Luka Yang Dijemput

Aku yang tulis cerita ni, tapi ni cerita mak aku dan aku cerita berdasarkan apa yang mata kasar aku nampak dan apa yang telinga aku dengar.

Aku harap mana mana perempuan yang ada niat untuk menjadi isteri kedua please la batalkan niat tu. 

Tak kemana pun korang nanti. Takkan berpisah dengan rasa sakit, walaupun tak sesakit macam nombor satu tapi korang tetap akan sakit dan sakit korang tu kemungkinan akan berlanjutan hingga hari tua, kalau ikutkan mata kasar aku.

Yes, yang kedua akan rasa sakit dalam tempoh masa yang panjang berbanding nombor satu.

Kenapa? Ni aku nak cerita ni.

Mak ayah aku bercerai masa sekolah tadika dan semestinya dah lama berbelas tahun dah. Lepas diorang bercerai ayah aku kahwin lain mak aku pun kahwin lain tapi mak aku ni lain sangat..

Mak aku kahwin dengan laki orang yang sekarang ni dah jadi abah tiri aku berbelas tahun lamanya.. Mak aku jadi yang kedua.

Kenapa mak aku kahwin dengan laki orang? Sebab cinta lama di bangku sekolah berputik kembali setelah sekian lama bertemu balik di pasar pagi.

Sejujurnya kalau masa tu aku dah umur aku yang sekarang aku akan tentang habis habisan tapi apakan daya masa tu aku dan adik beradik aku masih budak kecik yang taktau apa apa..

Masa mula mula mak aku kahwin dalam 2 ke 3 tahun macam tu kot aku nampak mak aku macam isteri yang perasaannya normal,

Walau abah balik 2 minggu sekali mak nampak okay ja macam isteri yang suaminya hanya pergi kerja dan balik ke rumah..

Lepas ja dari tahun tu baru la aku nampak bahana jadi yang kedua ni…

Mak abah selalu bergaduh sebab mama Y (first wife abah) selalu ada saja nak kacaunya bila abah balik rumah mak dan abah pulak dengan sendiri kadangnya aku nampak aku nampak abah u utamakan first family dia dari kami sangat jelas.

Kalau time raya lagilah pernah jadi tau pagi raya hilang macamtu ja pegi jat family first tanpa bagitau kat mak. Kesian kat adik kecik aku (anak mak dan aba ) dah la jarang jumpa abah.. Abah pulak macam tu.

Pernah mak dan abah gaduh pasal isu abah berat sebelah sampaikan abah tak balik rumah mak dalam 9 bulan… 9 bulan tu kalau pendek bagi korang.. Jangka pendek tulah neraka bagi aku dan adik beradik aku…

Kenapa? Kami yang jadi saksi mak menangis bagaikan budak kecik dan kami jugak lah jadi mangsa lepas kemarahan mak.. Mak jadi mak yang pemarah..

Kadang silap sikit macam isunya besar memang hell aku rasa time tu…Masa tulah jugak kami tahu yang selama ni aku sangkakan mak okay.

Rupanya mak sedang menahan rasa sakit walau sakit tu mak sendiri jemput tapi sakit tetap sakit.. Dan semestinya bila dah jadi gaduh tu tandanya mak dah tak tahan…

Lepas 9 bulan abah balik rumah mak aku ingat keadaan akan okay dan abah pun akan layan la isteri sama adil rupanya aku silap…

Abah aku punya perangai ni berepisod rupanya mak aku memang makan hati dengan abah aku.. Kami pernah plan nak bercuti ke langkawi tapi last minute abah tak boleh pergi katanya ada urusan tapi sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah…

Rupanya abah pegi holiday dengan family first dia.. Huhu hancurr siott hati mak aku dengan aku aku sekali hancurrr time tuu…

Dan yang terkini berlaku tahun lepas kantoi abah aku kahwin lagi untuk kali ketiga jadi lengkaplah kesakitan mak aku.. Kesakitan wife pertama pun dia rasa… Kesakitan seksa jadi kedua pun dia rasa…

Setelah apa yang terjadi kenapa mak aku tak bercerai? Ada dua sebab yang pertama sebab adik aku.. Mak aku terlalu takut adik aku sedih walaupun dia jarang jumpa abah tapi dia tetap sayang..

Pernah ditanya kat adik aku… Bolehka mak abah cerai.. Adik aku berumur 9 tahun dan dia nangis dan dia tak nak… Dan semestinya dia paham… Sebab kedua mak aku sayang abah aku… That’s it.

Sehingga kini bulan 11 2023 mak aku masih sakit dengan perangai abah yang tak pernah berubah… Hasil dari sakit tu mak aku sekarang sakit jantung sebab terlampau stress..

Macam aku kata perangai abah ni berepisod jadi paham paham lah.. Mak aku cuba terima yang pernah abah tetap akan macam tu… Tapi penerimaan tu pun tetap sakit kan?

Sebab mak aku sayang dan pada mulanya mak aku yakin dan percaya abah aku boleh bahagi kasih sayang dan masa sama rata..Tapi tulahh mak aku silap…

Sekian cerita dari aku.. Korang jangan nak kecam mak aku eaa.. Mak aku pun dah tua.. Dah dapat balasan pun plus mak aku pun dah sedar kalau kalau ini kifarah untuk dia…

– Fa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *