apa yang dia tahu, semua berbeza dengan pemahaman orang ketika itu.
Paling aku ingat bagaimana dia bercerita tentang PAS, bagaimana dan mengapa PAS takutkan perubahan. Dalam masa yang sama, dia turut membaca pergolakan Syria dan kesannya pada ekonomi Iran(kau harus tahu perjuangan akidah tu hanya nak sekat ekonomi Iran).
Bila aku pandang kiri-kanan, aku nampak dia ja selalu nak cerita benda camni.
Izhar pun bukan selalu ada dalam kelas, dia dah kahwin. Dah kahwin pun rajin juga baca.
Titik perubahan tu muncul, lepas aku buat esaimen dengan dia. Kami bincang tajuk, akhirnya dia sarankan.
“Kita buat pasal Arab Jahiliyah. Mengapa Arab tu digelar Jahiliyah. Sedangkan waktu tu, Mekah adalah perlabuhan. Orang berdagang kat situ. Tak kan la perlabuhan macam tu punya popular, kita nak kata dia tandus.Nak kata syair, sastera dia memang sangat berkualiti. Nahu yang ada pun, didasarkan kepada syair Arab lama.”
Kau pun macam, wah. Tak sangka ya, Arab Jahiliyah tu bukan buta huruf, tak ada teknologi. Maknanya, jahiliyah tu bukan kerana kau tak reti membaca ka mengira. Benda ni sangat berbeza dengan pemikiran aku waktu itu. Dah la rare bagi aku, tetiba exam dapat pulak B. Haha.
Macam aku cakap, nak jumpa dia susah. Ada komitmen lain. Maka, aku pun berusaha untuk membaca dan berkongsi macam dia buat. Cuma, benda camtu, sapa nak dengar? Orang lagi sukakan fatwa dari berfikir kenapa fatwa tu keluar.
Paling aku tak lupa, first aku lepak ramai-ramai dengan dia. Kedai tu nama Murtabak Maker. Orang lain sibuk bergosip, dia duduk kat tepi baca buku “wabak pluralisme” tulisan Ariffin Suhaimi. Pergh, lagi aku rasa, dia ni kalau jumpa buku, apa pun tak ingat. Dalam masa tu gak, dia sampuk-sampuk la gosip. Aku duduk tepi dia tu, sibuk pulak bergosip pasal Ariffin ni kena skandal korupsi. Haha.
Nak kata exam, dia selalu la dapat 3.5 kot. Kekadang dapat la 3.4 ke dan tak la jatuh. Jadi kau pun tertanya, orang lain kejar dekan macam apa. Dia selamba ja pasal exam. Siap bersyukur lagi, tapi ulat buku.
Aku tertanya, jadi ulat buku bukan kerana nak kejar pointer semata-mata. Cuma, orang tak pernah pandang rendah kat dia.
Akhirnya, aku nak tutup cerita. Malas aku, nanti bangga pulak dia dengar cerita aku. Last aku follow, dia dari dulu ikut Usrah. Dan sekarang mungkin kerja bawah IkRAM.
Fikirla baik-baik. Tu dunia sebelum buku indie dan segala macam lagi sekarang(Projek Dialog, IRF, Kitchen Soup). Semua tu platform untuk kau bentuk diri kau.
Tak semua orang boleh cintakan buku.tapi semua orang boleh dapatkan maklumat dari kawan dan sahabat handai. Selidik maklumat kau terima tu sangat penting.
Aku tak pernah rasa diri lebih, dan paling seronok sekali bagi aku, adalah berbincang tentang sesuatu yang kau tahu. Setakat tahu apa orang tak tahu, tak kan nak bangga pula kan?
Buku tak memberi kau maklumat baru, kekadang kau dah faham tentang satu perkara. Nak jelaskan tu, kau tak reti. Kekadang buku ajar kau cara nak jelaskan apa kau tahu.
Terima kasih Izhar Syafawi bin Ahmad. Kenalkan aku dengan dunia buku. Haha. Aku tak suka kau bangga, tapi aku ucap terima kasih la. Haha.
Zumairi Asrar.
Kawan kau.
– Zumairi Asrar
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit