Cemburu Dengan Orang Lain

Dalam hidup kalau orang tanya aku apa yang boleh buat aku cemburu dekat seseorang. Aku ni sejak lahir tau single, tapi aku tak cemburu tengok orang sweet-sweet couple.

Aku cemburu dengan orang yang dapat belajar diluar negara. Perasan cemburu ni muncul balik harini sebab tengok tiktok orang dapat belajar UK.

Aku, 23, female. Dari sekolah aku berimpi nak belajar di UK, impian aku membuak-buak bila aku dapat straight A SPM. Waktu tu di otak aku hanya mahu menjadi seorang doktor yang belajar di luar negara.

Tapi, aku tiada pendedahan macam mana nak mohon biasiswa, macam mana nak mohon masuk A-level, program2 persediaan keluar negara tu.

Long story short, aku just isi upu dan dapat masuk asasi sains UM.

Di asasi UM, ramai sangat orang bijak, dan ramai juga yang dapat tawaran belajar di luar negara. Awal-awal semester 1 tu berbondong-bondong keluar dari asasi sebab dapat tawaran tu.

Waktu tu aku jealous tengok dorang, terdetik dalam hati apa kurangnya aku?. Haha. Kebanyakan student asasi um ni datang dari sbp dan mrsm. 

Jealous dengar cerita dorang yang dorang di expose macam mana nak sambung belajar negara, ye la dorang kan dari sekolah top. Kita yang sekolah smka ni mampu senyum je.

Di asasi um ni jugak, building kitorang bercampur dengan students yang akan fly ke jepun under program ambang asuhan jepun. Jealous jugak tengok dorang.

Lagi sekali, kat mana dorang mohon nak join program2 ni. Hahaha. Habis belajar di asasi, orang lain habis dengan 4.0, aku habis dengan 3.67. Dan aku tak dapat course impianku- medic untuk degree. Sedih sebab aku minat biologi.

Lepastu, aku ambil degree in civil engineering. Semester pertama belajar engineering, otak aku terkejut sebab aku tak sangka silibus engineering ni pelik-pelik je, hahaha.

Waktu masuk degree ni aku dah tahu macam mana nak mohon biasiswa etc sebab adanya tiktok. Penat otak aku belajar engineering 4 tahun, akhirnya aku dapat graduate dengan cgpa 3.67 dan loan free under yayasan bank rakyat.

Sekarang, aku tengah kerja kontrak under company contractor as site engineer.

Dan sekarang aku masih berimpi nak study di UK.

Tadi naik di fyp tiktok aku, orang sambung postgrad di UK.

Kadang-kadang sedikit kecewa dengan diri aku, result akademik aku sama seperti dorang tapi kenapa aku tak boleh jadi macam dorang? Kenapa aku tak dapat jadi doktor? 

Aku harap sangat lepas habis kontrak aku ni, nak pergi umrah dan sambung postgrad study di UK (macam la aku ada banyak duit sob sob). Ingin mempunyai title Dr di namaku has been my dream since high school.

When i knew i failed to get into medical school, i changed my goal, instead of being a doctor, i will be a phd holder. 

I will secure that Dr title in my name, one day. In sya Allah.

Btw, dulu waktu sekolah cita-cita aku nak jadi neurosurgeon. Tapi tu la jadi doktor pon tak, nikan nak specialize in neuro, hahaha.

Doakan aku semua, moga aku dapat buat umrah next year dan dapat belajar di UK.

Thank you…

– Gojo (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *