Lelaki bergosip lebih dasyat daripada perempuan

Assalamualaikum,

Panggil aku Hawa (bukan nama betul). Aku seorang perempuan bekerjaya yang dikelilingi ramai rakan sekerja lelaki. Aku harap ramai perempuan yang baca confession aku ni ambil iktibar dengan apa aku nak sampaikan. Iktibar macam mana tu terpulang pada kau.

Nak dijadikan cerita, aku selalu juga lepak minum sekali dengan rakan sekerja lelaki ni. Selama ni aku ingat lelaki tak bergosip, aku ingat dunia dorang hanya berkisar tentang sukan, game dalam phone, kereta, motor, etc. Tapi, makin lama aku join dorang lepak, makin aku seram dengan topik yang dorang gosipkan. Mungkin dorang lupa yang aku perempuan kot. Dan dorang selamba je gosip pasal hal perempuan depan aku.

Wahai perempuan yang rajin selfie dan upload gambar-gambar OOTD dekat instagram, tahukah anda yang lelaki suka bergosip tentang anda? Sedih bila aku dengar dorang cakap pasal body si Hawa A ni mantap, aset si Hawa B, muka si Hawa C pakai mekap tebal seinci, awek ni boleh buat bini, awek tu suka belanja gambar body, yang ni stok geli-geli, yang tu pulak ‘out of their league’ dan pelbagai lagi.

Aku tak tau lah apa dorang gosip pasal aku pulak belakang dorang. Seram aku nak memikirkannya. Pernah jugak sekali tu dorang cerita pasal sorang minah pakai tudung kat opis kitorang yang suka pakai baju ketat-ketat dan dorang kalau nampak dia berjalan mesti tengok sampai habis sebab bumper perempuan tu montok. kalau korang jadi aku dan dengar semua tu, korang rasa macam mana? aku yang malu tau. tapi bagus jugak aku dengar, aku rasa nak pakai lagi sopan datang kerja.

Cuma, percayalah. Mata lelaki ni ibarat boleh scan dan x-ray setiap inci tubuh perempuan. Kadang-kadang dorang gosip jugak pasal perempuan yang berpakaian sopan. Maka, betullah yang kaum Hawa ni terdedah dengan fitnah. Jadi, kita kena pandai jaga diri dan maruah keluarga. Jangan terlalu dahagakan likes dekat laman sosial sampai tak sedar yang korang ni sajian nafsu kaum Adam. Berpada-padalah nak show-off, kalau kau rasa kau cantik, ramai lagi perempuan cantik kat luar sana yang sama-sama tengah naik memancing likes lepas beli barang make-up kat Sephora. padahal beli barang paling murah je pun. silap hari bulan ambik tester je dari Sephora pastu selfie sikit kekonon kau mampu bershopping kat situ.

Aku tak mengata perempuan lain, aku tuju kat diri sendiri jugak. Kalau kita hidup nak puaskan pandangan orang, sampai bila-bila pun kau berharap orang akan pandang kau. Tapi kalau kau hidup nak puaskan pandangan Allah pada kau, sampai kiamat kau akan cuba impress-kan Allah dengan amal ibadat kau. Wallahualam.

– Hawa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit